Tuesday, December 6, 2011

Selangor agih RM1.56 juta bantuan fasa 2 SRJKC


SHAH ALAM, 7 Dis: Kerajaan Negeri Selangor mengagihkan sejumlah RM1.56 juta sebagai Bantuan Pendidikan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina, (SRJKC) Fasa 2 Tahun 2011.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Insan negeri, Dr Halimah Ali berkata, ianya merupakan tambahan kepada peruntukan 2011 yang berjumlah RM6 juta yang telah diagihkan sepanjang tahun ini.

Peruntukan itu, katanya bagi meningkatkan mutu pendidikan di sekolah tersebut selaras dengan hasrat kerajaan negeri menjadikan Selangor sebagai Hub Ilmuan dan Hub Pendidikan berdasarkan konsep hasil rakyat untuk rakyat.

"Pada Fasa Pertama, sebanyak 75 buah sekolah yang telah menerima bantuan pendidikan yang berjumlah RM2.35 juta.

"Pada Fasa kedua, kita telah meluluskan permohonan sebanyak 46 buah sekolah yang akan menerima bantuan secara 'direct grant' daripada kerajaan negeri Selangor," katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan cek bantuan tersebut di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah Alam di sini semalam.

Majlis penyerahan itu disempurnakan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Turut hadir dalam majlis tersebut Exco Selangor Ronnie Liew,Teresa Kok, Elizabeth Wong, Ean Yong Hian Wah, Adun Sekinchan Ng Suee Lim,Adun Meru Dr Abdul Rani Osman, Adun Lembah Jaya Khasim Ahmad, Adun Seri Muda Shuhaimi Shafie dan juga penyelaras-penyelaras Dun .

Sementara itu, beliau turut memaklumkan permohonan bantuan pendidikan bagi Fasa 1 tahun 2012 sudah dibuka sejak 5 Disember dan akan ditutup pada 3 Februari 2012.

Borang permohonan boleh diperolehi melalui laman web Kerajaan Negeri Selangor di www.selangor.gov.my atau di pejabat Exco Pendidikan atau Pusat Khidmat Masyarakat dan Pejabat Daerah di kawasan masing-masing.



Editor : khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI