Wednesday, July 6, 2011

Anak ustazah Noridah, Selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu Muda

Gombak : Perginya tidak akan kembali lagi, namun hati kami redha diatas ketentuan Allah SWT kerana Allah lebih menyayangi anak kami, kata pasangan ini , Ustazah Nuridah Mohd Salleh bersama Hj Mohd Azmi Azman (suaminya) ketika ditemubual oleh media pagi tadi di kediamannya yang terletak di Tmn Melewar.

Rumah Mantan Ketua Muslimat PAS Pusat telah dikunjungi orang ramai termasuk sanak saudara, saf-saf pimpinan PAS peringkat Kawasan, Pusat dan sahabat-sahabat seperjuangan.

Allahyarham adik Mohd Abdul Aziz B. Hj Mohd Azmi Azman berusia 11thn. Beliau telah pulang kerahmatuallah pada 3hb Julai, 2011 /1 syaaban pada jam 11:30 malam waktu di Malaysia manakala 5:30 ptg di Afrika Selatan.

Menurut , Hj Azmi sebelum ini allahyarham menerima pendidikan di Sekolah Abqari Gombak. Sekolah umminya kemudian melanjutkan pengajiannya di Johanesberg South Africa bermula bulan September, 2010 dan telah Berjaya menghafal Al-Quran sebanyak 7 Juzuk.

Allahyarham, mengadu sakit tulang belakang pada 20hb April, 2011. Apabila kami kesana untuk membuat pemeriksaan, Doktor mengesahkan anak kami mengalami Radang Tulang Belakang setelah membuat pemeriksaan yang rapi daripada kepala sehingga seluruh tubuh badannya.

Doktor juga mengatakan separuh daripada tulang tersebut telahpun reput dan kami telahpun membuat operasi pembedahan. Sebulan selepas di buat operasi pembedahan, kami lihat allahyarham mampu tersenyum dan boleh bercakap seperti biasa tetapi tidak boleh berjalan, katanya dengan tenang meskipun jelas kelihatan riak wajah mereka begitu sayu apabila kehilangan putera kesayangan yang merupakan anak ke 8 daripada 10 adik - beradik.

Sementara itu, ustazah Noridah yang merupakan AJK PAS Pusat pula berkata allahyarham merupakan anak yang periang dan sangat aktif. Allahyarham telah selamat dikebumikan awal pagi tadi di Tanah Perkuburan Islam Batu Muda bersebelahan kubur Allahyarham Ustaz Al-Fadhil Hassan Syukri.

Alhamdullilah, rezeki anak kami ditempatkan bersebelahan dengan Allahyarham ustaz. Semoga Allah menempatkan mereka ditempat golongan orang yang beriman dan amal solih.

Beliau sempat memberi tazkirah ketika ditemubual oleh media, kepada Allah kita datang dan kepadanya akan dikembalikan. Setiap kita akan mengalami kematian tetapi tidak tahu bila akan berlaku. Memang tarikh kelahiran kita semua tahu tetapi sukar untuk kita tahu bila tarikh kematian kita, justeru itu berbanyakkan amal ibadah dan selagi hidup teruskan perjuangan islam yang merupakan kesinambuangan junjungan besar Nabi Muhammmad saw.

Semoga amalan ini satu bekalan untuk kita bagi bertemu dengan Allah SWT di alam barzakh. Semoga kematian ini sebagai satu peringatan buat kita semua.

(Allahyarham Abd Aziz berkopiah Hitam)..Al-fatiha buat beliau..

Editor : khaulah azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI