Wednesday, August 3, 2011

Pemantauan gejala Sosial perlu dilakukan oleh semua Jabatan



Klang : Kerajaan Negeri Selangor sekali lagi meneruskan program untuk mendekati masyarakat tanpa mengira parti, umur dan perkauman dengan tujuan untuk membendung gejala sosial di negeri Selangor khususnya .

Rentetan itu, Karnival SPIES bersama MES (Merakyat Ekonomi Selangor) telah diadakan dengan sambutan yang begitu meriah sekali di SRA Darul Ulum Sg. Udang, Klang baru-baru ini.

Karnival tersebut dihadiri oleh artis jemputan antaranya Ustaz Akhil Hay dan beberapa orang artis bagi memeriahkan suasana karnival. Program yang diadakan selama 2 hari 1 malam yang dianjurkan oleh Dr Halimah Ali, Exco Pendidikan, Tinggi Modal Insan Negeri Selangor adalah bertujuan untuk menyerapkan unsur program pendidikan, kebajikan dan pembangunan insan kepada masyarakat.

Mengulas lanjut, SPIES yang diadakan diseluruh kawasan setiap tahun tidak akan terhenti begitu sahaja untuk membendung gejala sosial dikalangan pelajar dan belia.

“Selepas kita adakan Karnival SPIES ke kawasan seluruh negeri Selangor, pemantauan kerja akan dibuat terutamanya bidang tugas yang telah diberikan kepada Jabatan-jabatan seperti Polis, Jawatankuasa penduduk (JKP), Ketua-ketua Kampung, Ahli Majlis yang telah dilantik oleh kerajaan negeri Selangor, Jabatan Agama Islam (JAIS), bagi mengetahui status yang telah mereka ambil tindakan untuk diatasi bersama”.

“Antara skop yang telah dibincangkan kepada semua Jabatan adalah mencari punca berlakunya gejala sosial, peratus jenayah mengikut peringkat usia, peranan setiap Jabatan, dan cara atasi gejala sosial.

Semua jabatan tersebut akan hantarkan hasil laporan ini kepada pejabat saya untuk dianalisis mengikut tempoh yang telah ditetapkan”, kata Dr Halimah.

Menurutnya kerajaan negeri Selangor begitu ambil berat untuk menangani gejala sosial khususnya terhadap pelajar dan golongan belia. Maka dengan itu, kita tidak akan hentikan program ini dan insya-allah akan meneruskannya secara berkala. Ini adalah bertujuan untuk menyebarkan kepada semua masyarakat khususnya pelajar dan belia agar tidak menjeratkan diri mereka ke lembah kehancuran yang sekaligus menggelapkan masa depan mereka.

Terdapat berbagai program telah di aturkan untuk mendekati golongan tersebut agar mereka dapat manfaatkan masa mereka dengan baik dalam Karnival ini.

Antara program yang diadakan adalah pertandingan bercerita peringkat sekolah rendah, pertandingan mewarna yang melibatkan 21 buah prasekolah di DUN Selat Klang, Program JOM KERJA (Peluang pekerjaan untuk belia), rawatan muka,kuku, gunting rambut percuma, bengkel jahitan dan refleksologi untuk wanita, Pemeriksaan kesihatan percuma untuk semua, .Pameran RIVER RANGERS untuk sukarelawan pencinta alam, Persembahan Talk Show Ustaz Akil Hayy dan Ceramah penerangan oleh EXCO-EXCO Kerajaan Selangor”.

Selain daripada itu, mereka yang hadir dalam program ini juga diberikan maklumat Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang telah Berjaya dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) selama 3thn lebih memerintah negeri Selangor.

Antaranya rakyat diberikan maklumat mengenai tawaran Tabung warisan Anak Selangor (TAWAS), Skim Mesra Usia Emas (SMUE), Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC), Bekalan Air percuma bagi 20m, Tabung Pendidikan Anak Pekerja Ladangm, Program Peningkatan Hasil Bahan Mineral dan Galian, Skim Mikro Kredit dan sebagainya.

Editor : khaulah azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI