Tuesday, January 10, 2012

Rakyat mahu Anwar saman malu Saiful Bukhari.

K. Lumpur, 10 Jan : Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP), Hajah Siti Zailah Mohd Yusof melahirkan rasa kesyukurannya apabila Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dibebaskan daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari.

Alhamdulilah, saya mewakili DMPP rasa bersyukur kepada Allah SWT apabila di umumkan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Diah membuat keputusan itu dengan alasan tiada keterangan yang menyokong keterangan mangsa selain pihak pendakwaan gagal membuktikan Anwar melakukan perbuatan itu.

Doa kita semua di makbulkan oleh Allah SWT dan jelas terbukti orang-orang yang teranayai di beri pertolonganNya.

Penderitaan yang dialami Datuk Seri Anwar Ibrahim, isterinya Datin Seri Wan Azizah Ismal dan anak-anak kita dapat rasakan keperritan yang mereka tanggung selama ini.

Maruah mereka sekeluarga cukup tercalar di sebabkan politik durjana yang di mainkan oleh UMNO-BN, kata Zailah ketika di temubual oleh wartawan harakahdaily dalam Himpunan 901 pagi semalam berhadapan Bangunan Mahkamah Tinggi.

Jelasnya lagi, dengan pelbagai fitnah yang dilontarkan oleh penyokong UMNO-BN maka saya suka mencadangkan agar Datuk Seri Anwar Ibrahim menfailkan saman malu kepada Saiful Bukhari yang mengaku di liwat.

Begitu juga kepada penyokong-penyokong UMNO-BN seharusnya diberikan amaran dengan beri saman sekiranya mereka terus menerus melontarkan fitnah selepas ini. Kita harap fitnah ini tidak berlaku dalam politik Malaysia yang amat memalukan.

Tindakan ini perlu di buat agar maruah mereka sekeluarga tidak semudah itu dilanyak oleh UMNO-BN.

Siti Zailah cukup mesra dengan panggilan K. Lah merupakan Ahli Parlimen Rantau Panjang, Kelantan juga merakamkan tahniah kepada semua penyokong-penyokong Pakatan Rakyat (PR) yang sudah berkampung sejak Ahad lalu, bagi menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya lihat himpunan ini bukan sahaja orang tua yang hadir tetapi orang muda begitu ramai datang beri sokongan.

Mereka berjuang dengan penuh istiqamah, tanpa kira umur, bangsa berhimpun untuk menentang kezaliman yang diterajui Datuk Seri Najib”, kata Zailah.

Sementara itu, Datuk Zaid Ibrahim, Presiden KITA (Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air) yang turut hadir ke Himpunan 901 rasa terharu dengan kebebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau bekata, alhamdulilah keputusan yang diumumkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Diah benar-benar memberi berita gembira kepada semua rakyat terutamanya penyokong Pakatan Rakyat (PR).

Saya harap keputusan yang di putuskan oleh Hakim tidak dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

Tahniah saya ucapkan kepada semua rakyat yang hadir dan keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah bebas daripada tuduhan liwat kepada pembantu peribadinya, Saiful Bukhari.

Kehadiran orang muda dalam himpunan ini sungguh memberi kejutan , dan ini jelas membuktikan generasi muda inginkan perubahan Negara, kata Zaid.

Pendapat Rakyat.

Zailah kamarudin, Hulu Kelang, amat bersyukur kepada Allah SWT dengan kebebasan ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selama ini, kita di momokkan oleh UMNO dan penyokongnya dengan membuat spikulasi yang negatif terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi hari ini sudah terbukti beliau tidak bersalah. Ini menunjukkan kerja terkutuk ini di rancang oleh UMNO-BN sendiri dengan niat untuk membunuh karier Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Seharusnya kita beri saman malu kepada Saiful Bukhari yang tidak bermaruah itu dan tidak boleh di biarkan begitu sahaja.

Tindakan Saiful yang telah meangaibkan Datuk Seri bukan sahaja rakyat Malaysia yang tahu tetapi seluruh Dunia. Justeru itu, perlu diambil tindakan bagi membersih maruah keluarga mereka.

Himpunan 901 yang diadakan dengan aman apabila di hebahkan oleh rakyat yang hadir, Datuk Seri Anwar Ibrahim di bebaskan secara tiba-tiba bunyi letupan menyebabkan salah seorang penyokong pengsan dan beberapa orang tercedera. Mungkin sesak nafas. Tembakan bom sebanyak tiga kali benar-benar mengejutkan kepada semua rakyat yang hadir namun peserta tidak berganjak memberi sokongan.

Kita desak agar Polis membuat siasatan atas letupan yang berlaku kerana membuat kekecohan disitu dan memberi kecederaan kepada penyokong yang hadir.

Erric Eng, kita lihat perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuahkan hasil dan tidak sia-sia dalam menegakkan kebenarannya.

Hari ini saya ambil cuti setengah hari bagi mengetahui kedudukan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya.

Keputusan yang diumumkan oleh Hakim adalah Adil, tulus dan tidak perlu di pertikaikan oleh penyokong UMNO.

Tahniah kepada keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim, semoga beliau menjadi pemimpin yang disegani dan di contohi oleh pimpinan lain. Beliau begitu jujur dalam menjalankan tugas.

Semoga prinsip mereka sekeluarga terus dikekalkan sekiranya di pilih menjadi Perdana Menteri kelak dan membantu rakyat tanpa kira parti, kata Eric dengan melaungkan Reformasi dengan penuh semangat.

Editor : Khaulah Azwar.

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI