Sunday, November 21, 2010

Kempen 1 Juta Wanita Selangor Sihat & Daftar Pemilih

Tmn Templer - Walaupun Hari Raya Qorban telah berlalu namun aktiviti qorban dan akikah masih diteruskan dibeberapa kawasan degan tujuan untuk meraikan fakir miskin dan mengeratkan silaturrahim sesama insan.
Menurut Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Taman Templer, Tn Hj. Mohamad Abdul Rahman "PKM DUN Tmn Templer dengan ikhlas hati untuk memberi 8 ekor lembu untuk diedarkan dikawasan yang memerlukan bantuan atau golongan fakir miskin, alhamdulilah baru-baru ini telah diadakan majlis qorban bersama rakyat di Tmn Templer".
2 Ekor lembu telah dikorbankan hasil daripada PKM dan 1 ekor daripada penduduk untuk mengimarahkan suasasana raya qorban. Majlis tersebut diadakan juga jamuan ringan bagi meraikan rakyat yang hadir, katanya.
Selain daripada itu, pihak PKM juga telah membuka kaunter Kempen 1 Juta Wanita Selangor Sihat MAMMOGRAM SEL anjuran Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita Negeri Selangor. Dan diadakan kempen Daftar Pemilih (SPR) untuk memberi peluang kepada rakyat agar mendaftarkan diri sebagai pengundi.
Tn Hj Mohamad berkata " Kerajaan Negeri Selangor amat mengambil berat mengenai kesihatan rakyat Selangor termasuk kaum wanita. Statistik telah menunjukkan bahawa wanita berumur 35thn ke atas mempunyai risiko untuk mendapat penyakit kanser payudara. Kos untuk menjalani pemeriksaan mammogram bagi penyakit ini pula pada masa kini amat tinggi, manakala perkhidmatan pemeriksaan tersebut di hospotal-hospital kerajaan juga amat terhad".
Justeru itu, Skim Kesihatan Wanita, Mammogram Selangor atau "MammoSEL" merupakan satu lagi inisiatif Kerajaan Negeri Selangor yang amat perihatin kepada rakyat di negeri ini.

Melalui skim ini, kaum wanita akan diberikan peluang untuk menjalani pemeriksaan mamogram secara percuma.
Disamping itu, skim ini juga bertujuan untuk mendidik orang ramai agar menjadi lebih peka tentang kesihatan masing-masing memandangkan terdapat pelbagai penyakit berbahaya dan berisiko untuk dihidapi pada masa kini.
Seluruh rakyat selangor boleh mendaftarkan diri di pusat khidmat masyarakat (PKM) /Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berhampiran masing-masing untuk mendapatkan maklumat dan pemeriksaan mammogram. Di PKM DUN Tmn Templer mammogam ini akan diadakan setiap bulan pada 8hb.
Rakyat boleh hadir ke PKM Dun Tmn Templer dan insya-allah kenderaan daripada pusat kesihatan tersebut akan mengambil mereka. Pemeriksaan dan pengangkutan adalah percuma kerana kos tersebut telah di tanggung oleh Kerajaan Negeri Selangor. Oleh itu manfaatkan segala faedah -faedah yang diberikan oleh Kerajaan negeri Selangor melalui skim agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) sebaiknya, ujarnya.
Turut hadir mengimarahkan majlis qorban Pengurus PKM Dun Tmn Templer, En Kassim Packirry. Beliau juga meminta orang ramai yang hadir memastikan jika anak-anak masih tidak mendaftarkan diri sebagai pengundi diminta membuat tindakan segera sebelum 15hb Disember, 2010 memandangkan ini merupakan fasa terakhir. Para pengundi juga diminta membuat semakan tempat mengundi agar nama mereka ada dalam sistem dan mengundi disaluran dan kawasan yang tepat. Slip semakan haruslah disimpan untuk rujukan sekiranya terdapat berlaku sesuatu yang tidak diingini maka kita boleh membuat bantahan.
Jika mereka lambat mengambil tindakan untuk mendaftarkan diri sebelum 15hb Disember, 2010 sebagai pengundi mereka tidak boleh mengundi pada tahun hadapan, katanya.
"Oleh itu, saya amat berharap agar seluruh rakyat mengambil perhatian perkara ini. Jalankan tanggungjawab kita sebagai rakyat malaysia sebaiknya, ujarnya ketika ditemui dalam majlis ramah mesra warga emas sempena hari raya qorban JKKK Selayang baru".
Memilih pemimpin adalah 1 tanggungjawab kita dan ia merupakan WAJIB kepada kita untuk memilih siapakah pempimpin yang layak menerajui negara ini dengan sebaiknya dengan adil, bersih dari semua aspek berpandukan Al_Quran dan Al-Sunnah.


Editor pakatan : Khaulah Azwar






No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI