Wednesday, January 25, 2012

Exco Pendidikan, Bangga dengan Perlantikan Dr Yunus jadi Exco Selangor

Shah Alam : Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi , Modal Insan Dr Halimah Ali mengucapkan tahniah kepada pembantu Exco Pendidikan Tinggi, Dr Ahmad Yunus Hairi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sijangkang yang telah di lantik menjadi Exco Belia dan Sukan, Adat Istiadat Melayu Selangor.

“Jawatan tersebut amat sesuai diberikan kepada Dr Yunus kerana sepanjang beliau menjadi pembantu Exco Pendidikan, Dr Yunus sangat rajin dalam menjalankan tugas yang diberikan. Saya sangat bangga dan gembira dengan kebolehan beliau, katanya”.

“Dr Yunus juga merupakan belia yang sangat aktif mengadakan program bersama rakyat. Justeru saya rasa beliau layak memangku jawatan tersebut menggantikan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang telah digugurkan daripada parti PAS dan Exco Selangor”.

Jelasnya lagi, selain daripada Dr Yunus, terdapat dua lagi nama yang tersenarai iaitu Dr Rani Osman, Pesuruhanjaya PAS Selangor, Dr Shafie Abu Bakar (ADUN) Bangi.

Pemilihan tersebut adalah perbincangan bersama antara pucuk pimpinan PAS Pusat dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Maka sebulat suara bersetuju memilih Dr Yunus.

Menurutnya, sepanjang Pakatan Rakyat (PR) Selangor memerintah, Dr Yunus berjaya mengadakan program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) untuk semua pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Selangor. Program yang dilaksanakan mendapat sambutan yang sangat baik dikalangan ibubapa”, katanya.

Dr Halimah yang merupakan (ADUN) Selat Klang menambah lagi, “saya yakin dengan perlantikan ini, insya-allah akan memantapkan kerja pentadbiran negeri Selangor”.

“Saya harap beliau dapat melaksanakan tugas dan amanah yang diberikan oleh pucuk pimpinan degan baik. Begitu juga, saya harap semua pihak membantu Dr Yunus dalam menjalankan tugasnya nanti”.

“Tanggungjawab kita amatlah besar kerana ia merupakan amanah yang diberikan oleh pimpinan dan rakyat”.

Tidak semua dalam ahli PAS ingin jawatan, kerana semua ahli sudah ditarbiyah mengenai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan apabila dilantik menjadi pimpinan.

Apabila memikirkan tanggungjawab maka kita akan fikir ia adalah amanah. Jika tidak dilaksanakan tanggungjawab dengan baik maka ianya berdosa.

Justeru dalam ahli PAS sendiri kalau boleh tidak mahu memegang jawatan yang diberi, tetapi apabila di pilih oleh pimpinan maka seharusnya diterima, walaupun rasa berat untuk menerima jawatan tersebut.

Saya yakin apa yang dilakukan oleh ahli PAS tidak sama dilakukan oleh ahli UMNO yang sentiasa merebut jawatan.

Ahli UMNO sentiasa merebut jawatan sedangkan tanggungjawab yang diberi tidak dilaksanakan dengan sempurna, kata Dr Halimah di di depan Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam ketika ditemui media selepas meraikan Majlis Angkat Sumpah perlantikan Dr Yunus sebagai Exco kelmarin.

Editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI