Tuesday, January 4, 2011

Tapak Pelupasan Sampah Haram terbakar..


Sg Kertas, Batu Caves - Pembuangan sampah secara haram semakin menular walaupun telah kerap kali diberikan notis oleh pihak berkuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan pejabat Tanah Daerah Gombak (PTDG) kepada tuan tanah.

Krew Selangorkini difahamkan bahawa tanah ini adalah tanah "private" yang mempunyai keluasan 9 hekar yang mempunyai 4 lot tanah. Kawasan yang terlibat mengalami kebakaran seluas 1.3hekar.

Menurut seorang penduduk disini En Sham B. Abdullah, kejadian kebakaran ini berlaku pada 31hb Dis, 2010 sebelum menyambut Tahun Baru.

Ujarnya lagi "Pada awalnya saya ingat penduduk disini membakar sampah sahaja tetapi ianya berlarutan sehingga 3 hari pula, sehingga kami penduduk disini merasa sesak dan pening kerana menghidu asap yang tebal dan bertompok-bertompok".

Keadaan tompokan api disertai asap tebal dari sekam sampah sedalam kira-kira 20 meter di kaki bukit di situ menyukarkan pihak bomba memadamkan kebakaran.

Ini merupakan kali ke 2 terjadinya berlakunya kebakaran tersebut. Saya amat berharap pihak berkuasa membuat pemantauan dikawasan pembuangan sampah disini kerana kadangkala mereka yang membuang sampah secara haram disebelah malam juga, katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves, Amirudin Shari berkata, “Kita merasa kesal tindakan pengusaha yang tidak bertanggungjawab dengan memulakan aktiviti di situ kembali sejak pertengahan tahun lalu, walaupun kawasan ini sudah ditetapkan bukan tapak pembuangan sampah. Kita juga telah meletakkan penghadang agar mereka tidak memasuki kawasan ini, tetapi mereka memecahkannya".

Keutamaan hendak kita lakukan sekarang adalah untuk memadamkan api ini, kerana bimbang ia boleh menjejaskan kesihatan dan keselamatan terutamanya pelajar yang telah memulakan alam persekolahan, katanya. Aminudin berkata demikian ketika ditemui dalam lawatan turun padangnya bagi meninjau ke tapak berkenaan, semalam.

Hadir sama dalam lawatan berkenaan ialah Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Mohd Jaid Ehsan, pihak Pejabat Tanah dan Daerah Gombak, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Sebelum ini, aktiviti pembakaran sampah dilakukan di tapak berkenaan bukan perkara baru, berikutan pernah menggemparkan penduduk apabila ia berlaku awal tahun lalu, diikuti kebakaran kecil beberapa bulan lalu. Malah lebih membimbangkan ibu bapa apabila pernah pelajar sekolah berhampiran yang tidak tahan bau busuk dari asap tebal akibat pembakaran sampah itu, pening kepala dan muntah.

Dalam pada itu, Aminudin berkata, pihaknya akan meminta pihak dua buah sekolah berhampiran menutup sesi persekolahan sekiranya keadaan asap tebal itu semakin serius dan sukar dikawal.

“Pihak Pejabat ADUN Batu Caves juga akan membantu mengedarkan penutup hidung dan mulut kepada pelajar sekolah berhampiran,” katanya.

Terdahulu, menurutnya akan menggesa pihak Pejabat Tanah dan Daerah Gombak yang telah memberikan notis perampasan tanah kepada pemilik membenarkan pembuangan sampah dibuang di situ supaya mempercepatkan proses tersebut.

Mohd Jaid ketika mengulas tindakan akan diambil MPS pula berkata, pihaknya akan meletakkan anggota untuk mengawal sementara tapak berkenaan di pintu masuk ke situ, dari jam 9 pagi ke 9 malam setiap hari, hingga hujung bulan ini.

“Kita juga akan bekerjasama dengan Pegawai Daerah Gombak, Ahmad Zahari Mohd Saad selaku Pengerusi Bencana Alam Daerah Gombak dalam menyelesaikan masalah. Insya-allah mesyuarat bencana alam akan diadakan petang esok bagi mengatasi masaalah tersebut, katanya.

Manakala, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Selayang (BBS), Zakaria Aini berkata, bagaimanapun pihaknya belum dapat mengulas lanjut punca kebakaran atau menentukan sama ada ia terbakar sendiri atau satu sabotaj dari pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa. “Kesukaran kita memadamkan api apabila sampah-sampah lama itu perlu dikorek supaya api (dalam sampah) itu boleh dipadamkan. Tetapi kita mendapat bantuan jentera pihak Syabas dan MPS untuk menghantar air,” katanya.

Menurut Zakaria, dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Selayang bersama 15 anggota bertugas untuk memadamkan kebakaran dengan bantuan balai bomba berhampiran. Katanya, operasi pemadaman akan diteruskan bergantung kepada tahap kebakaran.

Sementara itu, Mohd Nazrul Mustapha daripada Pejabat Tanah Daerah Gombak berkata, pihak kami telah memberi notis 2 kali iaitu Notis 7A pada Bulan Julai, 2010 dan Notis 7B pada Bulan dis, 2010 tetapi tuan tanah tidak memberi kerjasama dan sukar dihubungi.


Editor :khaulah azwar

Monday, January 3, 2011

32thn menanti Status Tanah


Rawang - 32thn menanti jawapan daripada pihak yang diberikan amanah oleh rakyat dalam menjalankan tugas kepada rakyat tidak dilaksanakan dengan sebaiknya.

3 lot tanah masih tidak diketahui statusnya lagi sehingga kini ,yang terdapat di kawasan kg Dato' Lee Kim Sai.

Tinjauan yang dilakukan Krew Selangorkini di kawasan tersebut didapati kawasan tersebut mempunyai 10 lot tanah. 7 lot adalah kaum cina dan 3 lot dimiliki oleh orang Melayu. Semenjak pemerintahan Kerajaan UMNO/BN hanya 7 lot tanah sahaja yang mendapat status tanah manakala 3 lot lagi menjadi tanda tanya.

Alaldin B. Hj Badaruddin berusia 50thn berkata " sudah 32thn saya menetap disini namun saya amat terkilan kerana status tanah masih tidak diketahui lagi. Amat membimbangkan jika terjadi sesuatu yang tidak dingini berlaku kepada ahli keluarga saya disini lebih-lebih lagi sekiranya saya tiada dirumah".

Semasa pemerintahan Kerajaan UMNO/BN, saya kerap berulang alik ke pejabat Tan See Hang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO/BN Rawang bagi meminta penjelasan mengenai status tanah tersebut. Jawapan yang saya terima, sering amat mengecewakan iaitu mereka menyatakan semua dalam proses.

Bayangkanlah 32thn saya menunggu ibarat menanti durian runtuh sehingga kadangkala saya menjadi putus asa untuk berurusan dengan mereka lagi.

Tetapi yang amat menghairankan saya, setiap kali saya mohon surat hitam putih bagi membuktikan kebenaran mereka sudah mengambil tindakan dengan menjalankan tanggungjawab kepada rakyat, Tan See hang sering membuat berbagai alasan yang sukar dimasuk akal.

Saya beranggapan beliau hanya ambil ringan dengan permohonan yang saya mohon. Atau adakah tanah kami sudah dijual oleh UMNO/BN tanpa perbincangan?.

Katanya lagi, "Sehinggalah bertukar kerajaan Pakatan Rakyat (PR) saya masih tidak mendapat surat tersebut daripada Tan See Hang. Sungguh saya merasa kecewa dengan apa yang berlaku, seoalah UMNO/BN hanya membantu kaum cina disini saja manakala hak orang melayu dipinggirkan", ujarnya.

Setiap kali melihat infrastruktur rumah yang banyak mengalami keretakan, hati saya begitu sedih dan harapan saya menjadi punah kerana impian untuk membina rumah untuk isteri dan anak-anak ditanah arwah ayah tidak kesampaian.

Fikiran saya menjadi buntu untuk tangani masaalah yang menimpa kerana tanah ini adalah tanah pusaka arwah ayah yang mempunyai 2 lot. 1 Lot tanah J7 adalah milik adik saya Hafizah Badaruddin, rumah beliau juga mengalami banyak kerosakan dan keretakan. Adik saya sering juga membuat aduan kepada saya setiap kali tibanya waktu hujan rumah kami sering dimasuki air.

Rentetan daripada itu, dengan masaalah yang menimpa kami sekeluarga maka saya ajukan hal ini kepada Ketua Kg. disini, dan beliau menyarankan saya agar membuat tindakan segera agar berurusan dengan ADUN Rawang (Gan Pei Nei) untuk mendapatkan pandangan dan tindakan yang perlu diambil.

Alhamdulilah hasil pertemuan dengan Gan Pei Nei, pada awal Nov, 2010 beliau telah menasihatkan saya agar membuat penyemakan status tanah kembali.

Dengan bebanan yang saya pikul akhirnya terlerai juga. Pejabat tanah telah memberi kerjasama dengan saya dan permohonan saya dalam proses dengan sokongan ADUN Rawang. Harapan saya semoga impian saya untuk membina rumah baru tercapai juga satu hari nanti, katanya.

Sementara itu, isteri beliau Salmiah Shafie menyatakan, beliau dan anak-anak sering mengalami ketakutan apabila duduk dirumah tersebut kerana keadaan rumah yang banyak mengalami kerosakan dan keretakan setiap penjuru rumah. Hanya tunggu masa sahaja. Jika berlaku banjir dan sebagainya saya rasa nyawa kami memang tidak selamat lagi.

Beliau menyatakan saya cukup hairan kalaulah dikatakan kawasan ini tidak sesuai diduduki mengapa 7 lot tanah yang dimiliki oleh bangsa cina mudah sahaja mendapat kelulusan daripada kerajaan UMNO/BN.

Tan See Hang sering menyatakan kawasan tanah lot kami telah memasuki kawasan sungai. Tidak masuk akal langsung. Kalau benar kawasan saya sudah masuk kawasan sungai mengapa yang lain tidak? Sedangkan kawasan tapak lot saya masih jauh lagi daripada sungai.

Apabila saya fikirkan keadaan ini, mungkin ada politik disini. Mereka hanya utamakan bangsa cina sahaja kerana disini hanya 3 buah keluarga yang bangsa melayu. Adakah kami disisihkan oleh pentadbiran ADUN UMNO/BN disini.

Dalam masa menunggu jawapan daripada mereka selama 32thn, sebahagian rumah ini telah kami buat baikpulih dikawasan dapur yang mengalami kerosakan yang teruk. Kos pembinaan sebanyak RM2000. Untuk membaiki selainnya kami rasa belum berkemampuan ,lagipun status tanah masihh tidak diketahui. Kalau dibuat pasti akan merugikan kami, mana tahu itba-tiba sahaja kami diminta keluar oleh Pejabat tanah pula kerana masaalah yang kami hadapi sekian lama.

Harapan saya sekleuarga agar dengan pentadbiran Kerajaan (PR) mampu mengatasi masaalah kemelut yang kami hadapi sekian lama, katanya dengan kesal.



Editor :khaulah azwar

Saturday, January 1, 2011

Najib Takut Dengan Bayangan PR "Kempen Jom Tukar Kerajaan"


Tmn Selasih Fasa 2, Gombak - "Bebaskan Malaysia dari rasuah dan kerajaan yang mengamalkan rasuah politik . Bebaskan Malaysia dari pemimpin yang kaya bertambah kaya, rakyat yang miskin bertambah miskin. Selamatkan ISLAM dan Malaysia dari kumpulan lanun 1 Malaysia yang sentiasa membebankan rakyat". Terma yang dilaungkan oleh JPU Tmn Selasih Fasa 2 dalam majlis Kempen JOM Tukar Kerajaan yang diadakan malam tadi di Dewan Tmn Selasih JKP Zon 11 MPS.

Pengerusi Program, (M) bersara Wan Chik W. Morad mengatakan Misi dan visi mengadakan kempen tersebut adalah mengajak rakyat dan penduduk sekitar Tmn Selasih Fasa 2 Zon 11, Majlis Perbandaran Selayang (MPS) untuk mendaftarkan diri rakyat yang masih belum mendaftarkan diri mereka sebagai pengundi bagi menjalankan tanggungjawab mereka sebagai rakyat malaysia.

Kempen Jom Tukar Kerajaan telah mendapat kerjasama daripada Jawatankuasa Penduduk (JKP/MPS Zon 11) yang dipengerusikan oleh Pn Khatifah Zamani Sulong dan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Gombak Setia. Majlis tersebut telah dihadiri oleh YDP PAS Kawasan Gombak,Utz Sallehuddin Nasir dan Pengarah PKM DUM Gombak Setia, Sdr Radhi Yusoff.

Pengarah PKM DUN Gombak Setia merangkap Pengarah Pilihanraya, Radhi Yusof berkata " Pilihan raya kecil (PRK) Tenang yang akan berlaku pada January, 2011 akan memberi kesan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di DUN Tenang memandangkan kawasan tersebut merupakan Kubu UMNO/BN".

"Selain daripada itu, Tenang merupakan kawasan pendalaman dimana rakyat tidak begitu peka dengan isu -isu semasa. Mereka bergantung sepenuhnya kepada media televesyen, akhbar utusan malaysia, berita harian. Oleh itu bagi mencapai kemenangan di Tenang seharusnya rakyat dan petugas PRK turun padang dan meluangkan masa untuk membantu gerak kerja PRK disana", katanya.

Pada masa yang sama beliau juga memberi penerangan mengenai status daftar pemilih yang telah berjaya dijalankan oleh petugas-petugas DUN Gombak Setia dan Seluruh Negeri Selangor bagi menghadapi Pilihanraya Umum (PRU) ke 13.

Dengan kerjasama semua pihak dan petugas-petugas Pakatan Rakyat (PR) maka negeri selangor lebih kehadapan daripada UMNO/BN dalam melakukan kerja Kempen Daftar Pemilih. Namunpun begitu beliau meminta agar semua ahli dan penyokong PAS teruskan usaha agar dapat terus mengekalkan Kerusi kemenangan di Negeri Selangor ini khususnya dengan mencari pengundi seramai 2600 lagi di DUN Gombak Setia, ujarnya.

Menurutnya lagi, Perdana Menteri (PM) Tan Sri Najib akan memohon kepada sultan untuk mengubalkan parlimen pada 10hb Mei, 2011 dan suruhanjaya pilihanraya (SPR) akan menetapkan penamaan calon yang berkemungkinan besar akan berlaku pada Jun atau Julai, 2011.

SPR akan membuat persempadanan semula apabila 2/3 kerusi yang tinggal oleh (PR). Ini bergantung kepada isu semasa apabila berpihak kepada UMNO/BN. Sekira tidak maka ia akan dipanjangkan tempoh untuk mengadakan PRU ke 13 yang mungkin akan berlaku pada September, 2011.

Kaedah ini telah dirancang dengan penuh teliti sebaiknya oleh Najib, seperti yang telah berlaku di Negeri Terengganu semasa PRU yang lalu sehinggakan UMNO/BN menang. Namun ia tidak kekal lama dan akhirnya kerusi di Terengganu dirampas kembali oleh Kerajaan Pakatan Rakyat (PR). Oleh itu beliau menggesa kepada semua ahli dan petugas PR memperligatkan gerakkerja sempena tahun baru 2011 bagi membuat persiapan sebaiknya untuk hadapai PRU ke 13 nanti, katanya.

Sementara itu, YDP PAS Kawasn DUN Gombak Setia, Utz Sallehuddin Nasir telah memberi suntikan tazkirah kepada semua yang hadir bagi memperkasakan saf untuk meneruskan gerakkerja bagi mengekalkan kemenangana PRU di DUN Gombak Setia yang merupakan Kubu PAS.

Katanya "PRU ke 13 merupakan cabaran kepada kerajaan (PR) kerana berbagai isu telah berlaku yang dimainkan oleh UMNO/BN". PRU ke 13 situasinya tidak sama seperti PRU yang lalu kerana UMNO/BN telah merancag kerja kotor dengan sebaiknya bagi memastikan Putrajaya tidak Jatuh ketangan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR)".

Sallehuddin berkata lagi " selepas PRK Tenang, rakyat akan berhadapan dengan Perangai golongan Yahudi/israel yang telah berleluasa dalam media massa. Yahudi/israel merupakan agen UMNO/BN.

Oleh itu semua ahli perlu membuat persiapan mental, tenaga yang rapi bagi menghadapa PRU ke 13 nanti.

Menurutnya lagi, selain daripada itu UMNO/BN telah menggunakan sultan berikutan dengan perlantikan khusrin yang telah dilantik untuk menjadi SUK Kerajaan Negeri Selangor yang berunsurkan politik. Perlantikan yang berlaku ketika sultan selangor bercuti tanpa mendapat persetujuan dan membelakangkan Menteri Besar Tan Sri Khalid.

Walaubagaimanapun, beliau mengharapkan agar semua ahli PAS (PR) tidak mudah melatah dengan perkara yan berlaku dinegeri selangor khususnya kerana walaupun pentadbiran kerajaan Negeri Selangor diuji dengan berbagai ujian dan tribulasi yang diberikan oleh UMNO/BN tetapi ianya tidak semudah itu untuk mereka merampas negeri selangor ini kembali .

Walaupun UMNO/BN nampak seperti Gah di pandangan rakyat dengan gagasan 1 malaysia namun ia adalah sangat lemah kerana rakyat kini semakin cerdik menilai mana yang terbaik untuk mereka. Katanya "UMNO/BN tidak sekuat mana lagi, ini berikutan juga dengan tawaran yang diberikan oleh PR kepada guru-guru mengenai imbuhan RM500 sekiranya PR memerintah".

Dengan tawaran yang diberikan oleh PR, Najib begitu takut dengan sanggup mengelirukan rakyat mengatakan sekiranya PR memberi tawaran tersebut maka Negeri ini akan muflis. Tanggapan diberikan adalah sangat dhaif. Kajian telah dibuat oleh PR sebelum menawarkan kepada guru-guru yang telah banyak berjasa kepada pelajar dalam membentuk generasi yang berguna bagi melahirkan pelapis yang beribawa pada masa akan datang.

Ujarnya lagi, Ekonomi yang telah diterajui oleh pimpinan PR Negeri Selangor juga semakin meningkat dan tidak salah jika Kerajaan PR memberi tawaran tersebut kepada pendidik. Dengan tawaran yang telah diberikan oleh PR Selangor, Najib kini takut dengan bayangan PR yang semakin utuh dalam mentadbir negeri ini.

Kini UMNO/BN hanya bergantung kepada kekuatan-kekuatan Jabatan Kerajaan bukan kepada rakyat yang berkuasa untuk menukar pentadbiran kerajaan.

Katanya "Hanya pemerintah yang menjalankan tanggungjawab yang tulus, ikhlas , menjalankan kebajikan dengan membela rakyat, dan pemimpin yang beribawa hanya mampu untuk mentadbir negeri ini dengan sebaiknya. Seperti yang sentiasa didoakan oleh pimpinan kerajaan (PR) selangor yang diterajui oleh Tan Sri Khalid, Menteri Besar Selangor untuk menjadikan Negeri Selangor seperti "Baldatun Taiyibatun wa Rabbun Ghafur (negara berkebajikan akan mendapat keampunan tuhan)".

Sallehuddin yang telah merasmikan Majlis Kempen Jom Tukar Kerajaan telah menyampaikan baju kepada wakil-wakil petugas setiap kawasan di Zon 11, MPS yang bertemakan "Pakatan Rakyat Ubah Sekarang SELAMATKAN MALAYSIA" . Beliau menyeru agar semua ahli dan penyokong kuatkan hati dengan mengamalkan bacaan al-mathurat dan amalan-amalan sunnah yang lain bagi memantapkan mental, emosi dan kekuatan jiwa untuk meneruskan tanggungjawab sebaiknya selepas ini sehingga tibanya PRU ke 13.



Editor : Khaulah Azwar

Ahli dan Penyokong PAS diGesa merancakkan gerakkerja PRU ke 13.

Gombak – Diambang tahun baru 2011, PAS Kawasan Gombak telah mengadakan majlis Persada 15thn ISLAM PAS Gombak yang sangat gemilang dengan kehadiran rakyat berbilang bangsa dan agama.

Turut hadir bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Klang, Shari Sungip, Ahli-Ahli Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Utz Zakaria Mamat, Dewan Ulama', Setiausaha PAS Pusat, Mustapha Ali .

Majlis tersebut telah diadakan bermula semenjak Pertengahan bulan November, 2010 sehingga kemuncaknya pada akhir Disember, 2010.

Dalam mengorak langkah semenjak tahun 1985, PAS Kawasan Gombak telah mengembangkan sayapnya dengan tertubuhnya Dewan Pemuda PAS Gombak (DPPG), Dewan Muslimat PAS Kawasan Gombak (DMPG), Dewan Ulama, PASTI, Unit Amal Gombak, dan Nisa’ Gombak.

Berbagai acara dan program telah disusun rapi bagi memantapkan gerakkerja dalam membuat persediaan menghadapi pilihnaraya umum (PRU ke 13) tidak lama lagi.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YDP PAS Kawasan Gombak Utz Sallehuddin Nasir.

Dalam ucapan perasmiannya,” Gombak merupakan Kubu Kuat PAS dan terlalu unik kerana disinilah terletak berbagai Pusat Ibadah seperti Pusat Qadrani, gerakan syiah, University Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan sebagainya sehingga menjadi tumpuan kepada pihak UMNO/BN untuk merampas pentadbiran disini”.

Ini jelas terbukti, apabila nama daftar pemilih baru yang telah dimasukkan ke kawasan Gombak semakin meningkat dan didapati ada nama-nama yang tertindih, luar kawasan dan sebagainya. UMNO/BN akan berusaha dengan sedaya upaya dengan menggunakan berbagai kaedah bagi memastikan matlamat mereka tercapai.

Menurutnya lagi, pada masa ini, rakyat selangor telah digemparkan dengan perlantikan SUK Kerajaan Negeri Selangor, Dato’ Khusrin. Perlantikan tersebut berunsurkan politik yang telah disusun dengan rapi oleh pihak UMNO/BN bagi memastikan hasrat Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) untuk merampas Putrajaya pada PRU ke 13 menjadi gagal.

“Perlantikan Khusrin sebagai SUK adalah satu petanda menunjukkan gimik-gimik huru-hara yang dilakukan oleh UMNO/BN.

UMNO/BN sentiasa membuat kekecohan dan porak peranda dalam pentadbiran di negeri Selangor. Dengan adanya khusrin sudah pasti gerakkerja pentadbiran PR akan terbongkar kerana khusrin merupakan agen UMNO/BN”.

Jesteru itu, ahli dan penyokong PAS diminta meneruskan gerakkerja lebih mantap lagi. Selain itu sentiasa memohon kepada ALLAH swt agar perancangan UMNO/BN bagi memastikan khusrin menjadi SUK negeri Selangor tidak tercapai, katanya.

Sementara itu, Setiausaha PAS Pusat, Mustapha Ali telah memakumkan kepada semua yang hadir bahawa bahang pilihanraya PRU ke 13 semakin hampir memandangkan berbagai perkara yang telah berlaku semenjak akhir-akhir ini terutamanya di negeri selangor.

Kemungkinan besar PRU akan berlaku pada Jun atau Julai 2011. Beliau meletakkan harapan agar semua ahli harus merancakkan gerakkerja dalam membuat persiapan PRU ke 13.

Gerak kerja ini seharusnya dilakukan tanpa berlengah lagi kerana UMNO/BN sentiasa memerhati setiap langkah kita.

"Sekiranya kita lalai maka mereka akan memasuki kubu PAS di setiap kawasan yang telah dikenal pasti dengan begitu mudah. Oleh itu seharusnya semua ahli harus meneruskan gerakkerja tanpa berlengah lagi agar memastikan hasrat untuk mengambil putrajaya pada PRU ke 13 akan tercapai bagi membela rakyat", katanya.

Majlis tersebut telah diserikan dengan penyampaian cenderahati oleh Saudara Musthapa Ali Setiausaha PAS Pusat, Wan Hasrinah Wan Hassan, Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor (DMPNS) kepada golongan veteran, paling banyak berjasa menaburkan bakti dalam perjuangan PAS, lajnah paling aktif, cawangan terbaik dan sebagainya.

Acara kemuncak sambutan tahun baru pula telah diadakan dengan melakukan solat hajat , persembahan nyayian nasyid yang terdiri daripada Kumpulan Alif Ba Ta, Aris Ariwatan, Renggo Arrow, Utz Zul (Bekas Gitaris Kumpulan Visa), Kumpulan As-Saufee dan dikir barat yang telah diadakan di Tapak Pasar Malam Tmn Greenwood, Gombak baru-baru ini.


Editor :khaulah azwar

XPDC Dakwah “22 kantoi ditangkap khalwat” Kejayaan Kerajaan Negeri Selangor

Tmn Samudra Batu Caves – Seperti sebelumnya setiap kali menyambut tahun baru pasti akan berlakunya perkara-perakara yang tidak diingi seperti zina, pengambilan pil yang berlebihan dan sebagainya.

Begitulah pada tahun 2010 malam tahun baru kali ini tidak lepas dicemari maksiat, apabila 22 ditahan dengan menaiki 2 buah van di sekitar daerah Gombak, dalam serbuan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), awal pagi semalam.

Lima individu daripada 11 pasangan 'kantoi' ditahan terdiri warga asing beragama Islam berasal dari Indonesia dan Bangladesh, bersama pasangan masing-masing warga tempatan yang merupakan lelaki dan juga perempuan.

Dalam operasi di lokasi hotel budget itu, tiga pasangan ditahan di kawasan Rawang, manakala lapan lagi di sekitar Batu Caves, apabila gagal membuktikan ikatan suami isteri dan bukan muhrim.

Wakil (JAIS) yang mengetuai serbuan itu berkata, “pasangan ditahan telah dibawa ke balai polis berhampiran dan akan didakwa dalam masa terdekat di bawah Seksyen 29 (1a & b) Enakmen Jenayah Syariah Selangor No 9/95”.

“Mereka ditahan kerana didapati berkhalwat dan berada dalam satu bilik antara lelaki dan perempuan tanpa ikatan sah. Pelbagai alasan diberikan ketika serbuan dan tangkapan dilakukan.

“Terdapat 4 pasangan wanita bujang menunggu dalam 4 buah bilik mungkin mereka menanti kedatangan pasangan mereka”. Rata-rata mereka yang terlibat umur diantara 16thn keatas”.

“Ini termasuk alasan sukar diterima seperti 'hanya mahu menumpang sekejap' di bilik pasangan, 'hendak menghadiri kenduri' dan sebagainya,” katanya dalam Operasi XPDC Dakwah Daerah Gombak Menjelang Tahun Baru pihaknya itu, yang berpusat di Masjid Al-Amaniah, di sini.

Antara terlibat dalam operasi berkenaan bermula sekitar jam 12 tengah malam hingga jam 8 pagi itu ialah Ketua Unit Penguatkuasa Jais Daerah Gombak, Lukman Ramli dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Selangor (DPPNS), Ahmad Zaidy Abdul Talib.

Turut membantu dalam menjayakan operasi ialah Penguatkuasa Agama Daerah Gombak, polis, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Imigresen, Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Nazir-nazir masjid daerah Gombak dan badan-badan bukan kerajaan (NGO).

Dalam pada masa itu, walaupun mengandung lima bulan dan membawa anak berumur tiga tahun bersama seorang rakannya, seorang wanita tempatan berusia 29 tahun, turut ditahan dalam serbuan ketika jam 4 pagi.

Ditanya apakah kaitan hubungannya dan lelaki ditahan di bilik hotel, wanita itu yang tinggal di Ampang mengakui menghadapi masalah rumah tangga, manakala pasangan lelakinya dikatakan hanya seorang rakan untuk membantu beliau mencari kediaman seketika.

Semasa serbuan di Batu Caves, anggota (JAIS) sedang mengawal lorong belakang hotel terlibat, dikejutkan dengan tindakan mencampakkan sejenis alatan 'dapur' menagih dadah dipercayai 'ice' dari tingkap hotel.

“Bagi melihat sama ada mereka ditahan ini positif dadah atau tidak, kami difahamkan tujuh lelaki dan tujuh wanita terlibat menjalani saringan air kencing semasa dibawa ke balai polis.

“Keputusannya ujian itu masih belum kita ketahui. Bagaimanapun selepas ini kesemua mereka dikehendaki hadir ke Pejabat Agama pada tarikh ditetapkan untuk tindakan lanjut dan akan dikenakan hukuman jika sabit kesalahan,” katanya.

Terdahulu, wakil (JAIS) turut menasihatkan orang ramai yang sudah berkeinginan, supaya menjauhi maksiat dengan berkahwin secara sah, sekali gus supaya dapat mengurangkan gejala sosial masa kini.

Difahamkan, tindakan boleh diambil terhadap mereka ditahan, adalah di bawah Seksyen 18 dan Seksyen 10, yang jika sabit kesalahan boleh didenda RM3,000, penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

250 ahli Yayasan Amal, NGO terlibat

Pihak Yayasan Amal Malaysia diketuai ahli jawatankuasanya Mohd Farhan Madzlan memberitahu seramai 25O terlibat termasuk ahlinya dan NGO membantu mengedarkan risalah berkenaan mencegah maksiat.

“Sebanyak kira-kira 5,000 risalah berkaitan 'amal makruf nahi mungkar' telah kita edarkan di seluruh daerah Gombak, seperti di pasaraya, uptown dan tempat awam bermula jam 10 malam lagi, sebelum operasi (JAIS) ini dimulakan.

“Dalam operasi ini, kita juga mengambil kesempatan memberikan tazkirah kepada mereka ditahan. Kebanyakan maksiat ini berlaku kita percaya ia berpunca apabila tidak bersolat dan ini diakui mereka ditahan,” katanya.

Mohd Farhan juga bertindak sebagai Penyelaras Ekspedisi Dakwah Malam Tahun Baru Daerah Gombak, malam semalam juga berkata, pihaknya merancangkan dalam masa terdekat akan menubuhkan Unit Kaunseling khususnya untuk mereka berkaitan.

Dalam pada itu, Ahmad Zaidy pula berkata, orang ramai kini terutamanya di Negeri Selangor sudah malu membuat maksiat secara terbuka, menunjukkan kejayaan pihak Kerajaan Negeri Selangor yang telah bertungkus lumus mengadakan berbagai program seperti Generasi Idaman Selangor (GeMS) , Anti Zina dan sebagainya bagi menangani masalah berkaitan terutamanya kepada golongan belia.

Katanya lagi “Kalau sebelum ini, mereka berani buat (maksiat) secara terbuka seperti cara 'kereta rosak' dan sebagainya, tetapi dalam operasi kita lakukan kali ini ia tidak ada lagi”.

“Dalam kajian pihak Yayasan Amal sejak tahun lepas juga mendapati, kebanyakan mereka ingin melakukan kerja-kerja maksiat ini mencari kawasan luar Selangor untuk tujuan itu,” katanya.



Editor : Khaulah Azwar

Thursday, December 30, 2010

Perlantikan Khusrin Langkah Pertama Umno-BN Rampas Selangor




SHAH ALAM : Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak akan mengulangi tindakan jahatnya merampas kuasa di Perak, apabila meletakkan dirinya sendiri sebagai Ketua Perhubungan Umno Selangor serta melantik seorang yang tidak layak menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri(SUK) ke jawatan tersebut.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata dalam satu sidang media petang tadi di Shah Alam, perlantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai SUK merupakan tindakan pertama Najib dalam usaha merampas kembali negeri Selangor daripada Pakatan Rakyat.

"Tindakan melantik Datuk Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor adalah diantara tindakan-tindakan yang pertama dilakukan oleh Najib untuk melaksanakan perancangan nak jatuhkan kerajaan negeri Selangor ini," dakwa beliau.

Tegasnya, ini merupakan satu petanda bahawa Umno di bawah pimpinan Najib akan menggunakan apa jua cara sekalipun untuk merampas kembali kuasa di Selangor.

"Ini merupakan satu petanda kepada kita bahawa Umno nak rampas kuasa kembali di negeri Selangor dengan apa jua cara sekalipun. Dia nak ulangi apa yang dilakukan di Perak," katanya.

Beliau menambah, perlantikan Khusrin adalah semata-mata untuk menimbulkan kekecohan hingga Dewan Undangan Negeri Selangor berjaya dibubarkan.

"Apabila didapati bahawa kerajaan-kerajaan Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan mungkin tidak akan turut sama dalam pilihanraya yang akan diumumkan di peringkat federal kerana kita ada hak untuk kekal selama lima tahun, maka dia nak wujudkan satu suasana yang akan memaksa kerajaan negeri untuk bubar secepat mungkin lalu dia lantik seorang yang tidak layak menjadi setiausaha negeri sebagai setiausaha negeri," jelasnya.

Beliau turut mendakwa Umno telah mempergunakan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dalam permainan politik sehingga sanggup melibatkan Sultan dalam perlantikan Khusrin.

"Seperti biasa, Umno-BN nak mencemar institusi kesultanan Melayu dengan mengheret masuk institusi Sultan dalam persoalan ini dan apabila mendapat restu daripada Sultan, maka digunakan kembali isu derhaka kepada Sultan dan sebagainya sekiranya kerajaan negeri Selangor menolak Khusrin sebagai calonnya," tegas beliau lagi.

Khalid seterusnya menjelaskan, tindakan kerajaan pusat merupakan satu tindakan yang membelakangkan rakyat negeri Selangor, kerajaan Selangor dan mencemar serta mencalar institusi kesultanan itu sendiri sambil memastikan segala perancangan kerajaan Selangor gagal dilaksanakan.

"Jahat dan buruknya sikap kerajaan pusat jelas terbukti melalui tindakan ini dan ianya tidak akan berhenti di situ, seperti mana yang disebutkan tadi, ianya merupakan tindakan awal untuk menentukan bahawa apa yang dikehendaki dan diusahakan oleh kerajaan negeri Selangor akan digagalkan," jelas beliau lagi.

DPPNS kesal perlantikan Khusrin tanpa berbincang


SELAYANG – Dewan Pemuda Pas Negeri Selangor (DPPNS) merasa kesal dengan perlantikan jawatan Ketua Setiausaha Negeri Selangor, berkuatkuasa 1 Januari nanti, tanpa berbincang dengan Kerajaan Negeri Selangor .

Berkata, Utz Hasbullah Mohd Ridzwan, "perlantikan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohd Khusrin Munawi ke jawatan berkenaan sepatutnya perlu dibincangkan terlebih dahulu khususnya melalui Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim".

“Kita (DPPNS) berasa kesal apabila Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan membuat pengumuman perlantikan (Khusrin) itu, tanpa merujuk ketua Kerajaan Negeri Selangor, iaitu MB yang menerajui negeri ini.

“Ia menunjukkan semangat federalisme (persekutuan) dan profesionalisme yang diketepikan." Sedangkan di peringkat kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor, kita sangat menghormati kehendak perlembagaan dan undang-undang berhubung perkara berkaitan,” katanya.

Hasbullah berkata demikian ketika menghubungi media, semalam bagi mengulas berhubung perkara tersebut. Menurutnya, pihaknya juga mempertikaikan senarai nama-nama calon Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) telah dihantar kepada KSN, tetapi tidak dipertimbangkan tanpa adanya jawapan balas.

“Kita pelik apabila pihak sepatutnya bertanggungjawab perlantikan ini seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), hanya mendiamkan diri daripada memberikan penjelasan,” katanya.

Menurut Hasbullah, biarpun sepatutnya SPA dan JPA yang patut mengulas isu pertikaian berkenaan, pihak sebaliknya pula dilihat memberikan kenyataan. Dalam pada itu tegasnya, DPPNS meminta supaya semua pihak tidak menggunakan isu timbul ini untuk mendakwa atau melagakan PR dengan Sultan Selangor, yang dikatakan telah memberikan perkenaan perlantikan dibuat.

“Kita bukan mempertikaikan perkenan Sultan terhadap individu dilantik, tetapi hanya mempersoal kenapa tidak mempertimbangkan cadangan PR, berkenaan cadangan perlantikan ini. “MB sepatutnya lebih mengetahui siapa lebih layak. Mengenai sebab Khusrin patut dilantik atau tidak ke jawatan tersebut berdasarkan perkhidmatannya selama ini, itu kita tidak mahu mengulas lanjut,” katanya.

Menurut Hasbullah lagi, pihaknya akan mengambil tindakan lanjut selepas ini sekiranya masih tiada sebarang penjelasan atau maklum balas memuaskan berhubung pertikaian yang timbul, ujarnya.


Editor :khaulah azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI