Wednesday, May 2, 2012

UMNO Bagi Gaji Minima RM800 Pakatan RM1500..

 
Gombak : Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali  menjawab  penguman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak gaji minimum swasta RM900 bagi Semenanjung serta RM800 di Sabah dan Sarawak adalah terlalu rendah kerana tidak menggambarkan kos hidup sebenar yang sentiasa meningkat di negara ini.

Katanya, “pengumuman yang dibuat PM, Najib Tun Razak sempena sambutan Hari Pekerja belum mengeluarkan entiti tersebut daripada garis kemiskinan.

Kita dapati sebahagian besar sektor swasta berada di bandar atau pinggir bandar sedangkan paras kemiskinan penduduk bandar seperti ditetapkan Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN) ialah berpendapatan RM1,500 sebulan.

Ini belum masuk lagi kos hidup sebenar di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur yang kos hidupnya jauh lebih tinggi kerana kenaikan harga barang yang sentiasa memuncak tanpa kawalan,”ujarnya.

Dr Halimah menambah, ini bermakna kenaikan yang diumum kerajaan tidak menggambarkan kepantasan kenaikan harga barang termasuk di Sabah dan Sarawak.

 Katanya, “cadangan Pakatan Rakyat (semasa pembentangan Bajet Alternatif 2012) iaitu gaji minimum RM1,500 adalah lebih munasabah kerana tidak membebankan majikan dan cukup untuk menampung kos sara hidup pekerja.

 “Walaubagaimanapun PAS tetap mengalu-alukan pengumuman tersebut kerana ia telah dicetuskan oleh Pakatan sebagai tawaran terbaik kepada rakyat dulu. Beliau berkata demikian dalam Majlis Makan Malam Dana PRU13 dan ceramah umum  anjuran PAS Gombak di Dewan Fadhil Noor, Markaz Tarbiyah PAS Pusat Taman Melewar, disini malam tadi.

 Jelasnya lagi,  kita juga mendesak agar kerajaan tetapkan mekanisme pemantauan atau undang-undang yang boleh dikenakan kepada majikan jika ingkar dengan keputusan tersebut.

 “Jika tidak ia hanya menjadi gimik politik menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang,” tegasnya.
 Dr Halimah merangkap ADUN Selat Klang berkata demikian bagi mengulas pengumuman Gaji Minimum Sektor Swasta oleh Najib pada majlis makan malam pekerja dan majikan, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)  malam kelmarin.

Hadir sama mantan calon DUN Tenang, Normala Sudirman merangkap Timbalan Pengerusi Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat, Datuk  Seri Ir Nizar Jamaluddin MB Perak.




Editor : Khaulah Azwar
  


Dataran Merdekar Bukan Milik UMNO




Gombak, : Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shahrin atau dikenali sebagai Chegu Bard malam tadi meminta agar semua rakyat Malaysia hadir ke Himpunan Bersih 3.0 Duduk Bantah di Dataran Merdeka tanpa rasa takut dengan pelbagai ancaman diberikan UMNO melalui medianya.

Katanya, “semua rakyat Malaysia tidak perlu rasa takut untuk hadir himpunan aman ini  walaupun menerima berbagai ancaman”

Media Pro UMNO kata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengarah semua polis dan FRU, dan meminta mahkmah mengeluarkan Akta  penagkapan untuk menangkap semua peserta Himpunan Bersih 3.0, Duduk Bantah sekiranya menyertai Himpunan ini.

Saya nak bagi tahu kepada semua rakyat, UMNO tidak akan berani mengarah polis, FRU menangkap semua rakyat yang menyertai HImpunan Bersih 3.0 kerana Pilihanraya semakin hampir.

UMNO juga tidak berani mengarah polis, FRU menangkap rakyat yang memakai Baju Bersih 3.0, Topi Bersih 3.0 kerana mereka takut rakyat terus menentang kezaliman.

Sekiranya mereka bertindak rakyat akan terus menolak UMNO dalam PRU 13 nanti dan mereka terus hilang kerusi dan tidak akan rasa untuk terus duduk di Putrajaya lagi. Perkara inilah membuatkan PM, Najib jadi pening, ujarnya.

Terdahulu semasa Himpunan Bersih 2.0 yang diadakan secara aman akhirnya menjadi pelbagai tragedies sehingga meragut nyawa peserta Himpunan Bersih 2.0.

Tambahnya,  dalam Himpunan Bersih 2.0  lalu ramai rakyat ditangkap, disepak, di pijak,  disembut  gas pemedih mata oleh FRU dan polis  atas arahan UMNO yang minta rayat bersurai.
 Tetapi rakyat enggan bersurai kerana mereka berada dalam Himpunan aman ini menuntut pilihanraya bersih.  

UMNO kena ingat rakyat bukan lembu yang mudah ditucuk hidungnya. Pimpinan UMNO juga kena ingat mereka dipilih rakyat kerana inginkan Negara ditabdir dengan jujur, tulus tanpa salah guna wang untuk kepentingan peribadi sendiri.

UMNO juga kena ingat, sekarang nyawa mereka di hujung nyawa  kerana rakyat semakin jelek dengan pemerintahan yang zalim berikutan kerajaan sering menabur janji tetapi gagal melaksanakan. Mereka  suka cakap tak serupa bikin.

Sebagai contoh  apabila PM yang menabur janji untuk hapuskan ISA tetapi tidak dihapuskannya bahkan digantikan dengan akta lain yang lebih teruk daripada ISA,  jelas Chegu Bard merangkap  Ketua PKR Cabang Rembau dalam ceramahnya malam tadi “Kuning-kuning Najib Pening di Markaz Tarbiyah PAS Pusat, Melewar”. 
Jelas Chegu Bard lagi, Najib dan isterinya Rosmah  kena ingat  isu mereka banyak semenjak menjadi Najib menjadi PM. Salah guna kuasa, penyelewengan kewangan, rasuah isu kapal selam tak tenggelam, isu kematian Altantuya Sharibu sehingga hari ini PM diburu di peringkat antarabangsa dan banyak lagi yang terus mencalarkan imej Negara Malaysia.

Justeru, UMNO dan pimpinannya seharusnya tidak memberi ancaman  kepada rakyat dan    menggangu Himpunan aman ini kerana Dataran Merdeka bukan milik UMNO tetapi hak rakyat untuk digunakan sebaiknya.

Pihak penganjur Himpunan Bersih 3.0 bagi jaminan berhimpun secara aman dengan syarat Polis, FRU tiak ganggu himpunan ini, kata Chegu Bard.
Hadir sama,  Ahli Parlimen Batu, Thian Chua, Timbalan presiden PAS, Mat Sabu, Mantan menteri Penerangan , Datuk Syeikh Fadzil Kadir, Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr  Mohd Hatta  Ramly.



Editor : Khaulah Azwar

Tuesday, May 1, 2012

Pakatan Kecam Simbah Cat Billboard


KUALA LANGAT: Perbuatan menyimbah cat billboard  dan banner kerajaan negeri Selangor dikecam pimpinan Pakatan Rakyat Kuala Langat, disini.

MP Kuala Langat Abdullah Sani Abdul Hamid ketika ditemubual media petang semalam, berkata “Pemimpin Pakatan Rakyat Kuala Langat mengecam tindakan menyimbah cat pada billboard dan banner program Kerajaan Selangor dan menyifatkan perbuatan itu sebagai tindakan bacul saat menjelang pilihanraya.

“Perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab  ini jelas menunjukan sikap tidak bermoral kerana menyimbah cat ke billboard  dan banner  program-program Merakyatkan Ekonomi Selangor”, kata Abdullah.

Tambahnya lagi, pihaknya tidak mempunyai sebarang masalah dalam menghadapi provokasi sebegini dan beliau percaya rakyat sedang memerhati dan boleh menilai dengan bijak.

“Situasi ini jelas menunjukkan kebaculan pihak tertentu sebelum bertarung di gelanggang sebenar lebih-lebih lagi menjelang
pilihanraya. Papan iklan disimbah cat kemudian diletakkan longgokkan sampah dibawahnya”, ujarnya.

Sementara itu, ADUN Telok Datuk, Philip Tan Choon Swee pula terkejut  apabila dihubungi orang awam berhubung kejadian ini dan beliau terus memaklumkan perkara ini kepada MDKL.

Kata  Datuk Philip“Bilboard disana diletakkan hampir setengah tahun lalu sehingga sekarang. Kita tidak tahu siapa buat dan ini merupakan cara yang tidak baik. Saya terkejut dan kesal apabila dimaklumkan perkara ini”.

Beliau menambah, Pakatan Rakyat telah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuala Langat semalam.

Ahli Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) pimpinan PAS, Abdul Rahman Amir menyifatkan perbuatan tersebut sebagai tindakan tidak bermoral dan pengecut.

“Kalau mereka nak tunjuk belang dan hebat, bersemuka adalah lebih baik, bukan bertindak begini. Kemungkinan perbuatan kotor begini dijalankan pada waktu malam,” jelas Rahman.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan perbuatan khianat tersebut berasaskan pemikiran politik sempit namun beliau tidak mengesyaki mana-mana pihak.

“Kami mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan tersebut dan berharap ianya tidak berulang kembali kerana ia menjejaskan imej awam selain melibatkan penggunaan dana rakyat,” ujar Rahman.
 
Tinjauan  media di sekitar jalan utama menghala ke Banting mendapati, beberapa papan iklan disimbah cat bewarna merah dan kuning terutamanya pada gambar Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, MP Kuala Langat Abdullah Sani dan ADUN Telok Datok, Philip Tan Choon Swee.

Selain itu,  terdapat kawasan lain  juga menjadi sasaran ialah di persimpangan Morib, berhampiran lampu isyarat sekitar Jenjarum, persimpangan Sungai Manggis dan kawasan hadapan bangunan Majlis Daerah Kuala Langat.


Editor : Khaulah  Azwar
 

 

Polis TIndak Ganas Himpunan Bersih, 3 Di Heret, Seorang Cedera Parah


K.Lumpur, 29 April : Polis mula mengganas dengan menangkap 3 pemuda peserta Himpunan Bersih 3.0 sebaik sahaja sahaja semua peserta himpunan daripada KLCC bergerak menuju ke Dataran Merdekar  arahan daripada pimpinan PAS Pusat.




Beberapa peserta Himpunan  melihat kejadian sambil berlari menyumpah   dan kecam  kepada kira-kira 30 anggota polis yang bertindak ganas kepada peserta yang ditangkap dengan menendang, mengheret sepanjang jalan untuk dibawa naik van polis.

Peserta lain yang melihat kejadian itu  berkata, “  "Sekiranya mengapa-apakan peserta yang ditangkap, PRU 13 kita tolak Umno. Najib tak layak jadi PM."

Tinjauan wartawan  di tempat kejadian, KLCC  jam 8.30 pagi kira-kira 20,000 peserta  dari KLCC telah hadir, berhimpun di Jalan Raya terus berlari menyelamatkan diri daripada dikasari polis yang bertindak gila. 

Kelihatan orang ramai membawa sepanduk Stop Lynas, Lynas Out (Aust) Get Out Of Malaysia,  Health Chief Minister Stop Misleading The Peopls, Resigned now,  Down Najib, Jangan Rompak Wang Negara Demi Masa Depan Anak  Kita, , Banner  Besar  Syop Lynas Keputusan Rakyat Muktamad Lynas Berambus,

Selain itu, Banner Besar Gambar Najib dibawa berarak  “We Do Not  Want Toxic Project”, Poster “Najib gigit jari  “Najib Did You Really Care”,  “People Decided, Lynas Get Out  People First,  Najib we Want To Talk You now!”.

Kesemua peserta yang membawa sepanduk terus bergerak menuju  ke Dataran Merdekar namun Jalan Pudu  di tutup di kepong polis jam 9 pagi sehingga 12.00 tengahari.

Sementara itu, Calon DUN Tenang, Cikgu Normala Sudirman pula berkata, “kita rasa kesal dengan tindakan ganas polis kepada semua rakyat yang hadir Himpunan Bersih 3.0 hanya menuntut pilihanraya bersih, tulus tanpa berlaku penyelewengan.

Selain itu, semua peserta Himpunan Bersih 3.0  minta mohon agar hentikan projek Lynas yang memberi kesan buruk kepada seluruh rakyat Malaysia, katanya.

Tambah Normala, Saya hadir ke Kuala Lumpur 27 April malam, dan berada di Sogo menuju KLCC jam 8 pagi 28 April, melihat Himpunan yang diadakan adalah himpunan aman, semua peserta mengikut arahan pimpinan namun ia menjadi huru-hara apabila polis mula menangkap peserta macam tangkap lembu Fedlot.

Peserta  di terajang, diheret disembur dengan gas pemedih mata oleh petugas polis dan FRU sebaik semua peserta keluar daripada KLCC menuju ke Dataran Merdekar.

“Kesimpulan Penutup Himpunan ini bahawa bentuk kezaliman kerajaan Malaysia (UMNO –BN) lah  zalim dengan menggunakan Polis, DBKL , FRU sebagai alat mengekal politik kotor  mereka untuk tidak  mendengar suara rakyat.  

Polis yang menjadi kuda tungangan UMNO lah yang zalim. Mereka sepatutnya menjaga keselamatan Negara tetapi polis yang menyebabkan Himpunan Bersih 3.0 jadi huru-hara dengan mengasari semua peserta.

Polis lah menyebabkan berlaku seorang peserta cedera parah di sogo kerana dilanggar kereta polis. Mangsa termasuk bawah kereta polis akibat polis tidak dapat mengawal  kawalan.
Namun walaupun polis bertindak ganas, peserta tidak bertindak diluar kawalan seperti dilakukan polis kepada peserta Himpunan Bersih 3.0. 

Semua peserta yang berada  disitu terbalikkan kereta polis untuk selamatkan mangsa.
"Apakah rakyat Malaysia yang hadir hanya mendiamkan diri apabila berlaku cedera parah kepada peserta?, soalnya”.



Katanya lagi, “saya kesal  apabila Media Pro UMNO mengatakan peserta himpunan terbalikkan kereta polis dan mencederakan polis  tetapi jika di fikir secara logiknya sekiranya peserta ingin terbalikkan kereta polis, saya rasa semua kereta polis yang ada disitu diterbalikkannya, tetapi yang kita lihat hanya sebiji kereta yang langgar peserta terbalik ”.

“ saya difahamkan tiada seorangpun yang meninggal termasuk polis kononnya media Pro UMNO mewawarkan berlaku kematian dalam himpunan ini”.   

“Maka saya minta kepada semua peserta himpunan yang merakam kejadian tersebut tampil kehadapan dan boleh serahkan rakaman kepada pimpinan PAS Pusat atau sekratariat Bersih 3.0.

Justeru, dengan  berlakunya tragedies ini, rakyat harus bangkit menentang kezaliman UMNO-BN dan perlu hentikan pentadbiran mereka dalam PRU13 nanti”.
“Jika UMNO-BN terus memmerintah, Malaysia diambang kemusnahan dengan terus menyeleweng kewanganan Negara, rasuah berleluasa, gangster resim bermaharajalela  dan menggunakan semua badan –badan berwajib. Kita tidak mahu UMNO sesuka hati menyalahguna kuasa untuk kepentingan politik mereka”, ujarnya.
“PM, Najib seharusnya menjadi pimpinan beribawa mendengar suara seluruh Rakyat Malaysia  yang disuarakan secara zahir bukan tidak memperdulikan suara rakyat.

Najib perlu ingat, suara rakyat suara keramat, rakyatlah hakim Negara berhak memilih siapakah layak memilih pimpinan beribawa mengurus Negara.

Rakyat pula perlu ajar UMNO-BN yang diketuai Najib hanya dengan guna Bahasa undi dengan menolak pemerintahan mereka”, kata Normala merangkap Timbalan  kepada wartawan  selepas  Himpunan Bersih 3.0.


Editor : Khaulah Azwar

Sekat Rakyat Berhimpun Sikap Tidak Bertemadun Polis dan UMNO

Kuala Lumpiur, 29 April : Calon DUN Tenang, Normala Sudirman merakamkan rasa kesalnya tindakan polis bertindak kasar kepada 3 peserta pemuda Himpunan Bersih 3.0 di KLCC pagi semalam.



Beliau berkata, “tragedies menangkap 3 pemuda diheret, ditendang dan dikasari polis melambangkan sikap tidak bertamadun dan sanggup menjadi kuda tunggangan UMNO –BN yang memerintah 54 tahun Negara Malaysia”.

“Seharusnya polis perlu bertindak secara professional mengawal suasana Himpunan tanpa mengasari rakyat tetapi menjadi sebaliknya”.

“ Seramai lebih 250, 000 rakyat datang pelbagai kaum, dan negeri hadir ke Himpunan Bersih 3.0 hanya duduk dan bantah minta 8 tuntutan perlu dilunaskan sebelum PRU13 tetapi berlakunya provokasi daripada pihak polis.

Polis telah melontarkan 20 letupan gas pemedih mata kepada rakyat dibeberapa kawasan termasuk Jalan Raja Laut, Masjid Jamek.
Letupan ini berakhir hampir 5.30 petang dan didapati Polis berkumpul di sekitar Dataran Merekar, LRT memeriksa pakaian orang awam dengan mengatakan, “sekiranya sekiranya ada yang memakai Baju Kuning Himpunan Bersih 3.0, rakyat diminta tukar dan  akan dirampas pihak polis”, kata Normala kepda  wartawan.

Normala merangkap  Timbalan Pengerusi Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat, menambah lagi, PM, Najib seharusnya menjadi pimpinan beribawa  mengatasi isu Negara ini dan perlu bertemu rakyat di Dataran Merdekar  mendengar rintihan rakyat tetapi malangnya Najib bertindak seperti penakut dengan menghantar polis dan FRU.

“Kita hanya duduk dan bantah  secara aman  dan  polis sepatutnya  tidak  perlu buat provokasi dengan menghadiahkan  letupan gas pemedih mata kepada rakyat”, ujarnya.
  

 Menurut  pimpinan Dewan PAS Pusat ini, tindakan mengahalang  rakyat berhimpun  di Dataran Merdekar sepatutnya kerajaan pusat perlu menghormatinya.

Dataran Merdekar adalah melambang  kebebasan merdekar dengan  memerdekarkan minda rakyat daripada serangan janjahan UMNO- BN

Menghalang rakyat duduk dan bantah di Dataran Merdeka adalah sikap tak bertamadun  dan tidak berkeperimanusiaan kerajaan UMNO kepada rakyatnya .
‘Kalaulah UMNO-BN boleh adakan pelagai progam di Dataran Merdeka, mengapa rakyat berhimpun Datran Merdeka secara aman disekat?’, soal Normala kepada media.

“Sikap inilah menunjukan  sistem demokrasi  Malaysia dihalang  kerajaan UMNO –BN”, katanya.

Kata beliau lagi,  “Suara rakyat suara keramat, jika inilah dilakukan oleh UMNO-BN yang diketua Najib, maka UMNO perlu bersedia menerima hukuman daripada rakyat
dengan menolak parti itu dalam  PRU 13 nanti.
Saya harap rakyat seluruh Malaysia buka mata apabila  seramai 250,000 seluruh Negara  telah hadir ke Himpunan ini menuntut 8 tuntutan Pilihanraya Bersih”.
Sebenarnya jika 8 tuntutan  tidak ditunai kerajaan Pusat dan SPR, rakyat tidak percaya  PRU 13 yang akan datang kerana dibimbang politik kotar mewarnai ladskap Negara.
Justeru, sebab itulah semua rakyat berhimpun minta kerajaan pusat (UMNO-BN) mendengar  suara rakyat kerana suara rakyat suara keramat.

Sementara itu, Mantan Menteri Penerangan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir pula berkata , “ baru –baru ini  PM Najib  ada beri ucapan  semasa Pertabalan Agong, “ bahawa kita masuk   Era Kegemilangan Demokrasi”.

“Sungguh saya tidak faham mengapa mereka  kata Negara kita telah masuk Era Kegemilangan Demokrasi tetapi mereka sekat rakyat untuk berhimpun secara aman hanya duduk dan bantah”, soal Tan Sri Khadir.

Katanya, “sepatutnya apabila kerajaan pusat telah mengatakan sesuatu maka seharusnya mereka perlu laksanakan. Bukannya mengasari rakyat sehingga memberi gas pemedih mata sehingga mengcederekan rakyat.

“Kita harap PM lunaskan janjinya kepada rakyat,  Janglah hanya pandai bercakap tapi tak serupa bikin”.

“Saya kagum dengan Himpunan Bersih 3.0 kerana rata-ratanya himpunan ini disertai ramai golongan muda, golongang mahasiswa  dan golongan warga emas.

Mereka berhimpun sehingga siri ketiga tanpa jemu kerana ingin kerajaan pusat melunaskan 8 tuntutan sebelum PRU13 nanti tetapi malangnya Najib dan SPR tidak peduli hasrat dan suara rakyat.

“Susah sangat ke Najib menunaikan tuntutan rakyat”,  ujar Tan Sri Abdul Khadir kepada media.
  
  
Editor : Khaulah Azwar

Thursday, April 26, 2012

Pimpinan Kerajaan Negeri Selangor Desak SPR Laksana Pilihanraya Bersih






Putajaya : Pimpinan  Kerajaan negeri Selangor di ketuai Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membuat lawatan kerja  ke Surhunjaya Pilihanraya  (SPR) di Putrajaya bagi mendapat penjelasan mengenai Daftar pemilih di ragui daripada Pengerusi, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof Timbalan  Pengarah SPR Selangor ,  Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali ketika ditemui media beliau berkata, “tujuan utama kita melawat lawatan kerja di Putrajaya kerana sudah banyak kali kerajaan negeri menjemput pengerusi SPR serta semua pegawai SPR memberi taklimat si SUK mengenai Daftar pemilih yang diragui negeri selangor, namun  kita kesal mereka enggan beri kerjsama dan memberi berbagai alasan.  

Ekoran berbagai alasan tidak masuk akal dibuat akhirya pimpinan kerajaan negeri Selangor menawar untuk adakan satu lawatan kerja di Putrajaya atas dasar mahu membela rakyat secara tuntas dan mendesak agar SPR bersihkan nama-nama pengundi diragui”.

Tambah Dr Halimah lagi, selain itu pelbagai persoalan asas yang penting telah diajukan bertubi-tubi kepada Pengerusi SPR oleh semua saf Exco Selangor. 

“Antaranya, kenapa  terdapat ramai nama pengundi  hilang di  DUN Selat Klang yang memang dikenali sebagai pengundi PAS dan ahli PAS sedang mereka mengundi di DUN Selat Klang pada 2008.

Nama pengundi tersebut telah dijumpai  dalam daftar pemilih. Nama tersebut telah dihantar ke Melaka sedangkan pengundi berkenaan tidak pernah membuat permohonan tukar alamat untuk mengundi di Melaka”.

“Pengundi terbabit telah berjumpa dengan saya mengesahkan bahawa kesal dengan pertukaran mengundi tanpa diketahuinya. 

Tiba-tiba apabila dibuat semakan namanya telah di hantar ke Melaka sedangkan pengundi berkenaan masih kekal duduk di Selat Klang.

Banyak lagi  senarai nama dalam Daftar Pemilih yang disediakan SPR menjadi keraguan kita dan semua rakyat”, ujarnya.

Selain itu, kita juga minta SPR  memberi jaminan nama  daftar pengundi yang digunakan oleh SPR mesti sama dengan daftar pengundi yang diberi kepada calon pilihanraya semasa penamaan calon.

Bukan seperti tahun 2004 di mana calon Selat Klang dan diakui oleh ramai EXCO yang juga menjadi calon 2004, lain daftar pemilih yang diberi kepada calon, lain pula yang dipakai oleh SPR semasa hari mengundi.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pula berkata, “ekoran tidak mendapat kerjasama SPR untuk memberi taklimat kepada semua Speaker Dewan Undangan maka kita terpaksa pergi ke Putrajaya minta penjelasan senarai Daftar pemilih yang diragui di negeri Selangor dan mendesak agar SPR membuat kajian semula senarai Daftar pemilih sebaiknya sebelum PRU13”.

“Sebenarnya rakyat juga tidak mahu membuat bantahan besar-besaran tetapi disebabkan terdapat senarai nama pengundi hilang, pengundi hantu wujud, akes media disempitkan, tidak mahu guna dakwat kekal membuatkan rakyat bangkit menentang kerajaan Pusat yang tidak tulus dalam melaksanakan tugas.

Justeru, kita desak agar SPR  fikirkan kembali, Apakah SPR akan menerima permohonan rakyat agar laksanakan tuntutan bersih 2.0 yang masih tidak dilaksanakan  seperti Bersihkan Senarai Undi (Daftar Pemilih),  Reformasikan Undi Pos , Gunakan Dakwat Kekal ,  Akses Media Yang Bebas  dan  Adil ,  Tempoh Berkempen Minima 21 Hari , Kukuhkan Institusi Awam , Hentikan Rasuah dan Hentikan Politik Kotor”, kata Abdul Khalid.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof  pula menjelaskan, “isu senarai daftar pemilih yang 
diragui kita bersetuju menyiasat bagaimana nama pengundi-pengundi tersebut boleh berpindah.

Kita akan usul kepada kerajaan Pusat untuk menerima cadangan yang diminta kerajaan negeri dan semua rakyat seperti yang di tuntut dalam Himpunan Bersih 2.0 lalu yang masih tidak dilaksanakan dalam memastikan PRU13 adalah bersih tanpa keraguan rakyat”, katanya.


 Editor : Khaulah Azwar

Roadshow Bela Nasib Pendidik Bakal Diadakan


Gombak, 27 April : Timbalan Pengerusi Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat, Normala Sudirman mengumumkan satu badan NGO iaitu Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (PENDIDIK)  ditubuhkan bagi membela nasib pendidik seluruh Malaysia yang telah ditindas dan dizalimi oleh kerajaan UMNO-BN semenjak 54 tahun sehingga hari ini.

 
Beliau berkata, “badan NGO ini lebih menjurus ke arah diskusi kalangan warga pendidik yang pernah menjaadi mangsa kezaliman akibat ditukarkan ke sekolah lain sepanjang perkhidmatan tanpa mengikut prosedur yang betul dan bukan ’atas keperluan perkhidmatan’.
 
Contoh mangsa kezaliman adalah suami saya yang telah ditukar tempat mengajar serta merta apabila saya menjadi calon Pilihanraya kecil (PRK)  DUN Tenang.
 
Bukan sahaja menukar tempat suami saya mengajar bahkan bonus kerja suami juga dipotong.
 
Kerajaan Pusat mengambil tindakan yang keterlaluan dengan memberi tekanan kepada saya dan suami.
 
Kes seperti ini bukan hanya kepada suami tetapi ramai di kalangan warga pendidik  telah ditukarkan hanya kerana ’dendam politik’ dan ’tekanan politik’ dari pimpinan UMNO -BN.
 
Justeru, “ insya-Allah dalam masa terdekat ini kita akan adakan “Roadshow NGO pendidik, selain itu suatu ’Himpunan Pendidik  Tertindas’ akan diadakan di lokasi yang sesuai untuk menggerakkan kebangkitan guru di seluruh Malaysia”, kata Normala dalam ceramah Pentas Wanita Gugat BN di Markaz Tarbiyah PAS Pusat malam tadi, disini.
 
Ujarnya lagi,  saya harap usaha murni PAS Pusat membela guru – guru yang teranyai mendapat  sokongan dan kerjasama semua para pendidik .
 
NGO Pendidik  ini akan menangani isu-isu pendidikan negara dengan cara yang profesional dan bijaksana.
 
Selain itu memaksimumkan penerangan, perkhidmatan dan latihan menerusi peranan setiap sekretariat yang telah  diwujudkan.
 
Menurutnya, badan NGO ini akan  menjadi medan dan wasilah warga pendidik dan guru menyuarakan pandangan, pendapat, dan idea untuk membangunkan kecemerlangan pendidikan nasional dalam persada pendidikan negara.
 
Beliau merupakan Mantan Pilihanraya Kecil (N.05) DUN Tenang (PAS) tewas dengan lawannya Azhar Ibrahim (UMNO) pada Januari, 2011 menyeru semua pendidik bangkit hentikan kezaliman UMNO-BN yang sentiasa beri tekanan pada minda mengongkong jiwa pendidik.
 

Katanya, “minda dan jiwa guru dikongkong dengan ’penjajahan alaf baru’ yang tidak bertamadun dan menzalimi pendidik yang berjiwa mulia serta ikhlas mendidik anak bangsa selama ini”.
 
Ekoran itu, seharusnya semua pendidik menyertai “Roadshow” ini  kerana sudah sampai masa juga  kita menjuarai isu-isu pendidikan negara secara holisitik dan berkesan memandangkan political millage yang bakal diperolehi.
 
Tambah beliau lagi,  sikap kealpaan, kecuaian, pengabaian, campur tangan politik yang berlebihan sama ada dilakukan sengaja atau tidak sengaja, kelemahan perancangan dengan tendensi melakukan perubahan demi perubahan pendidikan kononnya atas  tiket mengangkat pendidikan negara bertaraf dunia telah menjadikan sistem pendidikan negara menjadi caca marba.
 
 Hal ini berasas kerana polisi  'trial and error' dan 'project based' yang diamalkan oleh pemerintah tidak kira berjaya atau sebaliknya sesuatu dasar itu dijalankan telah meninggalkan ’luka’ di hati masyarakat pendidik, ibu-bapa dan rakyat Malaysia umumnya.
 

Antaranya isu PPSMI, Perubahan Status Sekolah Bestari yang akhirnya dijadikan sebagai Pembestarian Sekolah, Pengenalan Semula Dasar Memartabatkan Bahasa Kebangsaan, Penarikan balik buku teks kajian Komponen Sastera iaitu Novel Interlok Sasterawan Negara Abdullah Hussain kononnya mencemar nama baik sesuatu kaum, dan yang terbaharu pembatalan SBPA sebagai skim gaji baru penjawat awam telah melibatkan kerugian kos berjuta-juta ringgit kerana sikap terburu-buru dalam merancang dan membuat keputusan tentang masa depan pendidikan negara.
 
  Justeru, dengan adanya  Persatuan  (PENDIDIK)   peluang untuk membetulkan keadaan ini telah  dirintis menerusi penubuhan yang diharap mampu menggerakkan momentum memimpin masyarakat guru dan massa untuk mengubah landskap pendidikan tanah air.  
 
 Dalam pada itu, beliau juga mengalu-alukan semua pendidik yang pernah menjadi mangsa ’tekanan politik’ atau ’mangsa  pertukaran akibat dendam politik’ mengikut prosedur yang tidak betul menyalurkan aduan ke alamat email ; aduanpendidik@gmail.com , ujar Normala merupakan Presiden  Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidikan Kebangsaan (PENDIDIK).
 
Hadir sama, Ustazah Salbiah Abdul Wahab, Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat

Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI