Saturday, January 1, 2011

Ahli dan Penyokong PAS diGesa merancakkan gerakkerja PRU ke 13.

Gombak – Diambang tahun baru 2011, PAS Kawasan Gombak telah mengadakan majlis Persada 15thn ISLAM PAS Gombak yang sangat gemilang dengan kehadiran rakyat berbilang bangsa dan agama.

Turut hadir bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Klang, Shari Sungip, Ahli-Ahli Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Utz Zakaria Mamat, Dewan Ulama', Setiausaha PAS Pusat, Mustapha Ali .

Majlis tersebut telah diadakan bermula semenjak Pertengahan bulan November, 2010 sehingga kemuncaknya pada akhir Disember, 2010.

Dalam mengorak langkah semenjak tahun 1985, PAS Kawasan Gombak telah mengembangkan sayapnya dengan tertubuhnya Dewan Pemuda PAS Gombak (DPPG), Dewan Muslimat PAS Kawasan Gombak (DMPG), Dewan Ulama, PASTI, Unit Amal Gombak, dan Nisa’ Gombak.

Berbagai acara dan program telah disusun rapi bagi memantapkan gerakkerja dalam membuat persediaan menghadapi pilihnaraya umum (PRU ke 13) tidak lama lagi.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YDP PAS Kawasan Gombak Utz Sallehuddin Nasir.

Dalam ucapan perasmiannya,” Gombak merupakan Kubu Kuat PAS dan terlalu unik kerana disinilah terletak berbagai Pusat Ibadah seperti Pusat Qadrani, gerakan syiah, University Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan sebagainya sehingga menjadi tumpuan kepada pihak UMNO/BN untuk merampas pentadbiran disini”.

Ini jelas terbukti, apabila nama daftar pemilih baru yang telah dimasukkan ke kawasan Gombak semakin meningkat dan didapati ada nama-nama yang tertindih, luar kawasan dan sebagainya. UMNO/BN akan berusaha dengan sedaya upaya dengan menggunakan berbagai kaedah bagi memastikan matlamat mereka tercapai.

Menurutnya lagi, pada masa ini, rakyat selangor telah digemparkan dengan perlantikan SUK Kerajaan Negeri Selangor, Dato’ Khusrin. Perlantikan tersebut berunsurkan politik yang telah disusun dengan rapi oleh pihak UMNO/BN bagi memastikan hasrat Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) untuk merampas Putrajaya pada PRU ke 13 menjadi gagal.

“Perlantikan Khusrin sebagai SUK adalah satu petanda menunjukkan gimik-gimik huru-hara yang dilakukan oleh UMNO/BN.

UMNO/BN sentiasa membuat kekecohan dan porak peranda dalam pentadbiran di negeri Selangor. Dengan adanya khusrin sudah pasti gerakkerja pentadbiran PR akan terbongkar kerana khusrin merupakan agen UMNO/BN”.

Jesteru itu, ahli dan penyokong PAS diminta meneruskan gerakkerja lebih mantap lagi. Selain itu sentiasa memohon kepada ALLAH swt agar perancangan UMNO/BN bagi memastikan khusrin menjadi SUK negeri Selangor tidak tercapai, katanya.

Sementara itu, Setiausaha PAS Pusat, Mustapha Ali telah memakumkan kepada semua yang hadir bahawa bahang pilihanraya PRU ke 13 semakin hampir memandangkan berbagai perkara yang telah berlaku semenjak akhir-akhir ini terutamanya di negeri selangor.

Kemungkinan besar PRU akan berlaku pada Jun atau Julai 2011. Beliau meletakkan harapan agar semua ahli harus merancakkan gerakkerja dalam membuat persiapan PRU ke 13.

Gerak kerja ini seharusnya dilakukan tanpa berlengah lagi kerana UMNO/BN sentiasa memerhati setiap langkah kita.

"Sekiranya kita lalai maka mereka akan memasuki kubu PAS di setiap kawasan yang telah dikenal pasti dengan begitu mudah. Oleh itu seharusnya semua ahli harus meneruskan gerakkerja tanpa berlengah lagi agar memastikan hasrat untuk mengambil putrajaya pada PRU ke 13 akan tercapai bagi membela rakyat", katanya.

Majlis tersebut telah diserikan dengan penyampaian cenderahati oleh Saudara Musthapa Ali Setiausaha PAS Pusat, Wan Hasrinah Wan Hassan, Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor (DMPNS) kepada golongan veteran, paling banyak berjasa menaburkan bakti dalam perjuangan PAS, lajnah paling aktif, cawangan terbaik dan sebagainya.

Acara kemuncak sambutan tahun baru pula telah diadakan dengan melakukan solat hajat , persembahan nyayian nasyid yang terdiri daripada Kumpulan Alif Ba Ta, Aris Ariwatan, Renggo Arrow, Utz Zul (Bekas Gitaris Kumpulan Visa), Kumpulan As-Saufee dan dikir barat yang telah diadakan di Tapak Pasar Malam Tmn Greenwood, Gombak baru-baru ini.


Editor :khaulah azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI