Wednesday, August 3, 2011

PKM DUN GOMBAK SETIA MENDESAK JKR CERUN BUAT TINDAKAN SEGERA


Kg Tengah Gombak : Kira-kira dalam 30 buah ahli keluarga disini melahirkan kebimbangannya kerana tanah yang berhampiran kawasan rumah mereka mengalami runtuhan baru-baru ini.

Hal ini telah mendapat perhatian sewajarnya oleh Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Gombak Setia dan telah diketangahkan dalam mesyuarat bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Gombak dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) bersama beberapa orang penduduk Gombak Baru-baru ini yang telah dipengerusikan oleh Y. B Datuk Hasan Mohamed Ali selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia bagi mengatasi masalah runtuhan tanah dibeberapa kawasan cerun dan bukit sekitar Gombak.

Hasan berkata kepada semua ahli mesyuarat, setiap kali mesyuarat saya sering menekan hal keselamatan terutama penduduk dikawasan cerun dan berhampiran bukit. Hal ini perlu diambil tindakan segera tanpa berlengah. Jadi sebelum terjadi apa-apa kita harap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan sewajarnya. Dan sentiasa memaklumkan maklumat terkini kepada pihak kita.

Saya telah dimaklumkan oleh Pengurus PKM Omar Satari, isu ini telah kita usulkan kepada pihak JKR dan MPS sehingga kini pihak kami masih menantikan jawapan dari pihak terbabit.

“saya bimbang jarak tanah berhampiran rumah penduduk yang tidak sampai 5cm akan terhakis dan boleh terkena rumah penduduk sekitarnya. Lebih menakutkan jika hakisan tersebut jatuh yang sekaligus boleh melibatkan kehilangan nyawa penduduk pula”.

Selain daripada itu, mengenai aduan penduduk pokok besar setinggi lebih kurang 10 kaki dan daun-daunnya telah melilit tiang dan wire elektrik juga masih tidak diambil tindakan.

Harap mesyuarat hari ini dapat memberi respond positif dan sekiranya perlu kita akan turun padang melawat kawasan tersebut untuk bertemu penduduk disitu. Saya harap tindakan drastik perlu di buat daripada pihak berwajib, katanya.

3 orang wakil penduduk yang ditemubual oleh media Norazian, Abd Aziz, 46thn tuan tanah lot Kg Tengah Lembah berkata,” kawasan tanah lot ini sudah di duduki selama 36thn. Sepanjang duduk disini, pernah terjadi sebuah rumah penyewa terbakar ketika solat raya pada tahun 2008. Semua penduduk disini sudah balik kg. kecuali tuan rumah yang terbabit sedang solat raya di masjid hanya tinggal anaknya yang sedang sakit”.

Tiada siapa masa kejadian, punca kebakaran adalah lintas pintas disebabkan pokok besar yang tumbuh disini tidak dipotong walaupun kita ada buat aduan tetapi tiada tindakan.

Kita sangat kesal dengan kejadian ini dan harapan kami hal ini tidak berulang kembali. Diharap pihak yang bertanggungjawab dapat membuat tindakan segera. Kos bagi untuk memotong pokok tersebut lebih kurang RM3000, kami mana ada duit sebanyak itu, sedangkan pokok tersebut tumbuh sendiri lainlah kalau kami yang tanam pokok tersebut dikawasan ini.

Selain daripada itu, kita juga harap pihak JKR dapat membuat tindakan segera keatas tanah yang semakin terhakis ini kerana bimbang jika di biarkan ia akan terkena rumah penduduk disini. Lebih membimbangkan kanak-kanak kecil selalu bermain di kawasan tepi bukit.

Aduan ini telah kita berikan kepada Penghulu Mukim Setapak dan juga PKM DUN Gombak Setia. Kita dimaklumkan pihak mereka telah buat aduan kepada MPS dan JKR. Jadi besar harapan kami agar mereka bertindak sebelum terjadi apa-apa yang boleh meragut nyawa penduduk, katanya.

Hasnawi Hassan, 50thn penyewa disini berkata, saya harap kejadian kebakaran rumah ini tidak berlaku lagi. Saya mengalami kerugian yang besar. Lebih-lebih lagi hal ini berlaku saat umat islam menyambut hari kegembiraan dan kemenangan selepas berpuasa sebulan.

Tragedis ini sungguh membuat saya jadi ketakutan kerana hampir nyawa anak saya hilang sebab lintas pintas yang berlaku. Dengan bantuan penduduk alhamdulilah rumah ini dapat dibina kembali.Kita buat aduan pada ADUN terdahulu juga tiada tindakan, diharap hal ini dapat perhatian oleh semua pihak berwajib,.

Idrus Yusof ketua kg tengah berkata, “sebagai ketua kg yang menjaga keselamatan dan penduduk saya harap pihak berwajib dapat ambil tindakan segera sebab isu kebakaran telah berlaku akibat lintas pintas yang boleh meragut nyawa penduduk. Sepatutnya tragedis itu kita jadikan pengajaran akibat sikap sambil lewa dalam tindakan aduan yang dibuat telah memberi kesan kepada orang lain. Begitu juga dengan runtuhan tanah yan berlaku diharap JKR dapat mengambil perhatian”, katanya.

Sementara itu, Pegawai JKR Daerah Gombak Mohd Nazri Mohamad berkata, laporan isu ini kita sudah hantar ke JKR cerun (Pejabat HQ) dan masih menanti kelulusan peruntukan daripada pihak tersebut. Kita sudah terima aduan ini sudah lama juga, dan insya-allah kita akan buat tindakan susulan selepas ini.

Sehubungan itu memandangkan terdapat longkang kecil dan air mata air mengalir menyebabkan air bertakung, maka pihak saya akan memberi usul ini kepada pihak JKR cerun untuk menambahkan peruntukan bagi menaktarafkan parit tersebut.

Bagi isu pokok yang besar dan melilit wire elektrik sehingga menyebabkan tembok sekitar rumah penduduk mengalami keretakkan, kita akan krem pokok tersebut dalam masa terdekat ini.

Kita pun rasa bimbang jika ia tidak dibuat tindakan segera akan mengundang musibah kepada penduduk pula lebih-lebih lagi dalam keadaan cuaca yang tidak menentu akan berlakunya lintas pintas. Apa yang kita harapkan agar JKR ibu pejabat dapat meluluskan permohonan peruntukan ini segera agar masalah ini selesai tanpa meragut nyawa mana-mana pihak.

Editor : khaulah azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI