Tuesday, December 6, 2011

Anak-anak amanah Allah yang perlu di jaga.


[Tazkirah] "Atom yang begitu kecil itu ada pasangannya.

Wayar elektrik pun ada pasangannya yang disebut sebagai negatif dan positif. Jika dipasang dengan cara yang betul, lampu akan menyala.

Jika tidak, wayar itu boleh terbakar. Begitu juga dengan lelaki dan perempuan, jika dipasangkan dengan yang tidak baik, dapat anak zina, lalu anak-anak ini dibuang.

Benda ini berlaku kerana pasang tak betul. Islam datang untuk mengajar bagaimana memasang atau menyatukan manusia dengan cara yang betul iaitu perkahwinan dengan nama Allah..."

Ucapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Medan Ilmu.

Editor : Khaulah Azwar

Bapa Pelajar Kesal UMNO Guna nama ADUN Pakatan Rakyat untuk program



Gombak : Ibubapa penjaga Sekolah Rendah Gombak Setia melahirkan rasa terkilan dengan program sumbangan RM100 yang dianjurkan oleh UMNO –BN di Sekolah Rendah Gombak Setia baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Hanafiah Md Khalil bapa kepada seorang pelajar disekolah itu berkata, bantuan yang disampaikan oleh Timbalan Ketua UMNO Gombak , Datuk Said Anwar B. Said Ahmad telah diberikan kepada semua ibubapa pelajar dalam kategori kelas 6A.

Menurutnya kira-kira seramai 200 pelajar dan ibubapa telah menerima bantuan tersebut. “Said Anwar telah menyampaikan sumbangan duit RM100 kepada ibubapa pelajar bagi Sekolah Rendah manakala Sekolah Menengah diberikan terus kepada pelajar sendiri”, katanya.

Apa yang diberikan oleh Kerajaan, kami terima sahaja kerana duit tersebut adalah duit rakyat yang telah dirompak oleh UMNO-BN, cuma kami rasa kecewa dengan UMNO-BN Gombak yang mengadakan program tersebut dengan menggunakan nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang merupakan mantan jawatankuasa PAS Pusat.

Seharusnya mereka tidak perlu menipu dengan pengurusan pihak sekolah bahawa program tersebut adalah anjuran UMNO-BN kawasan Gombak dengan menggunakan nama wakil rakyat disini semata-mata untuk menjayakan program untuk kepentingan parti mereka.

Tindakan mereka benar-benar mengecewakan semua ibubapa penjaga kerana menipu, mengadakan progam di sekolah dan membelakangkan wakil rakyat disini iaitu Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.

Sebagai bapa, saya juga bimbang pengaruh budaya politik yang dibawa oleh UMNO-BN.

Pihak Sekolah juga dengan sewenangnya memberi kebenaran kepada parti UMNO-BN menggunakan sekolah sebagai pentas poitik mereka untuk mempengaruhi ibubapa dan pelajar disini.

Seharusnya perlu disediakan padang yang sama rata untuk semua ahli politik bersuara bukan hanya sebelah pihak sahaja. Penyediaan pentas dan padang yang sama rata harus diberikan agar rakyat dapat menilai baik dan buruknya sesuatu perkara yang dilontarkan oleh semua parti. Janganlah hanya pihak sekolah membenarkan UMNO-BN bermain politik di Sekolah.

Bagi saya institusi pendidikan ini seharusnya tidak dicemarkan oleh mana-mana parti. Jika mereka handak tunjuk belang bukan sekolah tempatnya tetapi diluar sekolah. Kita tidak mahu pelajar menjadi mangsa untuk kepentingan politik mereka, kata Hanafi kepada media pagi ini di Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Gombak.

Ujarnya lagi, selain daripada itu, saya juga difahamkan oleh rakan-rakan saya, program seumpama ini bukan sahaja diadakan di Sekolah Rendah Gombak Setia tetapi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Caves dan sekitar Negeri Selangor juga diberikan bantuan RM100 oleh UMNO-BN.

Baru-baru ini ibubapa merungut apabila bantuan RM100 yang disampaikan wakil UMNO-BN di Sekolah Rendah Taman Selayang dan Sekolah Sungai Tua juga tidak mengcukupi.

Ibubapa yang hadir untuk mendapatkan sumbangan ketika itu merasa kecewa lebih-lebih lagi yang berpendapatan rendah dan fakir miskin,katanya.

Hanafiah juga selar dengan menteri pendidikan yang menyatakan “kerajaan tidak menyekat wakil rakyat menyampaikan sumbangan RM100 kepada ibubapa”.

Apabila saya merujuk ke sekolah, tiada sebarang arahan surat pekeling diberikan oleh Menteri pendidikan kepada pihak sekolah untuk progam berkenaan.

Saya juga difahamkan oleh seorang guru disini apabila disoal siasat mereka menyatakan program ini adalah anjuran wakil rakyat Gombak iaitu Megat Zulkarnain yang tidak hadir dalam majlis tersebut dan digantikan Datuk Said Anwar.

Kami benar-benar kecewa degan tragedis yang berlaku lebih-lebih lagi nama wakil rakyat Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Ali mewakil parti PAS digunakan untuk kepentingan parti UMNO-BN bagi menarik orang ramai dalam setiap majlis diadakan.

Saya tidak salahkan guru-guru kerana mereka juga tersepit dengan keadaan. Jika tidak beri kerjasama dengan UMNO-BN sudah pasti tindakan keras diambil dengan dipindahkan guru-guru yang tidak memberi kerjasama.

Ini menunjukkan Penyalahgunaan kuasa telah ditunjukkan oleh kerajaan UMNO-BN. Kata Hanafiah lagi, UMNO-BN akan sedaya upaya untuk mengelirukan rakyat dengan apa sekali carapun untuk memastikan Datuk Dr Hasan Ali hilang kepercayaan rakyat dalam PRu13 nanti.

Tindakan UMNO-BN ini sekaligus akan mencemarkan nama wakil rakyat Gombak, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang merupakan Exco Hal Ehwal Islam ,Infrastruktur Kemudahan Awam Kerajaan negeri Selangor.

“Saya rasa mereka (UMNO-BN) mimpi di siang hari dan mereka tidak boleh menerima kenyataan bahawa Negeri Selangor telah ditakluki pemerintah Kerajaaan Pakatan Rakyat (PR), itu sebab mereka sering mengelirukan rakyat Gombak, siapa ADUN Gombak adakah UMNO-BN atau PAS.

Tetapi rakyat sekarang bukan mudah diperbodohkan oleh UMNO-BN. Rakyat kini bijak menilai pengurusan pentadbiran sekarang khususnya terutam golongan muda yang mengharapkan perubahan pentadbiran kerajaan pada PRU13, kata Hanafi.

Sementara itu, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor, Dr Halimah Ali pula berkata, rakyat berhak menerima sumbangan RM100 setiap pelajar kerana duit tersebut milik rakyat.

Walaubagaimanapun tidak seharusnya UMNO-BN menggunakan nama Ahli Dewan Undangan (ADUN) Pakatan Rakyat (PR) untuk mengelirukan rakyat yang akan mengcemarkan nama wakil rakyat disitu.

Sudah pasti ibubapa pelajar yang hadir dalam program itu akan menyangka program ini adalah daripada Kerajaan (PR) Selangor sedangkan program tersebut adalah anjuran kerajaan Pusat UMNO BN yang ingin meraih undi rakyat.

Jika mereka (UMNO-BN) benar ikhlas ingin bantu rakyat seharusnya bantuan itu diberikan sama rata tanpa mengira pelajar cemerlang atau tidak kerana rakyat yang hadir rata-ratanya golongan berpendapatan rendah dan fakir miskin yang berhak menerima bantuan itu, katanya kepada media hari ini dalam penyampaian sumbangan Bantuan Pendidikan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) kepada 46 buah sekolah tengahari tadi di perkarangan Foyer bawah Bangunan SUK.

Hadir bersama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khalid Ibrahim, Teresa Kok Suh Sim, Exco Pelaburan dan Perindustrian dan Perdagangan, Eang Yong Hian Wah, Exco Pebangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram, Azmin Ali Ahli Parlimen Gombak, Abd Rani Osman (ADUN) Meru, Tuan Mat Shuhaimi Shafie (ADUN) Sri Muda, Ng Sue Lim (ADUN) Sekinchan.



Editor : Khaulah Azwar

Ragu dengan senarai daftar pemilih SPR :Lembah Pantai


Pantai Dalam : Nurul Izzah Anwar, Naib Presiden Keadilan mendakwa terdapat 97 percanggahan dalam senarai Lembah Pantai pos pengundi, termasuk seorang pengundi dengan nama "Balai Polis Kerinchi".

Dalam senarai Pangkalan data Suruhanjaya Pilihanraya (SR) “terdapat nombor kad pengenalan RF161872 Yusop Mohd Faizul Mohd dan Balai Polis Kerinchi di daftar rasmi pilihan raya yang akan digunakan."

"Saya juga tidak tahu bagaimana terdapat senarai Balai bin Polis Kerinchi atau Balai Polis bin Kerinchi yang layak mengundi dalam Pilihanraya umum 13 nanti," katanya.

"Ini adalah diwartakan bagi suku ketiga. Mengapa SPR masih tidak membuangkan nama-nama yang tidak berkaitan.Seandainya jika pilihan raya diadakan esok, ini adalah senarai yang kita akan gunakan. "

Jelasnya lagi terdapat 96 kesilapan lain dalam senarai SPR dimana 2180 pengundi pos seperti kad pengenalan yang tidak berada di pangkalan data dalam talian SPR, pengundi yang boleh membuang undi mereka dalam dua kawasan pilihan raya dan juga dua tempat yang berbeza di Lembah Pantai sendiri.

Kesilapan yang dilakukan oleh SPR sudah acapkali diambil tindakan oleh Pakatan Rakyat (PR) dengan mengadu kesilapan dalam daftar pemilih, bahkan baru-baru ini Ketua Pemuda DAP Anthony Loke mendakwa bahawa terdapat nombor kad pengenalan tentera telah digunakan untuk mendaftar pengundi pos setiap lelaki dan perempuan, kata Izzah dalam sidang media pagi tadi di Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Parlimen Lembah Pantai.

Nurul Izzah yang merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai juga menyatakan rakyat berpuluh ribu telah mengadakan himpunan Aman ke jalan di ibu kota untuk menuntut pilihanraya bebas dan adil dalam Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai yang lalu dengan berharapagar kerajaan dan SPR memperbaiki sistem pilihan raya Malaysia yang sediada tetapi amat mendukacitakan kerajaan tidak mengambil peduli tuntutan rakyat.

Panel yang dibuat 10 cadangan interim minggu lalu termasuk penggunaan dakwat kekal bagi mengelak pengundian berganda, sebuah suruhanjaya diraja mengenai dakwaan asing yang diberi hak untuk mengundi di Sabah dan membolehkan rakyat Malaysia menetap di luar negara untuk mengundi.

Pada awal bulan yang lalu, Nurul Izzah juga mendakwa hampir 15 kali ganda dalam bilangan pengundi pos dari 149 yang telah berdaftar untuk pemilihan Mac 2008.


Beliau telah bertanding dengan Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menang dengan majoriti hanya 2895 undi pada PRU12 yag lalu.

Pakatan Rakyat (PR) menafikan Barisan Nasional (BN) ada dua pertiga majoriti Parlimen dan lima kerajaan negeri.

"Ini adalah selepas SPR disenaraikan 40.000 nama suspek tetapi tiada-97 telah dimasukkan. Bagaimana mereka boleh meluluskan senarai itu? "Katanya, merujuk kepada senarai yang dikeluarkan bulan lepas.

Justeru itu, untuk menyelesaikan keraguan semua rakyat dalam menghadapi PRU13 yang akan berlaku bila-bila masa sahaja adalah dengan cara menghapuskan undi pos , melaksanakan pengundian awal, dan menguna dakwat kekal bagi mengelak pengundian hantu dan lain-lain.

Pada 2008 terdapat hanya di bawah 57.000 pengundi yang layak mengundi pilihan raya itu tetapi dalam daftar pemilih SPR mempunyai kira-kira 70,000 pengundi yang telah berdaftar. Ini benar-benar menjadi keraguan pada saya, kata Nurul Izzah.

Editor : Khaulah Azwar

Rakyat Terkilan DBKL bertindak rakus gagalkan program wakil rakyat

Lembah Pantai : Terkilan denga sikap kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang cuba menghalang wakil rakyat disitu untuk mengadakan program kesihatan percuma.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, tidak seharusnya pihak DBKL menghalang saya untuk memberi khidmat kepada masyarakat.

Program kesihatan percuma ini telah berjaya dilaksanakan di sekitar Lembah Pantai setiap tahun dan mendapat sambutan yang sangat baik daripada rakyat disini.

“Respond” yang diberikan oleh rakyat begitu baik dalam borang analisa progam yang disediakan oleh kami. Mereka mahukan kami meneruskan agenda membantu rakyat. Oleh itu, mengapa DBKL menyekat kerja murni yang kami lakukan”.

Jelasnya lagi, rata-ratanya rakyat yang menerima pemeriksaan kesihatan percuma mereka berpendapatan rendah, OKU dan warga emas yang tidak mampu untuk membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital dan Klinik yang menelan belanja yang banyak, kata Nurul Izzah.

Media difahamkan, program ini bukan sahaja diadakan pemeriksaan kesihatan percuma tetapi kauter pendaftaran pemilih juga dibuka bagi membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mendaftar rakyat sekitar Lembah Pantai yang belum mendaftarkan diri mereka sebagai pegundi dalam pilihanraya umum 13 nanti.

Nurul Izzah berkata, Alhamdulilah walaupun DBKL menghalang kami menggunakan Dewan C1-02 di Taman Sri Sentosa namun program ini berjalan lancar.

Di sebabkan tidak mendapat kerjasama DBKL, kami terpaksa mengunakan Khemah untuk memastikan semua Doktor dan Petugas sukarelawan dapat menjalankan tugas untuk memberi khidmat kepada masyarakat disini.

Sebelum ini, kami telah mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa penduduk disini untuk menggunakan dewan tetapi telah dihalang oleh DBKL.

Saya yakin, sudah tentu pihak yang tidak bertangungjawab beniat menggagalkan program kami dengan menghalang semua Doktor dan petugas sukarelawan tetapi ternyata mereka gagal menghalang niat ikhlas kami membantu rakyat. Jelas kelihatan semua Doktor dan petugas sukarelawan terus menjalankan tugas mereka dengan baik.

“Jauh sama sekali, kami tidak pernah berputus asa untuk terus berkhidmat kepada masyarakat walaupun digertak, dihalang dengan berbagai cara”, ujarnya.

“Asas perjuangan kami ialah "Demi Malaysia Yang Lebih Baik" dan dengan itu kami akan terus berjuang untuk menentang kezaliman yang pihak berwajib lakukan”, kata Nurul Izzah yang merupakan Naib Presiden Keadilan kepada media .

Pendapat Rakyat

Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berkata, terkilan dengan tindakan DBKL, seharusnya pihak berwajib DBKL memberi kerjasama dengan wakil rakyat disini tetapi sebaliknya.

Mereka bertugas untuk kebaikan rakyat tanpa meminta balasan atau ganjaran.

Saya yakin dengan tindakan rakus DBKL ini sekaligus rakyat yang hadir nampak dengan jelas pihak berkuasa telah menyalah menggunakan kuasa mereka.

Tindakan mereka amat mendukacitakan. Harapan saya agar DBKL dapat memperbaiki kualiti kerja mereka demi rakyat dan Malaysia yang lebih baik.

Abdullah Izhar Mohd Yusof pula berpendapat , tindakan DBKL mencerminkan tingkah laku pentadbiran kerajaan Pusat (UMNO-BN) yang cuba menghalang kerja – kerja murni yang dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) dalam membantu rakyat.

DBKL yang cuba menghalang wakil rakyat, Doktor dan petugas sukarelawan menjalankan tugas dalam program ini terus tidak memberi keselesaan kepada rakyat yang hadir untuk menerima rawatan kesihatan percuma kerana terpaksa berjemur dalam keadaan cuaca yang panas walaupun pihak penganjur sediakan khemah.

Tindakan DBKL bukan memberi keuntungan tetapi sebaliknya rakyat menilai kerja-kerja jahat mereka, katanya.

Editor : Khaulah Azwar


Sunday, December 4, 2011

Aisyah Bakal menerima rawatan Pakar Sakit Tulang-Amiruddin Shari.



Batu Caves : Akibat tersalah ambil ubat di sebuah farmasi menyebabkan Aishah W. Chik, 60thn menderita menahan sakit sehingga beliau tidak boleh berjalan lagi.

Media difahamkan oleh Aisyah, 2 thn yang lalu beliau membeli ubat untuk mengurangkan tekanan darah tinggi. Ubat tersebut hanya di ambil dari farmasi setelah mendapat nasihat doktor, tetapi tidak di sangka dengan mengambil ubat tersebut menyebabkan dirinya tidak boleh berjalan lagi dan kini hanya terlantar di katil sahaja.

Katanya, setelah saya tidak dapat berjalan, suami hantar ke Hospital Selayang bahagian kecemasan. Saya di tahan selama 10 jam dengan membuat x-ray tetapi malangnya sakit yang saya hadapi tidak dapat dikesan.

Saya juga dinasihatkan oleh Doktor agar berhenti mengambil ubat daripada farmasi kerana tidak sesuai untuk saya. Nasihat Doktor saya ikuti dan hanya ambil ubat daripada Hospital yang dibekalkan.

Berbagai pemeriksaan Kesihatan saya buat di Hospital dan Klinik untuk mengetahui penyakit yang saya hadapi tetapi doktor hanya bagitahu tekanan darah tinggi saya naik sebanyak 152 yang boleh menjejaskan kesihatan.

Selepas dua bulan buat pemeriksaan, doktor minta saya datang lagi untuk pemeriksaan selanjutnya tetapi saya tidak larat untuk menunggu giliran yang mengambil masa terlalu lama kerana akan memberi kesan kepada tulang saya.

Katanya, untuk menunggu giliran yang begitu lama di Hospital kadang-kadang saya menangis kerana tidak dapat menahan sakit, kata Aisyah.

Sementara itu, Amiruddin Shari AhlI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves pula berkata, insya-Allah dalam masa terdekat saya akan hantar Doktor Pakar untuk buat pemeriksaan kesihatan keatas Aishah di rumahnya terutamanya pada tulang beliau memandangkan Aishah tidak boleh berjalan lagi.

Saya tidak tahu apakah punca beliau jadi begini, mungkin dengan salah mengambil ubat sehingga beliau tidak mampu berjalan lagi.

Justeru itu, suka saya nasihatkan kepada semua rakyat yang ingin mengambil ubat di Farmasi agar berhati-hati dan minta nasihat daripada Doktor terlebih dahulu.

Walaupun ubat di farmasi murah tetapi yang memeriksa kesihatan kita bukanlah daripada Doktor Pakar, mereka hanya beri ubat apa yang kita mahu. Yang menanggug sakit dan rugi kita sendiri dan untung adalah syarikat farmasi.

Saya juga merasa simpati dengan sakit yang beliau tanggung selama 2 thn lebih tanpa mengetahui sakit sebenar, kata Amir ketika membuat lawatan ziarah di rumah Aishah dan suaminya yang akan menunaikan Haji.

Editor : Khaulah Azwar

Wednesday, November 30, 2011

Ramai peminat ingin dampingi artis ‘berhijrah’


GOMBAK, 30 Nov: Catriona Ross (gambar) melahirkan rasa terkilan dengan sikap dan pandangan syarikat perfileman dan masyarakat terhadap artis yang sudah berubah.

“Fenomena hari ini memang amat mendukacitakan. Tidak seharusnya mereka mengenepikan artis-artis yang sudah ‘berhijrah’ menjadi mukmin yang lebih baik,” ujarnya pada Program Maal Hijrah di Masjid Kampung Nakhoda, petang semalam.

Menurutnya, semua artis yang telah ‘berhijrah’ itu harus diberikan sokongan 100 peratus.

Sebaliknya, kata beliau apa yang berlaku, pintu rezeki mereka ‘ditutup’ oleh syarikat perfileman kerana bimbang dengan perubahan artis tersebut yang akan mencemarkan nama syarikat mereka.

Baginya, pandangan negatif itu seharusnya diubah kerana apabila artis-artis telah berhijrah, semakin ramai peminat ingin mendampingi dan mengenali mereka dengan lebih dekat lagi yang sekaligus akan mengharumkan industri perfileman negara.

“Alhamdulilah apabila saya sudah berhijrah, rezeki yang Allah SWT berikan lebih baik dan kehidupan saya lebih tenang, bahkan saya dikelilingi oleh orang-orang yang beriman dan sentiasa membantu saya dalam mencari erti kehidupan sebenarnya.

“Bagi saya, rezeki dan kehidupan kita telah ditetapkan oleh Allah SWT dan kita perlu percaya apa yang telah ditetapkan-Nya.

“Semua artis yang berubah tidak perlu bimbang mengenai rezeki tersebut kerana Allah SWT sudah aturkan kehidupan hamba-Nya,” katanya.

Artis kelahiran Kelantan itu juga menggesa syarikat perfileman agar kreatif mengeluarkan filem-filem berbentuk Islamik dan ilmiah yang mengajak orang ramai membuat kebaikan bagi membendung gejala sosial.

Ini, katanya adalah bertujuan untuk membuka mata masyarakat agar memikirkan kebaikan dan keburukan sesuatu perkara sebelum melaksanakannya.

“Kita bimbang dengan penyiaran filem-filem berunsurkan negatif yang semakin berleluasa tanpa dibendung.

“Janganlah kita hanya mengaut keuntungan sebelah pihak tetapi akan datang generasi yang penentu masa depan negara dirosakkan dengan unsur-unsur negatif yang disiarkan dalam filem tersebut,” ujarnya.

Editor : khaulah Azwar

Pemuda PAS saran terbit filem positif, ilmiah




GOMBAK, 30 Nov: Dewan Pemuda PAS Malaysia menggesa penerbit filem negara memikirkan untuk mengeluarkan filem yang berunsur positif sebelum untuk ditonton oleh masyarakat umum.

Ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata, rakyat khususnya ibu bapa dihantui perasaan bimbang apabila menonton filem yang diterbitkan hari ini langsung tidak menyerapkan unsur-unsur positif dan ilmiah.

“Saya tidak tahu bagaimana pihak penerbit boleh mengeluarkan filem-filem yang berunsurkan seks, tahyul, mat rempit, dan sebagainya yang telah disajikan kepada masyarakat tanpa memikirkan kesan akan datang kepada golongan muda khususnya,” ujarnya pada Majlis Maal Hijrah di Masjid Kampung Nakhoda, petang semalam. Turut menjadi panel ialah artis Catriona Ross.

Katanya lagi, masyarakat yang sememangnya mudah terpengaruh dengan aksi-aksi yang dipaparkan melalui filem-filem seperti dan ingin mencuba.

Bahkan, ujarnya ada filem komedi dan berunsur khayalan yang mempermainkan kalimah syahadah yang merupakan isu sangat sensitif di sisi Islam.

“Pada hal Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) yang dikatakan mempunyai panduan penapisan filem seharusnya dapat menghalusi dan melihat implikasi hasil daripada penayangan setiap filem yang hendak diberi kelulusan tayangan.

“PAS berharap jangan hendaknya industri filem di negara ini mulai cenderung untuk menghasilkan karya secara bebas seperti pengusaha filem Barat sehingga sensitiviti agama dan nilai sakral yang ada pada masyarakat timur diketepikan hanya kerana mahu bersaing dan setaraf dengan industri perfileman Barat,” katanya.

Secara jujur, beliau kecewa dengan filem-filem yang kepada masyarakat hari ini.

Beliau juga menggesa masyarakat agar bersama dengan Kerajaan Selangor yang berusaha mengatasi masalah gejala sosial di kalangan belia seterusnya melahirkan Generasi Idaman Selangor (GeMS).

“Kami sentiasa memberi kerjasama dengan semua badan NGO, masjid dan surau dengan menganjurkan pelbagai program pendekatan rakyat terutamanya mendekati golongan beliawanis agar mereka tidak rasa disingkirkan,” ujarnya.



Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI