Friday, February 5, 2010

Adun Meraikan Kejayaan Pelajar Ke New Zealand


Gombak – Ibubapa mana yang tidak gembira apabila melihat anak-anak telah berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading. Walaupun kehidupan serba kekurangan dengan pendapatan yang tidak seberapa akibat daripada pergolakan kehidupan yang kadangkala dirasai ditindasi oleh segolongan yang tidak mahu bertanggungjawab dan lantaran itu membuat diri menjadi tekanan.

En. Nourman mempunyai 5 orang cahayamata. Pernah bekerja sebagai kontraktor tetapi nasib tidak menyebelahi beliau apabila syarikat kontraktor tidak membayar gaji mengikut taraf kelulusan yang sediada. Kadangkala beliau merasakan diri ditindasi oleh orang-orang tertentu. Namunpun begitu beliau seorang yang tabah dalam menghadapi kehidupan ini dan masih teruskan usaha untuk membayai pelajaran anak-anak, sehinggakan ke 5 anak-anak mendapat kesempurnaan dalam pengajian.

Hadirnya beliau di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dun Gombak Setia bersama anaknya Noorliyana Nourman baru -baru ini ingin mendapatkan sokongan bantuan biasiswa daripada YB Dato’ Hasan selaku Adun Gombak Setia.


Noorliyana merupakan pelajar yang cemerlang dalam pengajiannya. Anak ke 2 daripada 5 orang adik – beradik. Beliau telah memperolehi (SPM) 9a1, 1A2, PMR 8A, Dalam pengajian Diploma International Bachelor di Kolej Mara beliau telah dinobatkan sebagai “top 10 The Best student”. Kini beliau akan melanjutkan pengajiannya di University di New Zeland pada 13/2/2010.


Untuk meneruskan pengajian di luar negara sudah tentu memerlukan perbelanjaan yang banyak, oleh itu beliau bersama ayahnya telah berjumpa dengan YB Dato’ Hasan untuk memohon sumbangan peruntukan bagi kemasukan pelajar IPT dibawah kerajaan Negeri yang telah termasuk dalam manefesto PRU-ke 12.

Insya-ALLAH beliau akan mendapat peruntukan tersebut daripada kerajaan Negeri dan daripada YB Dato’ Hasan akan memberi sumbangan sebanyak RM2000 daripada Pusat Khidmat Masyarakat Adun Gombak Setia sebagai galakan untuk beliau meneruskan pengajiannya.

Seperti yang telah dijanjikan YB Dato’ dalam program penyampaian sumbangan pelajar miskin pada Dis, 2009 yang telah diadakan di PKM Dun Gombak Setia, dimana beliau akan berusaha untuk membantu para pelajar/ahli keluarga yang tidak berkemampuan untuk mendapatkan Dana sekiranya pelajar tersebut mendapat keputusan yang membanggakan.

Katanya lagi, beliau tidak mahu sekiranya taraf kehidupan ibubapa mereka rendah akan dikekalkan kepada anaknya juga tetapi YB Dato’ inginkan anak tersebut lebih berjaya daripada ibubapa.

“Dengan kejayaan akan membantu ibubapa/keluarga. Dengan kejayaan inilah juga orang akan padang mulia pada kita. Tetapi setelah berjaya jangan sekali kita melupakan ibubapa yang banyak memberi pengorbanan pada kita yang tidak mampu kita bayarkannya kembali. Hatta walaupun kita sudah menjadi seorang pemimpin yang beribawa jangan sekali merasa angkuh kepada ibubapa/orang luar yang perlukan bantuan kita.”

Kata-kata dorongan dan nasihat daripada YB Dato’ kepada para pelajar yang telah bersama dalam program sumbangan pelajar miskin untuk hadapi peperiksaaan PMR, SPM 2009 sedikit sebanyak telah menyentuh hati yang mendengar agar sentiasa menghargai pengorbanan ibubapa dan teruskan usaha dengan gigih agar menjadi pelajar cemerlang dunia akhirat. Semoga dengan adanya bantuan tersebut akan meringankan bebanan kepada ahli keluarga mereka.

Kini kejayaan yang telah diperolehi oleh adik Noorliyana telah diraikan oleh YB Dato’, insya-ALLAH sumbangan tersebut akan diberikan sebelum beliau meninggalakan tanah air.

TAHNIAH buat beliau daripada semua kakitangan PKM Dun Gombak Setia dan daripada penulis sendiri dengan ucapan dorongan ” Belajar hari ini untuk kejayaan hari esok, wahai teman.. jangan biarkan ibubapamu menangis kerana kegagalanmu dalam pelajaran/kehidupan tetapi biarkan setitis airmata ibubapa yang mengalir adalah tangisan / kebanggaan bagi meraikan kejayaanmu.. teruskan usaha”.

Sepintas lalu untuk kita sama2 muhabasah diri buat adik-adik dan juga semua pengunjung blog DUN Gombak Setia.. Ingatlah saat-saat begini ibubapa sanggup menebalkan muka untuk mendapatkan peruntukan untuk kebaikan anaknya tetapi adakah sebagai anak kita sedar kesusahan ibubapa ??

Saat-saat kita sudah mengecapi kejayan adakah kita kongsi bersama mereka/ ibubapa kita tidak pedulikan lagi…saat ini dimanakah ibubapa kita???? Andai mereka dibuang.. sebagai anak… tolong carilah mereka jangan sampaikan mereka tiada lagi, kita masih tidak tahu samada mereka masih hidup/sebaliknya diatas kealpaan kita.. andai ini terjadi percayalah janji ALLAH yang pasti.. balasannya akan tiba.. anak2 akan membuat perkara yang tidak baik lebih daripada itu pada kita..kejayaan/kehidupan kita tidak seindah rupa.. pasti hidup juga tidak berkat dan tenang.

Semoga sumbangan dan sokongan yang akan diberikan oleh pihak PKM Dun Gombak Setia & Kerajaan Negeri akan digunakan sebaiknya.



Editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI