Tuesday, December 6, 2011

Bapa Pelajar Kesal UMNO Guna nama ADUN Pakatan Rakyat untuk program



Gombak : Ibubapa penjaga Sekolah Rendah Gombak Setia melahirkan rasa terkilan dengan program sumbangan RM100 yang dianjurkan oleh UMNO –BN di Sekolah Rendah Gombak Setia baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Hanafiah Md Khalil bapa kepada seorang pelajar disekolah itu berkata, bantuan yang disampaikan oleh Timbalan Ketua UMNO Gombak , Datuk Said Anwar B. Said Ahmad telah diberikan kepada semua ibubapa pelajar dalam kategori kelas 6A.

Menurutnya kira-kira seramai 200 pelajar dan ibubapa telah menerima bantuan tersebut. “Said Anwar telah menyampaikan sumbangan duit RM100 kepada ibubapa pelajar bagi Sekolah Rendah manakala Sekolah Menengah diberikan terus kepada pelajar sendiri”, katanya.

Apa yang diberikan oleh Kerajaan, kami terima sahaja kerana duit tersebut adalah duit rakyat yang telah dirompak oleh UMNO-BN, cuma kami rasa kecewa dengan UMNO-BN Gombak yang mengadakan program tersebut dengan menggunakan nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang merupakan mantan jawatankuasa PAS Pusat.

Seharusnya mereka tidak perlu menipu dengan pengurusan pihak sekolah bahawa program tersebut adalah anjuran UMNO-BN kawasan Gombak dengan menggunakan nama wakil rakyat disini semata-mata untuk menjayakan program untuk kepentingan parti mereka.

Tindakan mereka benar-benar mengecewakan semua ibubapa penjaga kerana menipu, mengadakan progam di sekolah dan membelakangkan wakil rakyat disini iaitu Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.

Sebagai bapa, saya juga bimbang pengaruh budaya politik yang dibawa oleh UMNO-BN.

Pihak Sekolah juga dengan sewenangnya memberi kebenaran kepada parti UMNO-BN menggunakan sekolah sebagai pentas poitik mereka untuk mempengaruhi ibubapa dan pelajar disini.

Seharusnya perlu disediakan padang yang sama rata untuk semua ahli politik bersuara bukan hanya sebelah pihak sahaja. Penyediaan pentas dan padang yang sama rata harus diberikan agar rakyat dapat menilai baik dan buruknya sesuatu perkara yang dilontarkan oleh semua parti. Janganlah hanya pihak sekolah membenarkan UMNO-BN bermain politik di Sekolah.

Bagi saya institusi pendidikan ini seharusnya tidak dicemarkan oleh mana-mana parti. Jika mereka handak tunjuk belang bukan sekolah tempatnya tetapi diluar sekolah. Kita tidak mahu pelajar menjadi mangsa untuk kepentingan politik mereka, kata Hanafi kepada media pagi ini di Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Gombak.

Ujarnya lagi, selain daripada itu, saya juga difahamkan oleh rakan-rakan saya, program seumpama ini bukan sahaja diadakan di Sekolah Rendah Gombak Setia tetapi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Caves dan sekitar Negeri Selangor juga diberikan bantuan RM100 oleh UMNO-BN.

Baru-baru ini ibubapa merungut apabila bantuan RM100 yang disampaikan wakil UMNO-BN di Sekolah Rendah Taman Selayang dan Sekolah Sungai Tua juga tidak mengcukupi.

Ibubapa yang hadir untuk mendapatkan sumbangan ketika itu merasa kecewa lebih-lebih lagi yang berpendapatan rendah dan fakir miskin,katanya.

Hanafiah juga selar dengan menteri pendidikan yang menyatakan “kerajaan tidak menyekat wakil rakyat menyampaikan sumbangan RM100 kepada ibubapa”.

Apabila saya merujuk ke sekolah, tiada sebarang arahan surat pekeling diberikan oleh Menteri pendidikan kepada pihak sekolah untuk progam berkenaan.

Saya juga difahamkan oleh seorang guru disini apabila disoal siasat mereka menyatakan program ini adalah anjuran wakil rakyat Gombak iaitu Megat Zulkarnain yang tidak hadir dalam majlis tersebut dan digantikan Datuk Said Anwar.

Kami benar-benar kecewa degan tragedis yang berlaku lebih-lebih lagi nama wakil rakyat Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Ali mewakil parti PAS digunakan untuk kepentingan parti UMNO-BN bagi menarik orang ramai dalam setiap majlis diadakan.

Saya tidak salahkan guru-guru kerana mereka juga tersepit dengan keadaan. Jika tidak beri kerjasama dengan UMNO-BN sudah pasti tindakan keras diambil dengan dipindahkan guru-guru yang tidak memberi kerjasama.

Ini menunjukkan Penyalahgunaan kuasa telah ditunjukkan oleh kerajaan UMNO-BN. Kata Hanafiah lagi, UMNO-BN akan sedaya upaya untuk mengelirukan rakyat dengan apa sekali carapun untuk memastikan Datuk Dr Hasan Ali hilang kepercayaan rakyat dalam PRu13 nanti.

Tindakan UMNO-BN ini sekaligus akan mencemarkan nama wakil rakyat Gombak, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang merupakan Exco Hal Ehwal Islam ,Infrastruktur Kemudahan Awam Kerajaan negeri Selangor.

“Saya rasa mereka (UMNO-BN) mimpi di siang hari dan mereka tidak boleh menerima kenyataan bahawa Negeri Selangor telah ditakluki pemerintah Kerajaaan Pakatan Rakyat (PR), itu sebab mereka sering mengelirukan rakyat Gombak, siapa ADUN Gombak adakah UMNO-BN atau PAS.

Tetapi rakyat sekarang bukan mudah diperbodohkan oleh UMNO-BN. Rakyat kini bijak menilai pengurusan pentadbiran sekarang khususnya terutam golongan muda yang mengharapkan perubahan pentadbiran kerajaan pada PRU13, kata Hanafi.

Sementara itu, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor, Dr Halimah Ali pula berkata, rakyat berhak menerima sumbangan RM100 setiap pelajar kerana duit tersebut milik rakyat.

Walaubagaimanapun tidak seharusnya UMNO-BN menggunakan nama Ahli Dewan Undangan (ADUN) Pakatan Rakyat (PR) untuk mengelirukan rakyat yang akan mengcemarkan nama wakil rakyat disitu.

Sudah pasti ibubapa pelajar yang hadir dalam program itu akan menyangka program ini adalah daripada Kerajaan (PR) Selangor sedangkan program tersebut adalah anjuran kerajaan Pusat UMNO BN yang ingin meraih undi rakyat.

Jika mereka (UMNO-BN) benar ikhlas ingin bantu rakyat seharusnya bantuan itu diberikan sama rata tanpa mengira pelajar cemerlang atau tidak kerana rakyat yang hadir rata-ratanya golongan berpendapatan rendah dan fakir miskin yang berhak menerima bantuan itu, katanya kepada media hari ini dalam penyampaian sumbangan Bantuan Pendidikan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) kepada 46 buah sekolah tengahari tadi di perkarangan Foyer bawah Bangunan SUK.

Hadir bersama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khalid Ibrahim, Teresa Kok Suh Sim, Exco Pelaburan dan Perindustrian dan Perdagangan, Eang Yong Hian Wah, Exco Pebangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram, Azmin Ali Ahli Parlimen Gombak, Abd Rani Osman (ADUN) Meru, Tuan Mat Shuhaimi Shafie (ADUN) Sri Muda, Ng Sue Lim (ADUN) Sekinchan.



Editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI