Gombak : Rata-rata semua guru KAFA dan SRA berpuas hati dengan pemberian elaun kenaikan guru yang telahpun di terima 2 bulan lepas seperti yang dijanjikan oleh kerajaan negeri Selangor Pakatan Rakyat (PR) sebanyak RM1300 beserta tunggakan dari bulan Januari, 2011 (4 bulan) seperti yang telah diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Pemberian elaun ini menyebabkan Negeri-negeri lain merasa irihati dengan kami atas kenaikan yang telah kami terima sebanyak 2 kali semenjak kerajaan PR Selangor memerintah, kata Mohd Hafiz Tajudin, 25 thn yang telah berkhidmat sebagai guru di Sekolah Rendah Agama (SRA) Nurul Iman, Masjid Al-Taqwa Bandar Baru Selayang baru-baru ini.
Mengulas lanjut, “alhamdulilah diatas rezeki yang Allah SWT berikan. Saya merakamkan terima kasih kepada semua pucuk pimpinan kerajaan negeri Selangor kerana membela nasib semua guru KAFA dan SRA. Walaupun pemberian ini lewat 4 bulan kerana disebabkan masalah tertentu seperti sedia maklum pentadbirkan kewangan ini masih dibawah pemerintahan Kerajaan Pusat, maka dengan itu ia mengambil masa sedikit dan prosedur yang perlu diikuti oleh kerajaan Negeri.
Namunpun begitu, kami warga SRA dan KAFA amat percaya pemberian ini tetap akan diberikan seperti terdahulu kita juga telah menerimanya. Pemberian ini merupakan satu penghargaan kepada kami sebagai warga pendidik”.
Sikap keperihatinan kerajaan PR telah membuktikan negeri Selangor ini mengamalkan konsep negeri berkebajikan dan kami amat merasai nasib kami dibela dibawah pemerintahan kerajaan negeri Selangor.
Seharusnya pemberian kenaikan elaun guru KAFA dan SRA ini harus diberikan memandangkan kos sara diri semakin meningkat.
Dengan pemberian elaun tersebut menyebabkan negeri-negeri lain merasa irihati dengan nikmat yang kami terima. Rata-rata sahabat-sahabat saya yang mengajar di SRA dan KAFA dinegeri lain rasa tidak puas hati mengapa tempat mereka tidak menerima kenaikan seperti negeri Selangor berikan kepada kami. Semoga dengan pemberian elauan ini, guru-guru dapat mempertingkatkan prestasi mereka lebih baik lagi.
Kita juga mengharapkan agar pihak JAKIM dapat memberi contoh terbaik seperti yang ditonjolkan oleh kerajaan Negeri Selangor untuk membantu guru-guru. Ini disebabkan kita merasa kesal kerana guru-guru telah dikenakan mengambil ujian terlebih dahulu bagi membolehkan mereka untuk mendapatkan kenaikan elaun tersebut.
Ramai guru-guru merungut apabila dikenakan ujian sedangkan tidak dinyatakan oleh Perdana Menteri (PM), Datuk Sri Najib ketika mengumumkan pemberian kenaikan elaun guru KAFA dan SRA dalam pembentangan budget lalu.
“ PM tidak menyatakan semua guru perlu ambil ujian terlebih dahulu sekiranya mereka ingin mendapatkan kenaikan elaun, tetapi mengapa tiba-tiba kami perlu menduduki ujian kelayakan?”.
Ulasnya, “Sepatutnya ujian seperti membuat tahsin Al-quran tidak perlu dilakukan kerana sebelum kami dilantik menjadi guru, rata-rata kami semua telah menduduki ujian tersebut terlebih dahulu. Dengan tindakan tersebut membuat kami pertikaikan tindakan mereka”.
“Sudahlah kami dikenakan ambil ujian, sehingga kini Kerajaan Pusat masih tidak melunaskan janjinya untuk memberi elaun sebanyak RM500 seperti yang diumumkan oleh PM”.
"UMNO/BN yang suka taburkan janji berjuta billion utk kaburkan mata rakyat tetapi sukar untuk melunaskannya..akhirnya rakyat terus - menerus ditipu oleh pemimpin yang dikategorikan sebagai munafik".
Beliau yang mempertikaikan tindakan Kerajaan Pusat menganggap ianya adalah satu cara untuk mengurangkan kos pemberian elaun kepada guru-guru.
Sehubungan dengan itu, kita berterima kasih dan puji atas tindakan yang diambil oleh Pejabat Agama Daerah Gombak (PAID) dengan kerjasama Persatuan Guru Besar Agama Daerah Gombak telah membuat bantahan mengenai perkara tersebut terhadap kerajaan Pusat dan akhirnya bantahan diterima.
Tindakan Kerajaan Pusat sekaligus memberi tekanan kepada semua guru dan diharap mereka tidak menambahkan bebanan kami dengan memanjang waktu kerja. Jika mereka tambah waktu kerja dibayar tidak mengapa tetapi bayaran tidak diberikan, kata hafiz kepada wartawan ketika dalam program Smart Mukmin yang diadakan di Masjid Ar-Rahimah Gombak baru-baru ini.
Editor : khaulah Azwar
No comments:
Post a Comment