Monday, June 29, 2009

Kuliah Magrib Surau Jabbar Nur Bersama Yb Hasan Ali


dato bg ceramah

Salam/Selamat Sejahtera...

Gombak Setia- 29hb Jun, 2009- Yb Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali, Dun Gombak Setia merangkap Exco Kerajaan Negeri Selangor alhamdulilah dapat meneruskan tanggungjawab menjalankan tugasannya bersama kakitangan Pusat Khidmat DUN Gombak Setia untuk bersama penduduk Sri Gombak Fasa 2 menunaikan solat berjemaah disamping itu dapat memberi ruangan tazkirah dan membuat perjumpaan dengan AJK surau menyelesaikan masaalah yang dihadapi oleh pihak Surau Jabbar Nur.

Yb Dato’ Hassan menyarankan agar setiap surau dan masjid hendaklah mengimarahkan rumah-rumah ALLAH setiap hari dengan mengadakan kuliah magrib 3x seminggu atau paling kurang mengadakan kuliah subuh hujung minggu dengan mengadakan kuliah dhua. Dengan adanya kuliah di Masjid/surau maka anak-anak muda, penduduk sekitar dapat manfaatkan masa dengan sebaiknya.

discuss surau

Selain daripada itu juga Yb Dato’ Hasan memberi tekanan pada pentadbiran Masjid/surau hendaklah mainkan peranan dengan baik dengan menjalankan tugasan dengan penuh jujur. Pentadbiran kewangan hendaklah dimanfaatkan sebaiknya untuk mengadakan berbagai program untuk kaum ibubapa dan anak-anak. YB dato’ Hasan memberi contoh di Singapura meruapakan pentadbiran masjid yang baik walaupun Negara itu terdiri ramai orang kafir, amatlah berbeza di M’sia. Namun pun begitu YB Dato’ Hasan serta pihak pengurusan yang lain akan berusaha membantu sedaya upaya untuk melengkapkan kelengkapan Masjid, Surau. Kini pihak mereka sedang dalam peringkat perancangan untuk adakan kompleks setiap Masjid dimana akan terdirinya sebuah Nursery, Klinik dan diadakan Padang Futsal berhampiran Masjid agar selepas anak-anak bermain mereka boleh berhenti seketika dan tunaikan solat kemudian boleh meneruskan riadah mereka. Disamping itu juga kompleks tersebut akan dibawa masuk barang-brang produk yang halal tanpa was-was kepada semua pengguna. Semoga dengan usaha sedemikian akan memberi kemafaatan sebaiknya pada kita semua sebagai umat ISLAM.

perbincagan masaalah surau jabar nurYb. Dato’ Hasan juga berkata bahawa Masjid dan surau selain tempat beribadat, menuntut ilmu akhirat ia boleh juga digunakan tempat bermusyawarah/mesyuarat, mengeratkan ukhwwah antara AJK dan penduduk, tempat perbincangan dengan semua Ahli pengurusan pentadbiran dan penduduk juga boleh mengemukakan sebarang masalah pentadbiran kepada AJK pentadbiran yang telah dilantik agar dapat diperbaiki dengan lebih baik. Semoga dengan kerjasama Yb Dato’ Hasan dengan semua masyarakat tidak kira bangsa dan agama akan melahirkan Masyarakat yang harmoni..insya-allah..

Alhamdulilah program ini selesai 9:30mlm dengan jamuan ringan bersama pendududuk. waalaupun dihidangi dengan juadah tetapi beliau tetap melayani kereneh AJK pengurusan dengan berbagai Surat, dokumen untuk ditandatangani.


dato mendengar masalah pendudukSeperti sunah Nabi saw ketika bersama sahabat-sahabat dimana Baginda gunakan masa untuk perbincangan pentadbiran Negeri. Semoga sunah baginda diikuti oleh kita sebagai umatnya.. Insya-ALLAH.mkn mslmt

Sunday, June 28, 2009

Antara 2 DUNIA


Assalammualaikum wr wbt /salam sejahtera..

Mulai saat ini, hari ini dan detik ini ana telah diberi mandat oleh Pihak MTD GS utk menjadi Editor Pengarang Penerangan. Rasa terlalu berat juga utk ana nak pikul dan bawa tugasan ini, Insya-allah akan ana cuba buat yg terbaik namun pun begitu pasti ada kekurangan dalam penulisan ini dan amatlah diharapkan para netters semua dapat memberi pandangan dan sokongan uuntuk perbaikikan diri ana yg semestinya ada banyak kelemahan. Segala kebaikan dtg dpd ALLAH swt dan lemah itu daripada diri ana yg sememangnya terlalu kerdil dan sentiasa memperibaikikan diri..insya-allah..


29hb Jun, 2009- Gombak, Alhamdulilah segala pujian bagi ALLAH semesta Alam akhirnya segala perancangan yang telah di susun dan dirancang dengan baik akhirnya telah terlaksana tanpa sebarang halangan dengan kerjasama semua pihak.

Alhamdulilah Masjid Al-Khairiah Tmn Sri Gombak telah dibanjiri ramai pengunjung selepas solat Isya' pada 28hb Jun, 2009 (Ahad) tidak kira peringkat umur samada generasi muda/tua/kanak-kanak untuk menghadirkan diri ke Majlis ilmu untuk melengkapkan diri dengan mencari erti kehidupan sebenar seperti apa yang telah di usahakan pihak penganjur untuk mengadakan Forum Perdana untuk mengupas Tajuk Antara 2 Dunia. Disini sedikit ILMU untuk kita kongsi bersama sekiranya para pengunjung blog dan sahabat-sahabat yang tidak berkesempatan untuk hadirkan diri ke Majlis Perdana ini.

Tazkirah : Utz Roslan Mohamad
Nabi Muhammad saw telah menyatakan terdapat 4 Golongan Manusia iaitu :-

poster_forumperdana_jun2009

1) ALLAH beri ILMU, Harta kekayaan pada seseorang tapi digunakan dengan sebaiknya. Orang yang seperti ini mereka tidak lupa kehidupan dunia akhirat. Tidak mencari Dunia semata-mata, malahan waktunya dimanfaatkan sebaiknya untuk urusan Kerja dan urusan akhirat. Kehidupan nya diberkati ALLAH.

2) ALLAH bagi ilmu padanya walaupun dia Miskin tetapi dia tidak pernah lupa pada ALLAH. Orang yang seperti ini juga selamat Dunia Akhirat.

3) Dunia sahaja dicari. Didalam fikiran hanya fikir cari DUIT..DUIT,. sehingga tiada waktu untuk beribadat, tidak bercampur gaul dengan ahli jemaah masjid/surau, jiran tertangga apatahlagi. Orang yang seperti ini dilaknat ALLAH. Kehidupannya sentiasa tidak pernah merasa mengcukupi.

4) DUNIA AKHIRAT langsung takde - orang ini terlalu miskin, tidak terpenah dihatinya untuk fikir dosa pahala tetapi dia hatinya kerap melakukan dosa maksiat, menipu, menganayai orang dan lain-lain. Apabila tibanya saat-saat kematianpun orang ini hanya fikir harta kekayaan lagi. Nauzubillah.. jauhkan diri kita masuk dalam golongan sedemikian..

Ustaz Tn Ibrahim Tn Man : ALLAH swt menyarankan umatnya agar mencari dan melebihkan kehidupan akhirat untuk kita tiak lupa pada ALLAH swt. Bila kita fikrikan kehidupan dunia semata-mata kadang-kadang ALLAH bagi seseorg itu dengan kesenangan tetapi dalam keadaan ALLAH murka padanya (Istidraj). Umat manusia ditimpa penyakit iaitu TAMAKKAN DUNIA. Dunia umpama seperti orang yang sedang lena Tidur. Bila kita tidur kita dibuaikan dengan kehidupan yang penuh dengan angan-angan kosong.

Saidina Ali berkata " Umat manusia sekarang takut dan bimbang dengan kematian tetapi mereka tidak berusaha untuk buat kebaikan sebagai bekalan diakhirat " Jangan tertipu dengan kesihatan yang baik kerana mati tidak pernah tahu pada kesihatan yang baik, kematian akan berlaku pada bila-bila sahaja tetapi kita tidak mengetahui, bila dan dimana.. "oleh itu buatlah persiapan diri melengkapkan diri sebagai bekalan dikahirat.

Nabi saw bersabda "buatlah apa saja yang kamu suka asalkan setiap perbuatanmu itu akan mendatangkan kebaikan pada orang lain untuk mengikutinya. Kasih, cintailah dengan sesiapa saja tetapi ingat 1 hari kau akan berpisah dengannya.."

Ada 1 kisah dimana ada seorang sahabat terlalu sedih dengan kematian isterinya sehingga berbulan-bulan beliau tidak meneruskan ibadat yang lain sperti sediakala lalu pada 1 hari datang seorang wanita tua berjumpa dengan beliau dan berkata :

Perempuan Tua: wahai anak muda mengapa kamu bersedih sekian lama? Bolehkan aku bertanya 1 soalan?

Anak Muda : Wahai mak cik tolong jangan ganggu diriku kerana aku sedang bersedih hati.

Wanita tua: baiklah aku tidak ganggu dirimu tetapi hanya 1 soalan saja yang aku ingin kau jawab dengan baik kemudian selepas ini aku tidak ganggu kehidupan mu.

Anak Muda : Baiklah apa soalannya?

Wanita Tua : Aku berikan seutas gelang pada seseorang kemudian 1 hari aku inginkan kembali gelang tersebut adakah aku berhak untuk mengambil dan meminta padanya??

Anak Muda : Tentulah tidak boleh kerana kau telah memberi pada orang tersebut dan tidak patut Engkau memintanya kembali.

Wanita Tua : Tersenyum..Erm Begitulah kehidupanmu.. ALLAH berikan Isteri kepada kamu sebagai pinjaman tetapi kini ALLAH nak kembali isterimu, maka haruslah engkau redha dan teruskan kehidupan ini.

Anak Muda : Ya-ALLAH, ampunkan dosaku kerana kealpaan ku, terima kasih makcik kerana menyedarkan diri saya agar tidak terus bersedih hati dan terleka, isnya-allah saya tidak akan ulangi kesilapan ini dan akan teruskan kehidupan yang lebih baik..

Utz Roslan Mohamad : Israk Mikraj.
Tujuan ALLAH jadikan Israk Mikraj juga adalah satu pengajaran agar manusia sedar bila tiba hari pembalasan semua amalan kita ditayangkan ALLAH seperti slide show samada baik/ buruk. ALLAH akan bayar dengan BY CASH.

Manusia hidup tanpa berfikir Konsep Akhirat, ini amatlah amat dibimbangi.. Program ILMIAH tidak banyak tetapi jika program yang berunsurkan kemaksiatan amat banyak sekali diadakan. Majlis-majlis ILMu dimasjid/surau tidak banyak diadakan. Hidup perlu ada perancangan dan kejarlah kehidupan ini sebelum tercapai kehidpuan yang sebenarnya.

Nabi Saw bersabda " Banyakkanlah menangis dan kurangkanlah ketawa" Bila kita banyakkan ketawa hati menjadi keras dan mati dan sekiranya kita banyakkan menangis insya-allah hati kita menjadi lembut, subur dan tidak lupa pada ALLAH swt..

3 Mata yang tidak disentuh Api Neraka.

i) Mata yang berjaga Malam (Qiammulail)

ii) Mata yang takut pada azab ALLAH tidak melihat perkara-perakara yg lagha.

iii) Mata yang berjihad ke jln ALLAH.

ISLAM ini terlalu cantik dan indah ALLAH ciptakan kehidupan DUNIA AKHIRAT ada hikmahnya begitu juga ALLAH ciptakan kematian agar manusia tidak terlalu kejar kehidupan dunia semata-mata kerana dibimbangi mereka akan terus menerus lalai pada ALLAH.

Nab saw bersabda : "Siapakah Orang yang paling Bijak??" Mereka adalah orang-orang yang sentiasa ingat kematian"

Pegang teguh dengan prinsip ini DUNIA & AKHIRAT MESTI SELARAS SEMUA IBADAT KITA adalah kerana ALLAH swt semata-mata.

Muhasabah diri : Apa perbuatan kita buat ada tak yang tidak berkait dengan ALLAH??

Hidup ini semua ada kaitan dengan ALLAH. Bila kia ingat Akhirat automatic hati kita ingat pada ALLAH. So untuk mencapai ke arah itu rajian-rajinkan diri mencari ilmu, mengimarahkan masjid, dekati alim ulama'...waallahhualam.

Semoga dengan suntikan santapan rohani ini akan memberi kesedarn pada kita Bahawa kehidupan kita ibarat seperti Jambatan untuk menuju ke akhirat. waallahhualam

Penulis Editor : Ukhti Khaulah Azwar

http://khaulah-azwar.blogspot.com

Thursday, June 25, 2009

Akhirnya Kau Pergi Juga...yg tiada pengganti

Dato' Hassan Ali yg sentiasa bersama jemaah utk membantu solatkan jenazah dan mengiringi ke perkuburan..Kata org carilah shbt saat suka dan duka dia bersama kita bukan bila susah cari shbt bila senang shbt diketipikan.. jauhkan sft itu dlm diri kita..

Al-Fateha Buat Ayahanda Dato'Fahmi kini 4hr berlalu, keadaan di MTD GS diuluti kesedihan, tiada gurauan helaian tawa shbt2 lagi, setiap kali duduk dlm bilik En Omar tempat Dato' Fahmi dan shbt2 bertemu setiap itulah ada saja bualan kisah Dato' Fahmi dibicarakan, kenangan demi kenangan terbuka..
Kata pujangga "Harimau mati tinggalkan belang tapi manusia mati tinggalkan nama, hanya segala pegorbanan dan jasa beliau pada jemaah tidak akan dilupakan selamanya dan kata2 terakhir Dato' Fahmi pada ana masih teringat lagi.. sue jgn lupa nanti apa2 prog kalau ana takde tlg bawa Datin & anak2, anak taknak mereka terleka. hidup perlu buat sumbangan pd jemaah..itu bekalan kita . ana hanya senyum dan kata insya-allah don't worry Dato' pasti ana akan bawa mereka bersama.. tp tidak sangka kata2 itu memang menjadi kenyataan rupanya dia tinggalkan wasiat terakhir pada ana.. moga ana dan shbt2 mampu menunaikannya walaupun nampak kecil tapi berat jg.. lbh2 nak mendekati org yg berkedudukan tp setakat ini ana lihat keluarga ini mmg baik, dan tidak sombong.. insya-allah ana akan cuba membantu.. doakan usaha kami agar tidak leka pd shbt2 yg perlukan dorongan walau pun dirinya tiada lagi..
Sering kali adk2 jemaah yg baru bergerak dalam jemaah Gombak tertanya pd ana "Kak sapa Dato' Fahmi"? ana tak dpt nak jwb dlm keadaan Hiba masa tu, hari ini ana kumpulkan semangat utk mendedahkan sapa Dato' Fahmi pd Jemaah.. Moga jdkan contoh yg baik pd diri kita Walaupun kaya ttp mereka sekeluarga adalah org yg paling ramah, tidak sombong, tidak kedekut, menghormati sesiapa saja, murah hati dll... ikutilah kisahnya..

23 Jun 2009-Taman Desa Minang.Belangsungkawa pemergian allahyarham Dato’ Fahmi.Beliau menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 4 ptg disebabkan serangan jantung. sapa sangka dlm pukul 3 ptg ramai shbt2 berjumpa dgn dia di Restoran , cuma ana je yg tak dpt jumpa Arwah sebab secara kebetulan pd hari itu ana sibuk urusan di pej Ahli Majlis.. so lewat g MTD. Cuma dalam kesibukan itulah fikiran teringat pdnya hati tak sedap masa tu lbh2 bila bnyk masuk aduan kematian dan insfraktutur utk di ambil tindakan... masa tu.. setiba di MTD ana cari kerete yg selalu Dato' Bawa staff pergi ke S.Alam dan lain2.. tp kelibat diri dan keretanya tiada..

Pemergian beliau merupakan kehilangan besar kepada penduduk Taman Desa Minang khususnya dan amnya bagi penduduk Gombak Setia.
Arwah Dato' Fahmi
Allahyarham yang merupakan salah seorang Ahli Jawatankuasa Penduduk (JKP) Taman Desa Minang telah memberikan sumbangan besar terhadap pembangunan dan kemajuan dalam pelbagai aspek. Allahyarham juga sangat aktif membantu kakitangan Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Gombak Setia dalam menyelesaikan pelbagai permasalahan tanpa mengenal letih dan penat.
Lagu ini ditujukan buat dirniya walaupun tiada lagi..

Hijjaz (Munif Ahmad) Kau Sahabat Kau Teman
Telah tiba saat waktu
Kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa
Telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini
Bila mngenangkan Kau sahabatku
Kau teman sejati

Tulus ikhlasmu
Luhur budimu
Bagai tiada pengganti
Senyum tawamu
Juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi

Kau sahabatku kau teman sejati
Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

( korus )
Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi
Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

( korus )
Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati

Ya-ALLAH RAHMATILAH ROHNYA TEMPATKAN DIA DI TEMPAT YG MULIA DISISIMU..AMIIN YA RAB

Forum Perdana Ehwal Islam

Salam dijemput semua shbt2 muslimin dan muslimat utk hadirkan diri ke Forum Perdana Ehwal ISLAM pada :

Tarikh : 28hb Jun, 2009
Masa : 7mlm- 11 mlm
Tempat : Masjid Al-Khairiah, TmN Sri Gombak

Panel : Dato' Hassan Ali
: Ustaz Tn Ibrahim Tn Man
: Ustaz Roslan Mahmood

Tuesday, June 23, 2009

Kematian itu Mengejutkan, Al-Fateha Buat Ayahnda Dato' Fahmi


Hadith :
Dari Jabir bin Abdullah r.a katanya:”satu jenazah berlalu di hadapan Rasulullah s.a.w lalu baginda berdiri. Kami pun berdiri juga mengikut baginda. Kemudian kami berkata:”Ya rasulullah! Itu jenazah orang Yahudi.” Sabda baginda:”Kematian itu mengejutkan. Oleh itu bila kamu melihat jenazah (lalu) berdirilah.”

Semalam Warga Gombak terutamanya Pihak MTD GS digemparkan dgn kematian Allahyarham Dato Fahmi pada 2:30ptg.. Semua org bagaikan tak percaya apa yg didengar.. Ana benar2 rasa sedih krn hasrat hati ana utk mengadakan taaruf lbh dkt lagi dgn Dato' Fahmi yg diibaratan seperti ayah ini terlalu amat ambil berat pd ana dan shbt2 jemaah. Ada beberapa perkara yg Dato' Fahmi nak membantu ana utk setledkan masalah yg amat berat utk ana nak pikul, tp insan ini tiada lagi selain minta pertolongan ALLAH dia le tempat ana dan shbt2 minta pandangan dan dorongan.. dgn banyak pengalaman yg luas dlm perniagaan dll..


Foto Arwah Dato' Fahmi berbaju coklat susu sblh p.cik baju melayu ungu. Beliau banyak meberi sumbangan tenaga, fikiran dll dalm urusan jemaah walapun usia semakin lanjut. usia belia 59thn.







Arwah bersama dato' Hasaan dan shbt2 seperjuangan muslimin..

Dirinya Orgnya terlalu baik dan org yg suka berlawak. kalau diri kita diuluti kesedihan dia le yg menjadi penawarnya. Telatahnya sering membuat org pej di MTD dan shbt2 seperjuangan mmg tak kering gusi kalu kami berborak2 kosong..


pd 21/6/2009, slps solat subuh ana dah set dlm kepala ana.. hari itu Dato Fahmi, Utz Hirman, Utz Tarmizi mrka bertiga ni mmg tak boleh dipisahkan terutamanya Utz Hirman yg ana lihat dia mmg terlalu rapat dgn Dato' Fahmi. Ana dlm bilik En Omar.. sibuk siapkan kertas kerja Nisa' dan siapkn kerja Ahli Majlis.. tiba2 Dato' tanya ana.. Sue org mana ye.. padahal kami ni mmg le kenal lama.. tp mungkin tak berkesempatan utk mengenali lbh dkt lagi.. erm ni nak buat taaruf ke.. ana org Perak le.. tp dah bermastautin di Gombak.. Lps tu habis le ana kena sindir dgn 3 org ni Dato' Fahmi le suka sgt menyakat habis lorat perak dia keluar.. melucukan.. slps dpd tu ana tak jumpa dia hampir 1 minggu rasa macam pelik kalau dia takde dkt MTD.. sbbnya takde org yg suka berlawak mcm dia..dlm hati ana tertanya mana Dato' Fahmi pergi.. yg ana dimaklumkan haritu pemuda GMBK nak pergi Johor.. tp tu semua rmh generasi muslimin.. takkan Dato Ikut.. erm takpe le ana harap Dato' selamat diamana jg..


Slps daripada tu 22/6/2009- ana tersenyum riang bila melihat kelibat ayah sorg ni.. alhamdulilah Dato Selamat lama rasa mcm tak jumpa tiada gurauan dirasa di MTD bersama shbt2.. setiba di muka pintu Dato panggil..Cik Sue.. pekhabar.. ana jwb alhamdulilah sihat sikit demam dh kebah tp batuk masih x hilang lg.... Dato' Sht..?? dia jwb mcm ni le sue.. skt2 tua.. ana lihat riak wajahnya.. nampak mcm krg sihat..dlm sibuk buat kerja di Bilik En Omar .. depa ni semua duk ckp Hal P.Raya akan diadakan tak lama lg di Kelantan.. oo baru ana ingat Dato takde dia excord JPN dan Dato' Hassan.. lupa2.. pdhala ana dh dimaklumkan hal ni maybe kesibukan dgn prog hujung minggu dan tak berapa sihat krg bagi tumpuan..


Dato Fahmi : Sue.. hang tahu tak. manek urai tu jauh sgt2.. hang nak ke Berjihad dkt sana..
Sue : Insya-ALLAH jika diizinkan ana akan pergi.. doakan moga ana dan shbt2 diberi peluang utk bertugas disana.. mcm kita semua dpt bertugas di Bukit Gantang..

Dato' Fahmi : Ye le, insya-allah moga kita semua dpt menjalankan tgjwb kita disana..

Ei.. jumle kita lunch.. ana, dan utz tarmizi tak g.. coz.. ana nak siapkan keje dan sememangnya ana tak suka keluar lunch panas.. nanti kena migrane.. so En. Kamarul, En Omar, Utz Hirman le yg keluar lunch.

En Kamarul : sue nak mkn tak??

Sue: Tak nak le..

En kamarul : Yeke, takpe hari ini ana belanja.. ana diam je. up 2 u..


slps 2:30 ptg : P. Nik dtg pej.. dia bg bungkusan kasut pd Dato Fahmi.. ana, Dato Fahmi secara tiba bertembung dpn pintu.. masuk..

Sue : oo. ni dpt hadiah pula ke.. kasut pe tu Dato'

Dato: Kasut Generasi ni sue. hanya org tertentu je le pakai..dgn senyuman dia terus balik..

Sue : erm..ada2 je le Dato ni..



22/6/2009 : hari ni H/P ana jd hotline pula, banyak le pula kes kematian, aduan ibu tunggal dll masuk di Pej ana... so kena le ambil semua repot utk submit pd MTD..di hati ana, ya-allah asyik dengar kematian, tiba2 terbayangkan Dato' Fahmi..ei.. napa teringat Ayahanda sorg ni..?? hati mula berdebar2.. Ya-ALLAh berikan hambamu ketenangan.. rahmati dia dimana saja berada.. amiin. apakah persiapan ana utk hadapi ini semua??sdh bnyk mana amalan ana?? Ya-ALLAH terimalah amalan hambamu.. amiin







12:30tgh : ana g mtd.. buat keje mcm biasa terus masuk pej En Omar, submit semua report..

En Omar: ya-ALLAH hari ini kenapa bnyk sgt dpt kematian, tak menang tangan nak ziarah.. tiba2 hujan turun.. ana tnya dgn Mek Liza..

Sue : Liza Dato Fahmi, Utz Hirman Masuk tak hari ini?

Mek Liza: tak nampak lagi kak.. selalu depa dh masuk waktu gini, Bz kot g S. Alam pej Negeri..

Sue : erm ye kot.. x pe le..

2:30 ptg dlm sibuk buat keje.. dkt pej En Omar, bincang kertas keje Nisa' Gombak, dll ana dimaklumkan ada pemuda di tmn selasih meninggal.. lps tu ana terus duk luar buat keje dkt luar pula.. tukar angin..


3:00ptg : Nampak En Omar bergegas turun bawah.. eik napa ni..terdengar nama Dato' Fahmi kata mereka pengsan..yeke...


3: 30 ptg: En kamarul dtg meja ana, sue.. tahu tak, apa dh terjd hari ini,

Sue: Erm entahle, rasanya hari ini bnyk sgt kematian, napa??




En Kamarul: Sue.. sabar ye.. org yg kita rapat dah tinggal kita,Dato Fahmi..

Sue : hah yeke. En Kamarul jgn main2.. ni bkn blh buat main2 tau.. yele pemuda gmbk terutama org pej ni mmg suka berlawak kdg2 ana confius mana 1 yg serius.. ana terus tel H/P Dato Fahmi, alamak off.. ya-ALLAH katakan tidak benar, hrp itu gurauan..

Tarmizi, kamarul : Sue tel sapa??

Mek Liza: kak betui ke depa ni?

Sue: Tel Hp Dato le..

En Kamarul, tarmizi, : ya-ALLAH org dh x de hang tel buat apa... dgn secara lawkanya En Kamarul buat memek muka dia ckp pe" Kang nanti mayat Dato Fahmi jwb "oi.. sue aku dah mati le.. hang tel buat pe" ana ketawa hambar..

Sue: ana terus tel Utz Hirman " Utz betulke apa ana dengar Dato Fahmi meninggal?"

Utz Hirman : Yup, sue maaf x sempat nak SMS, terdengar suara yg sedih,

Sue : Innalilah.. ya-allah jdkan hambamu redha atas apa yg berlaku, terus menitis airmata ana.. hasrat ana tak sampai.. rasa 1 kehilangan ayah yg blh dibuat shbt.. :( so ana bincang dgn shbt2 MTD kita g lps asar le ye.. uruskan hal akhirat kita dulu..

shbt2 : Ok set.


ana, Liza terkebil2 cari rmh Dato Fahmi dkt dgn Rumah Dr Uzai katanya... so tiba2 toleh kanan Utz Hirman lambai.. ana senyum alhamdulilah dimudahkan perjalanan.. akhirnya sampai jg rmh Dato'


setiba dirumah Dato Fahmi ana bersalam dgn Datin dan anak2.. terus ucapan Takziah diberi, ana capai Yasin, disedekah pd arwah Abah Ana, org2 yg terhampir dan pd Dato Fahmi' dlm selawat dan membuka yassin, semakin lebat airmata ana menitis, bila melihat terkujur jenazah didepan mata..teringat segala kenangan bersama Dato' yg sentiasa membakar semangat pejuangan ana, sentiasa mnjd pendorong utk ana dlm jemaah, org yg tak jemu2 bg nasihat, dia le yg mnjd bodyguard ana bila ada 1 perkara yg berlaku dlm hidup ana.. tp org ini sdh tiada lg.. ya-ALLAH Engkau lebih menyayangi dirinya.. jdkanlah kami org2 sabar mnghadapi ujian ini.. rahmatilah rohnya..


Mmg kami semua macam tak percaya apa yg berlaku serasa semalam masih terasa pertemuan dgn Dato' fahmi bersama shbt2.. rmh ini dipenuh dgn shbt2 seperjuangan utuk membaca yassin dan urusan jenazah..


6:20 ptg Dato' Hassan bersama shbt2 Savana dtg..airmuka shbt2 dpt kulihat airmata mereka jg menitis spt ana.. Doa dihulur, tahlil dibaca oleh Utz Manap dan Dato' Hassan sungguh semua penghuni menitis airmata bila mendenagar Doa Dato' Hassan


Ya-ALLAH sungguhnya Engkau Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Sghnya kami amat menyayangi shbt kami ttp kami redha dan pasrah atas pemergiannya krn Engkau lebih menyayangi shbt kami. Akan kami teruskan sisa2 perjuangannya sehingga ISLAM tertegak dimukabumi ini, Ya-ALLAH Ya JABBAR ya MUTAKKABIR, YARAHMAN..ampunilah kami semua, ampunilah dosa kedua ibubapa kami samada hidup/meninggal dunia, tempatkan mereka ditempat yg mulia disisimu, ampunilah shbt kami Dato Fahmi, Ampunilah anak2 kami, isteri2 kami sekiranya kami terlupa mendidik mereka krn atas urusan dunia semata2.. 1 hari kami jg akan bertemu dgnmu, sekiranya diberi peluang maka kau temukanlah kami semua dlm golongan org2 yg beriman dan beramal soleh yg membantu agamamu.. Ya-ALLAH ringankanlah azabmu pd shbt kami, tempatkanlah ditempat yg mulia disisimu, terangilah kuburannya, luaskan kuburnya spt Engkau beri pd org2 mukmin, ya-ALLAH kurniakan kesabaran pd kami, isteri, keluarga Dato Fahmi dlm hadapi ujian ini. Bukakanlah, lapangkan hati mereka semua dalam urusan dunia dan akhirat ini bg meneruskan kehidupan ini dgn tenang.. ya-ALLAH berkatilah doa rintihan hati kami semua, amiin ya rab..


Alhamdulilah selamat Yasin doa dibaca, kami diberi taklimat bahawa jenazah akan dimandi dkt Surau, dan akan dikebumikan slps isya' di Kepong..

Insya-allah ana akan pergi bersama shbt2,mengiringi jenzah ke perkuburan, inilah pengalaman baru ana mengiringi jenazah waktu mlm.. moga disitu akan memberi keinsafan pd ana agar lebih banyakkan amalan kita di dunia jauhkan segala melakukan perkara yg dimurkai..

Lps magrib ana terus siapkan diri bawa anak buah ana nana utk bersama, nak bawa famly ana mak masih tak sihat.. xpe le ana taknak mak sakit.moga mak ana jg dikurniakan keafiatan yg baik insya-allah..


















Ahlan Wahsahlan Rejab.. Selamat Beramal

Salam, alhamdulilah pd esok 23hb Jun, 2009 akan kita bertemu kembali bln yg penuh dgn keberkatan dlm ISLAM. 3 Bln yg sgt2 dinantikan bg org2 yg beriman utk merebut meningkatkan ibadat iaitu Rejab, Syaaban, Ramadhan. semoga dgn bertemu bln ALLAH, Bln Kekasihnya dan Bulan Umat ISLAM ini akan mentarbiyahkan diri kita utk perbaikikan diri dan amal kita utk menjadi insan rabbani, insya-allah.. Dgn itu ana ambil kesempatan buat semua keluarga, shbt2 seperjuangan dan semua pengunjung Selamat menyambut bln Rejab, mohon maaf zbn jika tersasar bahasa selama ukhwwah terjalin..
Sedikit tazkirah utk kita mempersiapkan diri utk mengerjakan puasa2 sunat sebeleum berhadapan bln Ramdhan.. insya-allah..
Rejab secara bahasa bermaksud mengagungkan atau memuliakan. Bulan Rejab merupakan bulan yang ke tujuh dalam kalendar hijrah. Ia dinamakan Rejab kerana orang-orang Arab pada zaman jahiliah memuliakan bulan ini lantas mengharamkan apa jua bentuk peperangan pada bulan ini.
Di antara kabilah Arab yang ekstrem dalam mengagungkan bulan Rejab ini adalah bani Mudhar.Di dalam kalendar umat Islam terdapat dua belas bulan yang mana Allah S.W.T. telah memuliakan empat bulan darinya.
Firman-Nya:Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar larangan-Nya) ; dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa.
“ al-Tawbah (9) : 36Imam al-Qurthubi berpendapat tafsiran maka janganlah kamu menganiaya diri kamu di dalam ayat di atas bermaksud jangan seseorang itu menjadikan apa yang diharamkan pada bulan ini halal dan janganlah mengharamkan apa yang halal.
Jika firman-Nya di atas hanya menunjukkan terdapat empat bulan yang dihormati dalam setahun maka sabda Nabi s.a.w. ini memperincikan lagi tentang nama bulan-bulan tersebut Sesungguhnya zaman itu akan terus berlalu sebagaimana saat Allah menciptakan langit dan bumi. Setahun itu ada dua belas bulan.
Empat di antaranya ialah bulan-bulan yang haram, tiga di antaranya ialah berturut-turut, iaitu bulan-bulan Dzulqaedah, Dzulhijjah dan Muharram.
Bulan Rejab adalah bulan Mudhar (nama satu kabilah) yang terletak di antara Jamadilakhir dan Syaban. “ Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 4662Ternyata bulan Rejab termasuk dalam bulan-bulan yang telah dimuliakan oleh Allah S.W.T..
SELAMAT BERAMAL, MOGA AMALAN KITA DITERIMA OLEH ALLAH SWT HENDAKNYA, INSYA_ALLAH..

Tak perlu ISLAM HADAHARI cukuplah ISLAM DARIPADA DULU LAGI YG DIBAWA OLEH NABI MUHAMAMD SAW

Salam.. marilah kita sama2 fikir sebaiknya dan tepuk dada tanyalah iman..kita selama ini.. Perluke ISLAM Hadari?? Tak cukupke ISLAM yg dibawa oleh Junjungan Nabi Muhamamd saw utk kita ikuti?? Mari kita dengar Forum Hal Ehwal ISLAM Anjuran Gombak Setia..Moga dpt dimanfaatkan sebaiknya..waallahualam..

JOM TOLAK ISLAM HADARI 100 %

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI