Sunday, November 21, 2010

Kempen 1 Juta Wanita Selangor Sihat & Daftar Pemilih

Tmn Templer - Walaupun Hari Raya Qorban telah berlalu namun aktiviti qorban dan akikah masih diteruskan dibeberapa kawasan degan tujuan untuk meraikan fakir miskin dan mengeratkan silaturrahim sesama insan.
Menurut Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Taman Templer, Tn Hj. Mohamad Abdul Rahman "PKM DUN Tmn Templer dengan ikhlas hati untuk memberi 8 ekor lembu untuk diedarkan dikawasan yang memerlukan bantuan atau golongan fakir miskin, alhamdulilah baru-baru ini telah diadakan majlis qorban bersama rakyat di Tmn Templer".
2 Ekor lembu telah dikorbankan hasil daripada PKM dan 1 ekor daripada penduduk untuk mengimarahkan suasasana raya qorban. Majlis tersebut diadakan juga jamuan ringan bagi meraikan rakyat yang hadir, katanya.
Selain daripada itu, pihak PKM juga telah membuka kaunter Kempen 1 Juta Wanita Selangor Sihat MAMMOGRAM SEL anjuran Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita Negeri Selangor. Dan diadakan kempen Daftar Pemilih (SPR) untuk memberi peluang kepada rakyat agar mendaftarkan diri sebagai pengundi.
Tn Hj Mohamad berkata " Kerajaan Negeri Selangor amat mengambil berat mengenai kesihatan rakyat Selangor termasuk kaum wanita. Statistik telah menunjukkan bahawa wanita berumur 35thn ke atas mempunyai risiko untuk mendapat penyakit kanser payudara. Kos untuk menjalani pemeriksaan mammogram bagi penyakit ini pula pada masa kini amat tinggi, manakala perkhidmatan pemeriksaan tersebut di hospotal-hospital kerajaan juga amat terhad".
Justeru itu, Skim Kesihatan Wanita, Mammogram Selangor atau "MammoSEL" merupakan satu lagi inisiatif Kerajaan Negeri Selangor yang amat perihatin kepada rakyat di negeri ini.

Melalui skim ini, kaum wanita akan diberikan peluang untuk menjalani pemeriksaan mamogram secara percuma.
Disamping itu, skim ini juga bertujuan untuk mendidik orang ramai agar menjadi lebih peka tentang kesihatan masing-masing memandangkan terdapat pelbagai penyakit berbahaya dan berisiko untuk dihidapi pada masa kini.
Seluruh rakyat selangor boleh mendaftarkan diri di pusat khidmat masyarakat (PKM) /Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berhampiran masing-masing untuk mendapatkan maklumat dan pemeriksaan mammogram. Di PKM DUN Tmn Templer mammogam ini akan diadakan setiap bulan pada 8hb.
Rakyat boleh hadir ke PKM Dun Tmn Templer dan insya-allah kenderaan daripada pusat kesihatan tersebut akan mengambil mereka. Pemeriksaan dan pengangkutan adalah percuma kerana kos tersebut telah di tanggung oleh Kerajaan Negeri Selangor. Oleh itu manfaatkan segala faedah -faedah yang diberikan oleh Kerajaan negeri Selangor melalui skim agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) sebaiknya, ujarnya.
Turut hadir mengimarahkan majlis qorban Pengurus PKM Dun Tmn Templer, En Kassim Packirry. Beliau juga meminta orang ramai yang hadir memastikan jika anak-anak masih tidak mendaftarkan diri sebagai pengundi diminta membuat tindakan segera sebelum 15hb Disember, 2010 memandangkan ini merupakan fasa terakhir. Para pengundi juga diminta membuat semakan tempat mengundi agar nama mereka ada dalam sistem dan mengundi disaluran dan kawasan yang tepat. Slip semakan haruslah disimpan untuk rujukan sekiranya terdapat berlaku sesuatu yang tidak diingini maka kita boleh membuat bantahan.
Jika mereka lambat mengambil tindakan untuk mendaftarkan diri sebelum 15hb Disember, 2010 sebagai pengundi mereka tidak boleh mengundi pada tahun hadapan, katanya.
"Oleh itu, saya amat berharap agar seluruh rakyat mengambil perhatian perkara ini. Jalankan tanggungjawab kita sebagai rakyat malaysia sebaiknya, ujarnya ketika ditemui dalam majlis ramah mesra warga emas sempena hari raya qorban JKKK Selayang baru".
Memilih pemimpin adalah 1 tanggungjawab kita dan ia merupakan WAJIB kepada kita untuk memilih siapakah pempimpin yang layak menerajui negara ini dengan sebaiknya dengan adil, bersih dari semua aspek berpandukan Al_Quran dan Al-Sunnah.


Editor pakatan : Khaulah Azwar






PRU 13 April tahun depan? Bersiap sedialah wahai ansaruallah

RAWANG, 22 Nov: Pilihan raya umum ke 13 (PRU 13) dijangka akan diadakan pada April 2011 serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak.

Inilah ramalan paling hangat yang dibuat sekarang ekoran keaktifan politik dan rasa keyakinan BN ekoran kemenangan berganda mereka di Parlimen Batu Sapi, Sabah dan Dun Galas, Kelantan baru-baru ini.

Semalam, Bendahari PKR, William Leong ketika berucap dalam satu majlis dekat sini juga turut meramalkan pilihan raya umum ke 13 akan diadakan April tahun depan.

"Pilihan raya umum ke-13 dijangka April tahun depan. BN nampaknya bersedia ke arah itu," katanya yang juga anggota Parlimen Selayang.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis jamuan rakyat anjuran PAS Cawangan Bandar Tasik Puteri di Puteri Central Park tengahari semalam.

Jamuan makan disedia dari lima ekor kambing yang disumbangkan oleh William sempena Aidil Adha. Kira-kira 200 penduduk Tasik Puteri menyertai jamuan itu.

Baginya, Pakatan Rakyat perlu bersedia setiap hari untuk menghadapi pilihan raya umum mulai sekarang.

"Tiap hari memang kita sedia dan bekerja untuk menghadapi pilihan raya itu," katanya.

Dalam pada itu, beliau yang baru terpilih sebagai ketua cabang PKR Selayang dalam pemilihan kali ini tetap yakin dengan sistem pemilihan dalam parti itu.

"Kita tetap yakin dengan sistem pemilihan dalam PKR. Kalau kita nakkan demokrasi, kita perjuang demokrasi dalam parti dahulu.

"Satu ahli satu undi, demokrasi memberikan hak kepada semua ahli memilih sendiri pemimpinnya," katanya.

Oleh kerana ia berlaku pertama kali dan ada lebih 9900 pemimpin yang perlu dipilih, sudah tentu ada masalah pelaksanaannnya, kata beliau.

Jemputan Kuliah Magrib bersama Tok Guru Hadi Awang.


Salam.. djemput semua sahabat muslimin dan muslimat untuk hadir bersama solat magrib dan kuliah bersama Tok guru Hadi Awang seperti berikut :-

Tarikh : 22/11/10
Tempat ; surau al ehsan casmaria, gombak
Masa : Solat maghrib berjemaah (berhampiran sek. ren. tmn selasih fasa 2)

Semoga kita bersama2 imarahkan majlis ilmu dengan manfaatkan masa untuk bersama pimpinan ulama'.iallah.
Jamuan ringan disediakan...Sebarkan sehingga didada langit...

PROGRAM JELAJAH GENERASI IDAMAN SELANGOR (GeMS) & JOM KERJA DAERAH GOMBAK


Pentadbiran Kerajaan Negeri di bawah Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor telah mengambil langkah yang proaktif dengan melaksanakan Program Jelajah Jom Kerja dan disusuli dengan Program Jelajah Generasi Idaman Selangor (GeMS), yang mana antara pengisian aktiviti GeMS ialah program Jom Kerja.

PELAKSANAAN PROGRAM

Program Jelajah Jom Kerja melibatkan Daerah Gombak akan diadakan ...pada 21 November 2010 (Ahad) yang mana Sesi Pelepasan ‘Flag Off’ peserta Program Jelajah Jom Kerja akan disempurnakan oleh YB Dr Hajah Halimah Ali, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (EXCO) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan pada jam 9.30 pagi bertempat di Pejabat Ahli Parlimen Daerah Gombak.

Tujuan Program Jelajah Jom Kerja ini diadakan adalah sebagai hebahan kepada masyarakat setempat berkenaan Program Jelajah Generasi Idaman Selangor (GeMS) dan Program Jom Kerja yang akan diadakan pada 27 November 2010 (Sabtu) bertempat di Dataran Bandar Baru Selayang – BBS berhampiran Stadium Majlis Perbandaran Selayang. Antara pengisian di dalam Program tersebut adalah seperti berikut :

a) Program Jom Kerja yang akan diadakan bermula jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang dengan mengadakan temuduga terbuka bagi mengisi kekosongan jawatan dari peringkat SPM hingga Ijazah. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menyediakan peluang kerjaya kepada masyarakat tempatan, selain itu dapat membantu syarikat – syarikat yang memerlukan pekerja khususnya ditahap kritikal dengan mendahulukan penglibatan dikalangan warga tempatan;

b) Program Motivasi Generasi Idaman Selangor – Bicara Remaja Sembang Santai dan Majlis Dialog Generasi Idaman Selangor yang melibatkan Ahli Majlis, ketua Kampung, Ketua Agama, Ketua Belia dan NGO;

c) Program Sukan Interaktif untuk remaja dan belia;

d) Program Jelajah Ilmuwan pula dilaksanakan bertujuan untuk mendekatkan Ilmuwan dengan para pelajar serta berkongsi pengalaman kejayaan mereka kepada masyarakat khususnya golongan pelajar agar dapat menjadi dorongan dan semangat kepada para pelajar dan ahli masyarakat yang hadir untuk berjaya di dalam kehidupan;

e) Manakala Program OPKIM dianjurkan adalah bertujuan untuk mendekatkan mahasiswa kepada masyarakat di samping memberi pendedahan kepada mahasiswa tentang situasi dan keadaan yang sebenar di dalam masyarakat;

f) Di bawah portfolio Pendidikan pula akan di adakan Pertandingan Mewarna melibatkan kanak – kanak di kawasan setempat; dan

g) Gerakan Menulis Perdana yang telah dilancarkan oleh DYMM Sultan Selangor pada 26 Jun 2010 bersempena Hari Ilmu Selangor.

Harapan Kerajaan Negeri, dengan terlaksananya Program Jelajah Generasi Idaman Selangor (GeMS) ini dapat merealisasikan hasrat dan inspirasi Kerajaan Negeri untuk melahirkan generasi yang berkualiti dan menjadikan Selangor Negeri Idaman, Maju dan Berkebajikan

Thursday, November 18, 2010

Pimpinan PR Yakin Pertahan Negeri Yang Dimenangi Dalam PRU-12


KUALA LUMPUR 19 NOV : Pemimpin Pakatan Rakyat yakin akan mempertahankan negeri yang dimenangi dalam PRU-12 lepas pada pilihanraya umum akan datang walaupun Tun Dr Mahathir Mohamad meramalkan Barisan Nasional (BN) akan merampas semula satu atau dua negeri daripada Pakatan Rakyat (PR).

Dalam pilihan raya umum ke-12, PR berjaya merampas Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak daripada BN dengan mengekalkan Kelantan yang kini masih diterajui PAS sejak 20 tahun lalu.

Perak tumbang ke tangan BN ekoran tindakan tiga wakil rakyat PR - dua dari PKR dan seorang pemimpin DAP keluar parti dan bertindak sebagai anggota mesra BN.

"Itu mungkin anggapan beliau (Dr Mahathir), namun Pakatan walaupun ada beberapa masalah yang berbangkit, namun kita mampu menyelesaikannya kerana kita mengamalkan prinsip yang terbuka dalam soal ini.

"Justeru kita yakin parti komponen Pakatan mempunyai daya kepimpinan yang kuat untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang," kata Naib Presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub dipetik The Malaysian Insider.

Menurut Mustaffa, selain mempertahankan empat negeri tersebut beliau yakin PR akan merampas semula Perak dan tiga buah negeri lain iaitu Negeri Sembilan, Pahang dan Terengganu dalam pilihan raya umum ke-13.

"Kita yakin untuk mempertahankan negeri-negeri yang kita menangi, malah kita yakin untuk merampas semula Perak dan juga beberapa buah negeri termasuk Negeri Sembilan, Pahang dan Terengganu.

"Sebenarnya kita tahu BN mempunyai masalah yang lebih besar sama ada masalah dalam Umno ataupun parti komponen BN yang lain. Kita juga akui Pakatan terutamanya PKR terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran... namun kita akan atasi perkara ini.

"Jadi kita yakin mampu mempertahankan negeri yang dimenangi dengan merampas semula Perak dan tiga negeri lain sebagai tambahan dalam pilihan raya umum nanti," katanya.

Dr Mahathir ketika bercakap kepada Bloomberg berkata BN berupaya untuk merampas balik satu atau dua negeri daripada PR dalam pilihan raya umum ke-13 atas alasan perikatan muda tiga komponen itu berada dalam keadaan goyah.

Bagaimanapun beliau berkata, BN kemungkinan "tidak akan mendapat majoriti dua pertiga (di Parlimen) bagi membolehkan mereka menerajui kerajaan (persekutuan) dengan majoriti selesa."

Dr Mahathir melahirkan pendirian itu di sebalik spekulasi bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Pengerusi BN kemungkinan akan memanggil pilihan raya umum pada suku pertama tahun depan.

Malah Dr Mahathir juga menyifatkan kepimpinan Najib memperlihatkan "perubahan besar" berbanding era Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Dewan Tertinggi BN akan bermesyuarat esok, dipercayai untuk merangka persediaan ke arah pilihan raya umum ke-13 dan membincangan persiapan konvensyennya pada 28 November ini.

Sumber-sumber memberitahu bahawa BN melihat bulan-bulan akan datang sebagai tempoh yang penting memandangkan perikatan tersebut akan mengambil kesempatan daripada persekitaran politik semasa khususnya dalam PR selepas Datuk Zaid Ibrahim memutuskan untuk keluar PKR.

Kejayaan BN dalam dua pilihan raya kecil serentak awal bulan ini dilihat sebagai sumber pemulihan keyakinannya bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Dalam pada itu, bagi Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, apa yang diperkatakan Dr Mahathir itu jelas menunjukkan kegelisahan beliau tentang masa depan Umno-BN pada pilihan raya umum akan datang.

"Saya rasa apa yang dikatakan Dr Mahathir itu masih lagi manifestasi daripada kebimbangan beliau terhadap masa depan Umno.

"Beliau tidak boleh menyembunyikan perasaan, jadi beliau terpaksa menyuarakannya kerana yakin BN tidak mempunyai masa depan pada pilihan raya umum akan datang," katanya.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian juga berkata, PR perlu meningkatkan prestasi bagi membuktikan kepada rakyat bahawa kerajaan pimpinan tiga parti itu dapat melakukan yang terbaik daripada BN.

"Justeru apa yang penting dalam era sekarang Pakatan harus mengekalkan prestasi dan memperkasakan program kepada rakyat,

"Ini kerana supaya rakyat dapat melihat akan perubahan prestasi yang dilakukan kerajaan pimpinan Pakatan.

"Itu yang lebih penting daripada melayan kerenah politik BN," katanya.

Sementara itu, penasihat DAP Lim Kit Siang berkata PR harus menyelesaikan setiap masalah yang berbangkit dan pada masa sama mengekalkan momentum perubahan yang dilakukan.

"Saya tidak mahu cakap banyak mengenai perkara ini, tetapi bagi saya, itu apa yang Dr Mahathir katakan.

"Bagi saya ia bergantung sama ada Pakatan dapat menyelesaikan masalah yang berlaku dan bagaimana untuk mengekalkan momentum perubahan yang dilakukan sekarang.

"Jadi saya tidak melihat apa yang dikatakan Dr Mahathir itu akan berlaku," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini beberapa kali membayangkan termasuk ketika berucap pada Perhimpunan Agung Umno 2010 bulan lalu bahawa kemungkinan pilihan raya umum tergempar akan diadakan dalam waktu terdekat ini.

Bagaimanapun BN masih berusaha untuk menyelesaikan beberapa isu utama, antaranya kes projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), persepsi berkaitan kes liwat kedua Anwar dan punca kematian misteri Teoh Beng Hock ketika disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, yang inkuirinya masih berjalan, sebelum memanggil pilihan raya umum tergempar.

Difahamkan pemimpin-pemimpin BN telah bersetuju agar isu-isu ini ditangani bersama keperluan persekitaran ekonomi meyakinkan dan kondusif diwujudkan sebelum dengan penuh yakin BN boleh membubarkan Parlimen dan memanggil pilihan raya umum ke-13.

Mandat semasa hanya akan berakhir Mei 2013.

Henti Spekulasi Zaid Masuk PAS -Hadi


KUALA LUMPUR 18 NOV: Semua pihak diminta menghentikan spekulasi bahawa Datuk Zaid Ibrahim akan menyertai PAS, kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Zaid yang keluar PKR sebelum ini membatalkan sidang media menjadualkan semula sesi bertemu pemberita di rumahnya di Petaling Jaya, pagi esok.

Memetik laporan The Malaysian Insider, Hadi berkata, Zaid sehingga kini masih belum membuat sebarang keputusan secara rasmi sama ada akan keluar PKR ataupun tidak.

Zaid belum buat keputusan untuk keluar PKR atau tidak. Jadi kita tidak tahu apa yang akan beliau lakukan, kata Hadi.

Tambahnya, saya tidak suka kalau bercakap soal kalau sahaja, kita tunggu sahaja apa keputusan yang akan dibuat Zaid nanti.

Ketika ditanya sama ada PAS akan menerima Zaid sebagai ahli PAS, Hadi bagaimanapun berkata “kita perlu tunggu sahaja keputusan Zaid nanti.

“Lagipun beliau tidak minta (masuk PAS), macam mana kita nak tahu.

“Kita tunggu sahajalah apa keputusan beliau nanti, tunggu kata putus daripada beliau dulu,” kata Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang.

PAS walaupun berhadapan dengan hubungan ‘dingin’ dengan Zaid sebelum ini tetapi menyokong dan berkempen untuk beliau ketika pilihan raya kecil Hulu Selangor April lalu.

Kelmarin, ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Datuk Husam Musa menafikan laporan yang memetiknya sebagai berkata parti itu akan menerima Zaid, bekas Pengerusi PKR sebagai anggotanya.

Husam berkata laporan Bernama yang memetik beliau berkata demikian adalah tidak tepat.

Zaid sebelum ini mengesahkan akan meninggalkan PKR tetapi belum mengemukakan notis rasmi berhubung keputusannya kepada ibu pejabat parti itu.

Beliau mengambil keputusan ini ketika tinggal sebulan lagi Pakatan Rakyat dijadual mengadakan konvensyen kedua mereka di Pulau Pinang.

Malah kata Zaid, beliau diserang bertubi-tubi hanya kerana meminta agar diadakan pemilihan yang bersih dan adil.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu pada 8 November lepas mengumumkan keputusannya untuk menarik diri daripada bertanding selain melepaskan semua jawatannya dalam parti itu.

Wednesday, November 17, 2010

Hari Raya Qorban menyatukan Hati rakyat


Bt. Caves- Semua umat islam seluruh dunia menyambut hari raya aidil adha dengan suasana sederhana tetapi dengan penuh kesyukuran pada hari ini dengan melakukan solat sunat aidil adha dan melakukan kerja gotong-royong menyembelih lembu, kambing dan kerbau.
Turut hadir dalam majlis penyembelihan Y.B Amiruddin Shari, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves bersama isterinya Pn. Masdiana Mohamad dan anak-anaknya .
Amiruddin yang telah ditemui selepas melakukan kerja gotong-royong bersama rakyat berkata "Alhamdulilah sambutan hari raya aidil adha disambut dengan kesyukuran. Terdapat berbagai peringkat umur telah turun padang untuk melakukan kerja-kerja penyembelihan".
Apa yang saya lihat, didapati bukan golongan warga emas sahaja membanting tulang untuk melakukan penyembelihan tetapi terdapat berbagai golongan seperti mat rempit juga tidak ketinggalan untuk membantu melakukan kerja -kerja penyembelihan ini.
Anak-anak kecil juga turut hadirkan diri dalam majlis Qorban dengan diiringi oleh ahli keluarga mereka. Kehadiran mereka daripada kecil ini amat digalakkan kerana memberi pendedahan kepada mereka mengenai penyembelihan qorban .
Dengan kehadiran anak-anak remaja, mat -mat rempit dalam majlis qorban ini, mereka diberi peluang untuk mempelajari melakukan penyembelihan cara yang betul, katanya.
Menurutnya lagi didapati 60 ekor lembu telah ditumbangkan di 4 buah masjid di sekitar DUN Batu Caves dan beberapa buah surau.
"Semoga ibadah Qorban yang dilakukan setiap tahun ini sedikit sebanyak akan memberi kesedaran kepada hati dan nurani kepada semua umat islam jika dihayati peristiwa Nabi Ibrahim a.s serta anaknya ismail apabila perintah ALLAH swt kepadanya untuk menyembelih anaknya".
"Walaupun dalam keberatan untuk melakukannya namun atas perintah ALLAH swt maka Nabi Ibrahim dan anaknya menerima dengan redha. Akhirnya anak yang hendak disembelih telah digantikan dengan kibas".
Disini kita juga dituntut untuk melakukan pengorbanan samaada korbankan masa, diri, buah fikiran kepada negara dan perjuangan Islam yang syumul. Semoga kita tidak berkira-kira untuk melakukan pengorbanan untuk ALLAH swt dalam menegakkan syiar ISLAM.
Selain daripada itu, dengan adanya majlis gotong-royong di masjid ianya memberi peluang dan ruang kepada rakyat non-muslim juga untuk mendalami islam lebih dekat lagi malahan hubungan terjalin tanpa mengira bangsa, agama mahupun pemahaman politik yang berbeza.
Menurut Amiruddin, Masjid bukan sahaja tempat untuk beribadah semata-mata tetapi merupakan pusat yang sangat sesuai digunakan dengan mengadakan berbagai aktiviti tanpa mengira umur. Malahan kita amat menggalakkan agar anak-anak diperingkat sekolah rendah lagi bermesra dengan masjid."
Untuk mencapai matlamat tersebut maka pihak pengurusan masjid seharusnya memainkan peranan yang penting dengan mewujudkan suasana ibadah yang menyeronokkan, samada dengan mewujudkan padang permainan di masjid dan hidupkan berbagai program seperti fardhu ain, kelas pengajian Al-Quran dan sebagainya agar masjid tidak sepi selepas berlalunya bulan ramadhan.
Jika kemudahan ini disediakan dan masjid diimarahkan dengan berbagai aktiviti , saya yakin, masjid yang besar tidak sepi daripada kunjungan rakyat.
Malahan anak-anak remaja ini tidak akan membuangkan masa mereka dengan melibatkan aktiviti yang tidak berfaedah. Dengan adanya pusat riadah berhampiran masjid sekali gus anak-anak ini diingatkan dengan melakukan solat selepas riadah.
Amat sesuailah jika apa yang diwawarkan oleh Y.B. Dato' Dr Hassan Mohamad Ali, Exco Kerajaan Negeri Selangor "Masjid Sebagai Wahana Tranformasi Masyarakat”, ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi Surau Tmn Selayang, En Roslan melahrikan kesyukurannya kerana setiap tahun surau Tmn Selayang tidak ketinggalan melakukan aktiviti gotong-royong penyembelihan lembu.
Alhamdulilah didapati 7 ekor lembu telah ditumbangkan dan semua penduduk sekitar disini sentiasa memberi kerjasama tanpa mengira parti.
Hasil penyembelihan ini insya-ALLAH akan diagih-agihkan kepada semua penduduk disini dan fakir miskin.
Pihak pengurusan surau juga menyediakan jamuan dengan memasak sup dan kari lembu untuk diberi makan kepada semua yang hadir, ujarnya.



Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI