Saturday, January 1, 2011

Najib Takut Dengan Bayangan PR "Kempen Jom Tukar Kerajaan"


Tmn Selasih Fasa 2, Gombak - "Bebaskan Malaysia dari rasuah dan kerajaan yang mengamalkan rasuah politik . Bebaskan Malaysia dari pemimpin yang kaya bertambah kaya, rakyat yang miskin bertambah miskin. Selamatkan ISLAM dan Malaysia dari kumpulan lanun 1 Malaysia yang sentiasa membebankan rakyat". Terma yang dilaungkan oleh JPU Tmn Selasih Fasa 2 dalam majlis Kempen JOM Tukar Kerajaan yang diadakan malam tadi di Dewan Tmn Selasih JKP Zon 11 MPS.

Pengerusi Program, (M) bersara Wan Chik W. Morad mengatakan Misi dan visi mengadakan kempen tersebut adalah mengajak rakyat dan penduduk sekitar Tmn Selasih Fasa 2 Zon 11, Majlis Perbandaran Selayang (MPS) untuk mendaftarkan diri rakyat yang masih belum mendaftarkan diri mereka sebagai pengundi bagi menjalankan tanggungjawab mereka sebagai rakyat malaysia.

Kempen Jom Tukar Kerajaan telah mendapat kerjasama daripada Jawatankuasa Penduduk (JKP/MPS Zon 11) yang dipengerusikan oleh Pn Khatifah Zamani Sulong dan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Gombak Setia. Majlis tersebut telah dihadiri oleh YDP PAS Kawasan Gombak,Utz Sallehuddin Nasir dan Pengarah PKM DUM Gombak Setia, Sdr Radhi Yusoff.

Pengarah PKM DUN Gombak Setia merangkap Pengarah Pilihanraya, Radhi Yusof berkata " Pilihan raya kecil (PRK) Tenang yang akan berlaku pada January, 2011 akan memberi kesan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di DUN Tenang memandangkan kawasan tersebut merupakan Kubu UMNO/BN".

"Selain daripada itu, Tenang merupakan kawasan pendalaman dimana rakyat tidak begitu peka dengan isu -isu semasa. Mereka bergantung sepenuhnya kepada media televesyen, akhbar utusan malaysia, berita harian. Oleh itu bagi mencapai kemenangan di Tenang seharusnya rakyat dan petugas PRK turun padang dan meluangkan masa untuk membantu gerak kerja PRK disana", katanya.

Pada masa yang sama beliau juga memberi penerangan mengenai status daftar pemilih yang telah berjaya dijalankan oleh petugas-petugas DUN Gombak Setia dan Seluruh Negeri Selangor bagi menghadapi Pilihanraya Umum (PRU) ke 13.

Dengan kerjasama semua pihak dan petugas-petugas Pakatan Rakyat (PR) maka negeri selangor lebih kehadapan daripada UMNO/BN dalam melakukan kerja Kempen Daftar Pemilih. Namunpun begitu beliau meminta agar semua ahli dan penyokong PAS teruskan usaha agar dapat terus mengekalkan Kerusi kemenangan di Negeri Selangor ini khususnya dengan mencari pengundi seramai 2600 lagi di DUN Gombak Setia, ujarnya.

Menurutnya lagi, Perdana Menteri (PM) Tan Sri Najib akan memohon kepada sultan untuk mengubalkan parlimen pada 10hb Mei, 2011 dan suruhanjaya pilihanraya (SPR) akan menetapkan penamaan calon yang berkemungkinan besar akan berlaku pada Jun atau Julai, 2011.

SPR akan membuat persempadanan semula apabila 2/3 kerusi yang tinggal oleh (PR). Ini bergantung kepada isu semasa apabila berpihak kepada UMNO/BN. Sekira tidak maka ia akan dipanjangkan tempoh untuk mengadakan PRU ke 13 yang mungkin akan berlaku pada September, 2011.

Kaedah ini telah dirancang dengan penuh teliti sebaiknya oleh Najib, seperti yang telah berlaku di Negeri Terengganu semasa PRU yang lalu sehinggakan UMNO/BN menang. Namun ia tidak kekal lama dan akhirnya kerusi di Terengganu dirampas kembali oleh Kerajaan Pakatan Rakyat (PR). Oleh itu beliau menggesa kepada semua ahli dan petugas PR memperligatkan gerakkerja sempena tahun baru 2011 bagi membuat persiapan sebaiknya untuk hadapai PRU ke 13 nanti, katanya.

Sementara itu, YDP PAS Kawasn DUN Gombak Setia, Utz Sallehuddin Nasir telah memberi suntikan tazkirah kepada semua yang hadir bagi memperkasakan saf untuk meneruskan gerakkerja bagi mengekalkan kemenangana PRU di DUN Gombak Setia yang merupakan Kubu PAS.

Katanya "PRU ke 13 merupakan cabaran kepada kerajaan (PR) kerana berbagai isu telah berlaku yang dimainkan oleh UMNO/BN". PRU ke 13 situasinya tidak sama seperti PRU yang lalu kerana UMNO/BN telah merancag kerja kotor dengan sebaiknya bagi memastikan Putrajaya tidak Jatuh ketangan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR)".

Sallehuddin berkata lagi " selepas PRK Tenang, rakyat akan berhadapan dengan Perangai golongan Yahudi/israel yang telah berleluasa dalam media massa. Yahudi/israel merupakan agen UMNO/BN.

Oleh itu semua ahli perlu membuat persiapan mental, tenaga yang rapi bagi menghadapa PRU ke 13 nanti.

Menurutnya lagi, selain daripada itu UMNO/BN telah menggunakan sultan berikutan dengan perlantikan khusrin yang telah dilantik untuk menjadi SUK Kerajaan Negeri Selangor yang berunsurkan politik. Perlantikan yang berlaku ketika sultan selangor bercuti tanpa mendapat persetujuan dan membelakangkan Menteri Besar Tan Sri Khalid.

Walaubagaimanapun, beliau mengharapkan agar semua ahli PAS (PR) tidak mudah melatah dengan perkara yan berlaku dinegeri selangor khususnya kerana walaupun pentadbiran kerajaan Negeri Selangor diuji dengan berbagai ujian dan tribulasi yang diberikan oleh UMNO/BN tetapi ianya tidak semudah itu untuk mereka merampas negeri selangor ini kembali .

Walaupun UMNO/BN nampak seperti Gah di pandangan rakyat dengan gagasan 1 malaysia namun ia adalah sangat lemah kerana rakyat kini semakin cerdik menilai mana yang terbaik untuk mereka. Katanya "UMNO/BN tidak sekuat mana lagi, ini berikutan juga dengan tawaran yang diberikan oleh PR kepada guru-guru mengenai imbuhan RM500 sekiranya PR memerintah".

Dengan tawaran yang diberikan oleh PR, Najib begitu takut dengan sanggup mengelirukan rakyat mengatakan sekiranya PR memberi tawaran tersebut maka Negeri ini akan muflis. Tanggapan diberikan adalah sangat dhaif. Kajian telah dibuat oleh PR sebelum menawarkan kepada guru-guru yang telah banyak berjasa kepada pelajar dalam membentuk generasi yang berguna bagi melahirkan pelapis yang beribawa pada masa akan datang.

Ujarnya lagi, Ekonomi yang telah diterajui oleh pimpinan PR Negeri Selangor juga semakin meningkat dan tidak salah jika Kerajaan PR memberi tawaran tersebut kepada pendidik. Dengan tawaran yang telah diberikan oleh PR Selangor, Najib kini takut dengan bayangan PR yang semakin utuh dalam mentadbir negeri ini.

Kini UMNO/BN hanya bergantung kepada kekuatan-kekuatan Jabatan Kerajaan bukan kepada rakyat yang berkuasa untuk menukar pentadbiran kerajaan.

Katanya "Hanya pemerintah yang menjalankan tanggungjawab yang tulus, ikhlas , menjalankan kebajikan dengan membela rakyat, dan pemimpin yang beribawa hanya mampu untuk mentadbir negeri ini dengan sebaiknya. Seperti yang sentiasa didoakan oleh pimpinan kerajaan (PR) selangor yang diterajui oleh Tan Sri Khalid, Menteri Besar Selangor untuk menjadikan Negeri Selangor seperti "Baldatun Taiyibatun wa Rabbun Ghafur (negara berkebajikan akan mendapat keampunan tuhan)".

Sallehuddin yang telah merasmikan Majlis Kempen Jom Tukar Kerajaan telah menyampaikan baju kepada wakil-wakil petugas setiap kawasan di Zon 11, MPS yang bertemakan "Pakatan Rakyat Ubah Sekarang SELAMATKAN MALAYSIA" . Beliau menyeru agar semua ahli dan penyokong kuatkan hati dengan mengamalkan bacaan al-mathurat dan amalan-amalan sunnah yang lain bagi memantapkan mental, emosi dan kekuatan jiwa untuk meneruskan tanggungjawab sebaiknya selepas ini sehingga tibanya PRU ke 13.



Editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI