Salam/Selamat Sejahtera...
Gombak Setia- 29hb Jun, 2009- Yb Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali, Dun Gombak Setia merangkap Exco Kerajaan Negeri Selangor alhamdulilah dapat meneruskan tanggungjawab menjalankan tugasannya bersama kakitangan Pusat Khidmat DUN Gombak Setia untuk bersama penduduk Sri Gombak Fasa 2 menunaikan solat berjemaah disamping itu dapat memberi ruangan tazkirah dan membuat perjumpaan dengan AJK surau menyelesaikan masaalah yang dihadapi oleh pihak Surau Jabbar Nur.
Yb Dato’ Hassan menyarankan agar setiap surau dan masjid hendaklah mengimarahkan rumah-rumah ALLAH setiap hari dengan mengadakan kuliah magrib 3x seminggu atau paling kurang mengadakan kuliah subuh hujung minggu dengan mengadakan kuliah dhua. Dengan adanya kuliah di Masjid/surau maka anak-anak muda, penduduk sekitar dapat manfaatkan masa dengan sebaiknya.
Selain daripada itu juga Yb Dato’ Hasan memberi tekanan pada pentadbiran Masjid/surau hendaklah mainkan peranan dengan baik dengan menjalankan tugasan dengan penuh jujur. Pentadbiran kewangan hendaklah dimanfaatkan sebaiknya untuk mengadakan berbagai program untuk kaum ibubapa dan anak-anak. YB dato’ Hasan memberi contoh di Singapura meruapakan pentadbiran masjid yang baik walaupun Negara itu terdiri ramai orang kafir, amatlah berbeza di M’sia. Namun pun begitu YB Dato’ Hasan serta pihak pengurusan yang lain akan berusaha membantu sedaya upaya untuk melengkapkan kelengkapan Masjid, Surau. Kini pihak mereka sedang dalam peringkat perancangan untuk adakan kompleks setiap Masjid dimana akan terdirinya sebuah Nursery, Klinik dan diadakan Padang Futsal berhampiran Masjid agar selepas anak-anak bermain mereka boleh berhenti seketika dan tunaikan solat kemudian boleh meneruskan riadah mereka. Disamping itu juga kompleks tersebut akan dibawa masuk barang-brang produk yang halal tanpa was-was kepada semua pengguna. Semoga dengan usaha sedemikian akan memberi kemafaatan sebaiknya pada kita semua sebagai umat ISLAM.
Yb. Dato’ Hasan juga berkata bahawa Masjid dan surau selain tempat beribadat, menuntut ilmu akhirat ia boleh juga digunakan tempat bermusyawarah/mesyuarat, mengeratkan ukhwwah antara AJK dan penduduk, tempat perbincangan dengan semua Ahli pengurusan pentadbiran dan penduduk juga boleh mengemukakan sebarang masalah pentadbiran kepada AJK pentadbiran yang telah dilantik agar dapat diperbaiki dengan lebih baik. Semoga dengan kerjasama Yb Dato’ Hasan dengan semua masyarakat tidak kira bangsa dan agama akan melahirkan Masyarakat yang harmoni..insya-allah..
Alhamdulilah program ini selesai 9:30mlm dengan jamuan ringan bersama pendududuk. waalaupun dihidangi dengan juadah tetapi beliau tetap melayani kereneh AJK pengurusan dengan berbagai Surat, dokumen untuk ditandatangani.
Seperti sunah Nabi saw ketika bersama sahabat-sahabat dimana Baginda gunakan masa untuk perbincangan pentadbiran Negeri. Semoga sunah baginda diikuti oleh kita sebagai umatnya.. Insya-ALLAH.
No comments:
Post a Comment