Wednesday, July 6, 2011

DPPNS ambil tindakan saman terhadap ketua polis


BATU CAVES – Jawatankuasa penduduk (JKP) mempertikaikan tindakan pihak polis yang telah menghalang penggunaan Dewan Orang Ramai Kampung Wira Damai, sejak awal pagi kelmarin. Mohd Safri Akin, 54thn salah seorang AJK JKP berkata, kejadian ini berlaku kira-kira 9.30 pagi.

“Saya benar-benar merasa hairan apabila pita garisan kuning polis telah dipasang di dewan berkenaan untuk kegunaan orang ramai tanpa sebarang notis dan perbincangan terlebih dahulu”.

“Kesan daripada tindakan ini, penduduk di sekitar DUN Batu Caves terutamanya Kg Wira Damai, Kg Nakhoda, Kg Laksamana yang sering mengadakan aktiviti di dewan ini tidak dapat menggunakan dewan tersebut untuk aktiviti setempat sejak pagi apabila pita garisan kuning itu di pasang”.

“Kita juga ada tanyakan perkara ini kepada anggota polis yang bertugas di situ, namun dimaklumkan ia arahan pihak atasan. Saya dan beberapa AJK Pemuda PAS Gombak sudah membuat laporan polis berhubung perkara ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Selangor (DPPNS) Hasbullah Mohd Ridzwan mengakui akan mengadakan program ceramah berkaitan Bersih 2.0 yang diadakan di dewan berkenaan pada 9.30 malam kejadian dan ada membuat edaran flyer dan memasang kain rentang untuk memaklumkan program tersebut kepada rakyat. Beliau yang juga merupakan Ahli Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Zon 13, polis sepatutnya hanya boleh menghalang penggunaan padang untuk program terbabit yang terletak di sebelah dewan berkenaan.

“Jika Dewan tersebut telah di tutup dengan meletakkan pita kuning sekitarnya ini menandakan adalah kawasan larangan dan sudah pasti penduduk tertanya-tanya dan takut untuk ke Dewan itu”.

“Penggunaan dewan itu, sepatutnya ia adalah dibawah pengurusan pihak Majlis atau Jawatankuasa Penduduk (JKP) setempat dan polis tidak boleh menghalang penggunaan dewan itu”.

Dalam kejadian itu terdapat sebuah van polis bergerak dan kereta peronda polis. Kira-kira 15 orang polis yang lengkap berpakaian seragam mengelilingi telah berada di kawasan Dewan tersebut yang menimbulkan suasana takut di kalangan orang tempatan yang melihatnya.

“Atas nasihat peguam kami, Dewan Pemuda Pas Selangor akan mengambil tindakan saman terhadap Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Abdul Rahim Abdullah berikutan isu ini dalam masa terdekat".

Ulasnya lagi, kejadian sebegini sudah berlaku beberapa kali di lokasi lain, termasuklah kawasan Gombak yang diadakan Ceramah baru-baru ini walaupun di kawasan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Gombak Setia yang mempunyai premis telah di ganggu oleh pihak polis.

Tindakan polis ini dianggap tidak beretika dan biadap mengganggu kelancaran majlis ceramah yang hendak dianjurkan oleh Pemuda PAS Gombak malam kelmarin, katanya kepada media hari ini.


Editor : khaulah azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI