Wednesday, May 2, 2012

UMNO Bagi Gaji Minima RM800 Pakatan RM1500..

 
Gombak : Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali  menjawab  penguman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak gaji minimum swasta RM900 bagi Semenanjung serta RM800 di Sabah dan Sarawak adalah terlalu rendah kerana tidak menggambarkan kos hidup sebenar yang sentiasa meningkat di negara ini.

Katanya, “pengumuman yang dibuat PM, Najib Tun Razak sempena sambutan Hari Pekerja belum mengeluarkan entiti tersebut daripada garis kemiskinan.

Kita dapati sebahagian besar sektor swasta berada di bandar atau pinggir bandar sedangkan paras kemiskinan penduduk bandar seperti ditetapkan Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN) ialah berpendapatan RM1,500 sebulan.

Ini belum masuk lagi kos hidup sebenar di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur yang kos hidupnya jauh lebih tinggi kerana kenaikan harga barang yang sentiasa memuncak tanpa kawalan,”ujarnya.

Dr Halimah menambah, ini bermakna kenaikan yang diumum kerajaan tidak menggambarkan kepantasan kenaikan harga barang termasuk di Sabah dan Sarawak.

 Katanya, “cadangan Pakatan Rakyat (semasa pembentangan Bajet Alternatif 2012) iaitu gaji minimum RM1,500 adalah lebih munasabah kerana tidak membebankan majikan dan cukup untuk menampung kos sara hidup pekerja.

 “Walaubagaimanapun PAS tetap mengalu-alukan pengumuman tersebut kerana ia telah dicetuskan oleh Pakatan sebagai tawaran terbaik kepada rakyat dulu. Beliau berkata demikian dalam Majlis Makan Malam Dana PRU13 dan ceramah umum  anjuran PAS Gombak di Dewan Fadhil Noor, Markaz Tarbiyah PAS Pusat Taman Melewar, disini malam tadi.

 Jelasnya lagi,  kita juga mendesak agar kerajaan tetapkan mekanisme pemantauan atau undang-undang yang boleh dikenakan kepada majikan jika ingkar dengan keputusan tersebut.

 “Jika tidak ia hanya menjadi gimik politik menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang,” tegasnya.
 Dr Halimah merangkap ADUN Selat Klang berkata demikian bagi mengulas pengumuman Gaji Minimum Sektor Swasta oleh Najib pada majlis makan malam pekerja dan majikan, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)  malam kelmarin.

Hadir sama mantan calon DUN Tenang, Normala Sudirman merangkap Timbalan Pengerusi Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat, Datuk  Seri Ir Nizar Jamaluddin MB Perak.




Editor : Khaulah Azwar
  


No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI