Thursday, April 9, 2009

ALHAMDULILAH KEMENANGAN ISLAM-SELESAI MISI TRIPLE (B),Bkt gantang,BKT Selambau, Btg Ai








ALHAMDULILAH SEGALA PUJIAN MILIK ALLAH YG TELAH MENGATUR SEGALA PERANCANGAN & GERAKKERJA, MENGIRIM ANSARUALLAH BG MEMBANTU & MENYEBARKAN DAKWAH DI BUMI PERAK...


p/s : Syukran buat semua sahabat sahabiah yg bertungkus lumus memerahkan segala tenaga, meluangkan masa dan buah fikiran bg membantu pilihan raya kecil di Perak. Buat shbt-sahabiah yg tida hadir ttp tidak putus2 mendoakan kami semua syukran atas segala nya.. TAKBIR!!!!

Congratulation and condolence!
Felicitación y condolencia !(in Spain).
Kutlama ve başsağlığı! (in Turkish)
Selesai sudah misi Triple B (Bukit gantang, Bukit Selambau, dan Batang Ai). Akhirnya referendum rakyat berbicara. Rakyat menyatakan sokongan dengan majoriti yang lebih tinggi di ketiga-tiga lokasi ini. Perlu proses post mortem melihat kemenangan dan kekalahan ini. Keputusan akhir pilihanraya triple B ialah Pakatan Rakyat 2- Barisan Nasional 1. Tahniah kepada YB yang menang. Yang Berhormat, Yang Berkerja, Yang Beramanah, Yang Beretika dan lain-lain sifat YB yang positif.
Dapatkan keputusan penuh di bawah.










TAKBIR!!!! ALLAHUAKHBAR.. Tingkatkat segala usaha utk Mengekalkan KEMENANGAN ISLAM, MASIH BANYAK LAGI KERJA2 YG HENDAK KITA PERBAIKI & DILAKUKAN DGN LEBIH BAIK & MANTAP.

ENAM PERKARA TERAS AKIDAH ISLAM






Assalamualaikum, Dalam menjelaskan akidah Islamiah yang sebenar maka mestilah bersumber dari Kitabullah dan Sunah Rasulullah. Imam Muslim telah meriwayatkan satu hadis bahawa malaikat Jibril telah bertanya kepada Nabi Muhammad saw beberapa perkara supaya baginda menjawab dan dapat diketahui oleh para sahabat. Antaranya ialah tentang keimanan, lalu baginda menjawab:
الإيمان أن تؤمن بالله وملائكته وكتبه ورسله واليوم الآخر وتؤمن بالقدر خيره وشره Maknanya: Iman adalah beriman dengan Allah, para malaikat, kitab-kitab-Nya, para rasul-Nya, hari akhirat dan beriman dengan qadar baik dan buruknya.


1- BERIMAN DENGAN ALLAH - Beriman dengan Allah ialah meyakini bahawa Dia ada/wujud dan kewujudan-Nya tiada permulaan dan pengakhiran, firman-Nya yang berbunyi:
هو الأول والآخرMaknanya: Dia Yang Awal (Yang tiada permulaan) dan Yang Akhir(tiada pengakhiran) (Hadid:3) Dan wajib meyakini bahawa Allah Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya, firman-Nya yang berbunyi:
وإلهكم إله واحدMaknanya: Dan Tuhan kamu adalah Tuhan Yang Esa.(al Baqarah:26) Dan wajib meyakini bahawa Allah tidak berhajat pada yang lain dari makhluk-Nya, Dia yang mencipta semua makhluk, Dia yang mencipta arasy dan tidak berhajat kepadanya, bukan seperti akidah sesat lagi kufur golongan Wahhabiah yang meyakini bahawa arasy itu adalah tempat bagi Allah. Firman-Nya yang berbunyi:
ف إن الله غني عن العالميMaknanya: Maka sesungguhnya Allah tidak berhajat pada sesuatu pun(al Imran: 97)Dan wajib meyakini bahawa Allah tidak akan sekali-kali menyamai makhluk-Nya, tidak bertempat, berarah, tidak beranggota, tiada bagi-Nya mata, telinga, kaki dan selainnya dari anggota-anggota makhluk. Ini bercanggah dengan pegangan orang bukan Islam seperti Wahhabi misalnya yang meyakini bahawa Allah beranggota. Firman Allah berbunyi:
ليس كمثله شيءMaknanya: Tiada sesuatu pun yang menyerupai-Nya (al Syura:11)Dan wajib meyakini bahawa Allah Maha Berkuasa (Qodir) ke atas setiap sesuatu, tidak ada sesuatu yang di langit dan di bumi dapat melemahkan dan menghalang-Nya, firman-Nya yang berbunyi:
وهو على كل شيء قــديــــرMaknanya: Dan Dia Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu (al Mulk: 1)Dan wajib meyakini bahawa Allah melakukan apa yang dikehendaki oleh-Nya, firman-Nya yang berbunyi:
وما تشآؤن إلا أن يشآء اللهMaknanya: Kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu, kecuali apabila ia dikehendaki oleh Allah (al kausar:29)Dan Allah Maha mengetahui semua benda, ilmu-Nya meliputi semua benda, tiada sesuatu pun yang dapat lari dari pengetahuan Allah. Friman-Nya yang berbunyi:
وهو بكل شيء عليمMaknanya: Dialah Yang Maha Mengetahui segala sesuatu (Hadid:3)Dan wajib meyakini bahawa Allah Maha Hidup dan tidak akan mati, firman-Nya yang berbunyi:
وتوكل على الحي الذي لا يموتMaknanya: Dan bertawakallah engkau kepada Allah Tyhan Yang Hidup, Yang tidak mati.(al Furqan: 58)Dan meyakini bahawa Allah Maha Mendengar dan Maha melihat tanpa ada penyamaan dengan makhluk, firman Allah:
Dialah Yang Maha mendengar dan Maha Melihat(al syura:11)Dan wajib meyakini bahawa Allah berkata-kata(kalam), firman-Nya yang berbunyi:
وكلم لله موسى تكليماًMaknanya: Allah berkata-kata kepada Musa dengan kata-kata. (al Nisa’:164)Inilah diantara perkara-perkara yang berkaitan dengan Tuhan kita yang wajib kitab beriman dengannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, tidak diliputi oleh tempat dan tidak dilalui oleh masa, inilah ijmak para ilmuan Islam seperti yang dinukilkan oleh Imam al Baghdadi dalam kitabnya Al Farqu baainal Firoq.2- BERIMAN DENGAN PARA MALAIKATWajib beriman dan mempercayai pada kewujudan para malaikat yang mulia. Mereka adalah makhluk Allah yang dicipta dari cahaya. Nabi bersabda:
خلق الله الملائكة من نورMaknanya: Allah mencipta para malaikat dari cahaya. (Muslim)Telah berkata Saed bin al Musayyab:
إن الملائكة لا يتوالدون ولا يأكلون ولا يشربون ولا ينامون وأنهم ليسوا ذكوراً ولا إناثاًMaknanya: Sesungguhnya para malaikat tidak beranak, tidak makan dan minum, tidak tidur,mereka bukanlah lelaki dan perempuan Para malikat adalah makhluk Allah yang sentiasa mentaati perintah-Nya dan tidak akan sekali-kali melawan-Nya. Firman Allah yang berbunyi:
لا يعصون الله ما أمرهم ويفعلون ما يؤمرونMaknanya:Mereka (malaikat)tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. (Tahrim:6)


Ada seperkara lagi yang ingin dijelaskan di sini ialah peristiwa dongen yang mengatakan bahawa Harut dan Marut diuji dengan seorang wanita yang bernama al Zahrah kemudia terpedaya dengannya. Sesungguhnya peristiwa ini tidak benar dan tidak boleh dijadikan hujah dalam perkara-perkara akidah.


3- BERIMAN DENGAN KITAB-KITAB SAMAWIYYAH- Wajib meyakini bahawa kitab-kitab yang diturunkan oleh Allah ke atas para rasul-Nya melalui malaikat jibril. Semua kitab-kitab tersebut adalah benar dan sesuai pada setiap umat, padanya syariat-syariat yang menjelaskan suruhan-suruhan Allah yang mesti dipatuhi. Diantara kitab-kitab-Nya yang masyhur ialah al Quran, Injil, Taurat dan Zabur. Dan mesti kita beriman bahawa kalam Allah bukan dari karangan Jibril, dan juga bukan dari karangan nabi Muhammad, Isa, Musa alaihimussalam. Manakala kitab-kitab Allah yang diturunkan ke atas para utusan-Nya itu adalah ibarah yang menunjuk pada zat kalam Allah yang azali dan abadiPeringatan: Boleh dikatakan kitab samawi yang bermaksud kitab-kitab yang diturun dari langit, manakala kalimah agama-agama langit (adyan samawiyyah) adalah tidak boleh kerana agama langit yangh diterima oleh Allah hanya satu sahaja iaitu agama Islam.


4- BERIMAN DENGAN PARA RASUL- Wajib beriman dengan utusan Allah, sama ada dari kalangan rasul maupun nabi. Sesungguhnya para rasul membawa syariat yang memansukkan syariat yang sebelumnya atau membawa syariat yang baru, manakala para nabi yang bukan rasul adalah yang diwayhukan kepadanya untuk mengikut syariat yang sebelumnya. Jadi kedua-duanya iaitu nabi dan rasul diwahyukan kepadanya dan disuruh menyampaikan seruan wahyu itu. Dan nabi itu bukanlah dimaksudkan dengan orang yang diturun kepadanya wahyu dan tidak perlu disampaikan pada org lain, definisi ini adalah salah. Semua para nabi dan rasul beragama satu iaitu Islam. Para nabi dan rasul wajib mempunyai beberapa sifat iaitu benar, cerdik, berani. Mustahil mereka memiliki sifat menipu, khianat, melakukan perbuatan-perbuatan hina, bodoh, penakut. Meraka juga maksum(terpelihara) dari kekufuran dan dosa besar dan perbuatan-perbuatn hina sama ada sebelum kenabian mereka atau selepasnya. Inilah pegangan Islam dan akidah Ahli sunnah Wal jamaah, dan ini bercanggah dengan ajaran songsang HIZBU TAHRIR yang mengatakan bahawa Nabi tidak maksum sebelum kenabiannya..Subhnallah.
5- BERIMAN DENGAN HARI AKHIRAT- Wajib meyakini kebenaran hari akhirat, iaitu Allah Taala akan membangkitkan orang-orang yang di dalam kubur. Nabi kita telah menceritakan beberapa perkara yang berlaku pada manusia selepas kematian iaitu’ azab kubur, mizan, neraka, titian,kolam, syafaat, syurga, melihat Allah di akhirat kelak, berbeza dengan pandangan songsang Muktazilah yang bercanggah dengan Ahli sunnah yang menafikan ru'yah (melihat)Allah di akhirat kelak.






6- BERIMAN DENGAN QODAR - Wajib meyakini bahawa setiap yang baik dan buruk itu adalah dengan taqdir, kehendak dan ilmu Allah subhanahu wataala. Maka setiap perbuatan baik manusia adalah dengan takdir Allah dan Allah meredhai sedemikian, manakala perbuatan manusia yang buruk juga dengan takdir Allah tetapi Dia tidak meredhainya. Ini bertentangan dengan ajaran songsang HIZBU TAHRIR yang mengatakan bahawa perbuatan manusia itu tiada kaitan dengan takdir Allah kerana manusia itu sendiri yang mencipta perbuatannya. Ini adalah satu kekufuran yang mana ianya berasal dari akidah songsang golongan muktazilah.Moga-moga dengan akidah yang sebenar ini kita akan digolongkan di kalangan mereka yang diredhai oleh Allah dan dijauhi dari ajaran-ajaran songsang yang bercanggah dengan Islam seperti yang dinyatakan di atas tadi.waallahhualam.. Wallahamdulillahirobbil alamin

MENGHIDUPKAN MANHAJ NABAWIYYAH DAN MENGHAPUSKAN MANHAJ SYAITONIYYAH

Ditulis dan disediakan oleh: Ustaz Ahmad faidzurrahim Hj Mohd Alwi .
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih

Ahli Sunnah bererti mereka yang berpegang dengan apa yang dipegangi oleh Rasulullah dan para sahabatnya. Manakala Al Jamaah bermaksud jamaah muslimin yakni mejoriti umat Islam yang bermula dari zaman Nabi Muhammad saw hingga ke zaman ini. Semuannya berpegang dengan tauhid dalam mengesakan Allah, yakni tidak menyamakan Allah dengan setiap makhluk. Mereka mengisbatkan bagi Allah sifat-sifat yang menunjukkan kesempurnaan-Nya serta layak bagi-Nya seperti yang dinyatakan oleh para ulamak, sifat tersebut dikenali dengan sifat 13 iaitu:

الوجود والقدم والبقاء والمخالفة للحوادث والوحدانية والقدرة والإرادة والسمع والبصر والكلام والقيام بالنفس
Semua sifat-sifat ini telah diketahui dan diyakini oleh semua umat Islam bermula dari generasi para sahabat dan generasi terkemudian sehingga ke dewasa ini.

Di zaman pemerintahan khalifah Al Abbasi ada seorang hamba Allah yang amat terkenal dengan kealimannya, baik, solih, bertaqwa dan berani. Beliau digelar dengan sultan Solahuddin al Ayyubi. Beliau telah menghafal al Quran dan alim dalam ilmu feqah sehingga beliau berjaya menghafal salah satu kitab fekah mazhab Syafie yang masyhur iaitu kitab al Tanbih, begitu juga beliau berjaya menghafal kitab al Hamasah. Beliau selalu menghadiri majlis-majlis ilmu hadis yang menggunakan kaedah cara ulamak-ulamak terdahulu. Beliau juga sentiasa menjaga dan mengambil berat terhadap pengajian ilmu akidah. Di zaman beliau ada seorang ulamak yang bernama Muhammad bin Hibatillah al Barmaki. Orang alim ini telah mengarang satu kitab yang isi kandungnya berbentuk syair yang menjelaskan manhaj dan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti Maha Suci Allah dari tempat, anggota, arah, mengisbatkan sifat kalam bagi Allah yang mana kalam-Nya bukan dengan huruf, suara dan bahasa. Imam Hibatullah al Barmaki ini telah menunjukkan kitabnya itu kepada Sultan Solahudin al Ayubi lalu Sultan Solahudin amat kagum dengan kitab tersebut sehingga beliau telah mengeluarkan arahan supaya isi kandung kitab tersebut menjadi sukatan pembelajaran bagi kanak-kanak yang belum baligh (Sibyan) dan juga pada sekolah-sekolah lama (al Kuttab) dalam pembalajaran ilmu akidah. Beliau juga mengeluarkan arahan agar syair akidah tersebut dibaca di atas mimbar-mimbar masjid sebelum azan solat subuh kerana zaman dahulu sudah menjadi kebiasaan umat Islam bangun sebelum fajar dan berqiamulail sehingga mereka menunggu ketibaan waktu subuh.
Di antara isi kandung buku tersebut yang menjelaskan akidah Islam ialah:
وصانـع العالـم لا يحـويـه ,,, قطر تعالى الله عـن تشبيـه قد كـان موجـودا ولا مكانـا ,,, وحكمه الآن علـى مـا كانـا سبحانـه جـل عـن المكـان ,,,, وعـزّ عـن تغيـر الزمـان
Maknanya: Yang Pencipta(Allah) alam tidak diliputi oleh arah dan tempat, maha suci Allah dari peneyerupaan, Allah itu ada abadi dan tidak ada tempat bagi-Nya, dan keputusan bahawa keberadaan-Nya sekarang sebagaimana Dia dahulu iaitu tanpa tempat, Maha Suci Allah dari tempat dan zaman.
Kisah ini diriwayatkan oleh Imam al Suyuti dalam kitabnya AlWasaeil ila Musamaratil Awaeil.
Sesungguhnya syair ini menunjukkan bahawa Allah Subhanahu Wataala yang mencipta alam ini tidak akan berubah-ubah dari satu keadaan kepada keadaan yang lain kerana Dia tidak sekali-kali menyamai makhluk. Firman-Nya yang berbunyi:
ليس كمثله شئ وهو السميع البصير
Maknanya: Tiada sesuatu pun yang menyerupai-Nya dan Dia Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat (al Syura: 11)
Dan pegangan ini juga selari dengan sabda baginda Nabi Muhammad:
كان الله ولم يكن شئ غيره
Maknanya: “Sesungguhnya Allah sediakala (ada-Nya tanpa pemulaan), kewujudan-Nya tanpa ada sesuatu pun di samping-Nya”. (Hadis riwayat al Bukhari, al Baihaqi dan Ibnu Jarud)
Ini menjadi bukti bahawa Allah adalah wujud tanpa tempat dan arah, dan akidah ini sangat berbeza dengan ajaran songsang golongan al Musyabbiha moden iaitu Wahhabiah
Maka pegangan Ahli Sunnah adalah pegangan jumhur umah (mejoriti umat Islam) dalam beriman dengan enam perkara seperti yang dikhabarkan oleh junjungan besar Nabi Muhamad:
الإيمان أن تؤمن بالله وملائكته وكتبه ورسله واليوم الآخر وتؤمن بالقدر خيره وشره
Maknanya: Iman adalah beriman dengan Allah, para malaikat, kitab-kitab-Nya, para rasul-Nya, hari akhirat dan beriman dengan qadar baik dan buruknya.(Hadis riwayat Imam Muslim)
Jadi sesiapa yang tidak beriman dengan enam-enam perkara ini maka dia tidak dikira sebagai muslim. Ini juga bercanggah dengan ajaran songsang Hizbu Tahrir yang tidak beriman dengan qadar Allah.
Sesungguhnya sebaik-baik generasi umat Islam adalah mereka yang hidup di kurun yang ketiga, dan ini telah dikhabarkan oleh Nabi kita Muhammad Sallahu alaihi wasallam:
خير الناس قرني ثم الذين يلونهم ثم الذين يلونهم
Maknanya: Sebaik-baik manusia ialah manusia yang berada pada kurunku, kemudian kurun yang sesudah mereka, kemudian kurun yang sesudah mereka. (Disahkan hadis ini oleh Imam al Bukhari, Muslim, Ahmad al Baihaqi dan Ibnu Majah)
Al Qurun pada hadis tersebut bermaksud seratus tahun seperti yang dinyatakan oleh al Hafiz Abu al Qosim Ibnu Asakir dan juga selainnya. Generasi ini juga yang dimaksudkan oleh sabda baginda, iaitu:
:"أوصيكم بأصحابي ثم الذين يلونهم ثم الذين يلونهم
Maknanya: Aku berpesan kepada kamu supaya mengikut pegangan para sahabatku, kemudian generasi sesudah mereka, kemudian generasi sesudah mereka.
Sehinggalah baginda bersabda:
عليكم بالجماعة وإياكم والفرقة فإن الشيطان مع الواحد وهو من الاثنين أبعد، فمن أراد بُحبُوحة الجنة فليلزم الجماعةَ
Maknanya: Hendaklah kamu semua berpegang dengan jamaah dan jangan sekali-kali berpecah belah, sesungguhnya syaitan itu bersama yang seseorang dan dia akan menjauhi orang yang berdua, barangsiapa yang inginkan kelapangan di syurga maka mestilah dia melazimi jamaah. (Hadis ini disahkan oleh Imam al Hakim, dan dihukum oleh Imam Tirmizi sebagai hasan sahih.
Dan generasi ini juga yang dimaksudkan oleh Nabi kita Muhammad:
وإن هذه الملة ستفترق على ثلاث وسبعين، ثنتان وسبعون في النار وواحدة في الجنة وهي الجماعة".
Maknanya: Sesungguhnya dalam agama ini akan berpecah kepada 73 golongan, 72 darinya akan masuk neraka dan satu darinya akan masuk syurga iaitu al Jamaah
Kalimah Al Jamaah yang dimaksudakan dalam hadis tersebut ialah al Sawad al A’zom iaitu mejoriti umat Islam, bukanlah makna al Jamaah tersebut adalah solat jamaah seperti tanggapan sebahagian orang awam yang jahil dan juga mereka yang mendakwa sebagai ulamak tetapi pada hakikatnya mereka bukanlah ulamak yang sebenar.
Selepas 220 tahun H telah muncul dan tersebar ajaran-ajaran sesat lagi kufur seperti ajaran yang dibawa oleh Muktazilah dan selainnya, lalu telah bangkit dua orang ulamak yang hebat membenteras ajaran tersebut. Dua ulamak tersebut adalah Imam Abu hasan al Asyari dan Abu Mansur al Maturidi. Mereka berdua telah menjelaskan ajaran sebenar Ahli Sunnah yang mana iannya adalah pegangan para sahabat. Mereka berdua menggunakan hujah al Quran dan hadis serta hujah akal bagi menentang golongan Muktazilah misalannya. Golongan Muktazilah ini pula j berpecah kepada 20 golongan, lalu kedua ulamak tersebut menentang setiap golongan tersebut. Maka umat Islam menyandarkan kedua-dua ulamak tersebut kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah, kerana itulah jika disebut Ahli Sunnah Wal Jamaah maka yang dimaksudkan dengan mereka adalah al Asyariyyun (para pengikut Imam Abu Hasan al Asyari), dan al Maturidiyyun (para pengikut Imam Abu Mansur al Maturidi), seperti yang disebut oleh Imam al Hafiz Al Zabidi dalam kitabnya Ithaf Sadatil Muttaqin. Generasi yang dimaksudkan di sini ialah ahlu Salaf atau Salafiyah atau Salafiyyun.
Kita Umat Islam wajib dan mesti menjaga dan mengambil berat dengan pembelajaran ilmu agama yang dibawa oleh golongan yang terselamat ini iaitu Ahli Sunnah Wal Jamaah, dan ilmu yang paling tinggi dan mulia sekali kedudukannya ialah ilmu akidah/tauhid/usuluddin kerana ianya menjelaskan asas-asas agama. Ilmu ini juga dinamakan oleh Imam Abu Hanifah dengan ilmu al Fikah al Akbar. Alangkah beruntungnya mereka yang menekan dan menyebukkan diri mereka dengan ilmu tauhid ini, bukan seperti golongan songsang Hizbu Tahrir yang hanya menyebukkan diri mereka dengan kebangkitan khalifah sahaja sehingga begitu jahil dengan ilmu akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah ini disebabkan ketidaksibukan mereka padanya.
Walhamdulillahi Robbil Alamin

Wednesday, April 1, 2009

Kenangan indah bersama TEMAN SEPERJUANGAN PENAMAAN CALON..BUKIT GANTANG..YA-ALLAH KAU MENENTUKAN SEGALANYA


28/3/2009..alhamdulilah bersyukur kehadarat ILAHI, krn diberi peluang utk meneruskan pena ini utk dititipkan buat semua shbt-sahabiah.. erm..insya-ALLAH esok 29/3/2009 ana dan sahabiah NISA Gombak akan bertolak ke perak utk menjalankan tugasan kami sebagai ansaruallah (Penolong Agama ALLAH).. ana berada di rumah generasi 12am utk berkumpul dgn adk2 nisa.. sebenarnya ada 1 kete yang akan dianggotai oleh (Eifa, Hidayah), Fazilah, tetapi mereka tak dapat pergi kerana ada hal yg tak dpt dielakkan.Walapun shbt kami tak dpt bersama esok insya-ALLAH tak akan mematahkan semangat kami utk teruskan perjuangan ini, semoga perjalanan kami dilindungi lembahyung rahmat ALLAH swt & jika ada pahala yg kami lakukan ini maka disedekahkan pd kedua org tuaku pd arwah abah yang telah pulang kerahmatuallah.. Alfateha..semoga rohnya ditempatkan dlm golongan org2 beriman dan beramal soleh. Erm.. ana drive sampaile ke Taiping Jam 8:30am..ana kejarkan masa krn hari penamaan akan bermula 9am.. setiba disana terkapai2 kami ingin mencari muslimat gombak, erm.. ya-ALLAH terkepit dgn semua org yg berbilang bangsa dan agama.. yg begitu ramai adalah yg terdiri dpd PKR..alhamdulilah.. syukur dipanjat kehadarat ILAHI akhirnya kami sampai dan berada di Bumi Bukit Gantang utk kibarkan bendera..


Memang ana benar2 rasa bersemangat apabila melihat kibaran bendera & begitu ramai penyokong cina, india turut bersama kita.. SMS tidak henti2 masuk kiriman shbt2.. dan keluarga.. ana ajak Nida, Marjan menuju kehadapan, selangkah kehdapan asyik bertembung dgn shbt2 lain(Gombak, H,Klang, dan shbt2 yg terdiri dpd kenalan di Terengganu).. huhu ana rasa tempat penaman ini tlh dikonker oleh PKR.. manakala Pihak BN kami lihat tidak begitu ramai, dimana mereka pergi..berbagai persoalan yg bermain di benak fikiranku,... seolah ada strategi baru..huhu... sementara pengumuman sapa yg layak bertanding maka ada le lori PAS.. canggih masuk. ana suka tgk Banting tu.. "TAK KEBULUQ PD UMNO/BN" so,,kami berhenti duk sini.. sementara tunggu pengumuman mereka pun bagi peluang semua penyokong utk berucap.. tak kira Melayu, Cina, India.. wah mengalahkan YB,..


Slh seorg p,cik yg petah bercakap isu politik.. ana betul2 kagum dgh dirinya inilah foto p.cik tu

kita jgn bagi peluang pd BN yg telah bnyk merosakkan anak bangsa, 50thn Negara kita Merdeka, ttp kemerdekaan sebenarnya tidak kita kecapi.. anak2 generasi muda semakin sedar pimpinan UMNO kini tidak layak menyeterajui Negara kita.. arrh,.. mcm2 yg dia mainkan isu di tapak penamaan calon... TAHNIAH p.cik... 12tgh.. TINg-TING... YB Dato'Ir Nizar diumumkan bertanding dan beberapa nama PKR jg diumumkan.. Takbir bergema, lagu2..nasyid ISLAM bergema,.. mengutuhkan semangat kami lagi... kami tersekat di tapak penamaan.. selama 2jam.. hampir 3ptg baru kami dpt keluar dan kami terus ke MTD utk lapurkan diri.. panas terik... membakar diri, & semagat kami tak pernah luntur.. kami tersesat cari tempat ni... tp alhamdulilah dgn bantuan beberapa org akhirnya sampai jg.. slps tu kami bertolak ke UPU bukit gantang.. jam hampir 6:30ptg.. ana dan shbt2 siapkan diri.. kepala ana mula kena migrane.. huhu.. mcm2 le kena..betul2 tarbiyah ALLAH.. alhamduliah ada shbt2.. bantu urutkan ana.. syukran pd anak didik KRIS ana munirah.. pandai dia redakan sakit ana...


7:30 ptg.. kami solat berjemaah, & dengar kuliah magrib,..slps tu taklimat tugasan..9:30am.. mengenali shbt2 baru.. ukhwwah fillah terputik.. shbt KKI (KRIS) jg ada.. 5org.. adik baru yg perlu didik utk tugasan jemaah.. erm.. moga kalian termasuk dlm golongan istiqamah dlm menjalankan segala tugasan ini dgn baik.. insya-ALLLAH... 12mlm.. illaliqa.. kumpulkan tenaga.. utk mula tugasan esoknya..


Qiam bersama shbt.. dan kuliah subuh, sbg suntikan santapan rohani.. alhamdulilah dimana saja berada shbt2 tidak jemu berkongsi ILMU mengupgradekan iman kita yg kdgkala naik & turun.. 9:30am mula bertolak ke Pusat MTD, Sg tinggi.. so ana dan muslimat lain berada disini utk siapkan semua kerja2 p.raya sebelum bergerak merayu UNDI.. erm.. disini ana tarbiyahkan adk baru ana.. .. terketar jg nak ajar dirinya.. tp kuatkan semangat,nak kena lindungkan shbt2 lain.. erm.. adkku eida..(Bila bertemu, berkasih syg krn ALLAH semu akan jadi indah...)


Mula disini ana lantikkan dirinya sbg S/U ana.. syukur alhamdulilah sedikit demi sedikit ana, k.ita dpt ajarkan dirinya ILMU P. Raya yg tak akan semua org blh dpt.. melainkan hidayah ALLAH beri pd seseorg itu utk membantu agama ALLAH, utk menggerakkan hati2 hambanya utk berada dlm jemaah..doaku moga kita semua org2 yg ALLAH sdh dipilih utk berada dilandasannya.. insya-ALLAH,, ana nekad utk membantu dirinya walupun masih muda utk mengendalikan ini semua.. lepasan University so dh layak utk membantu agama ALLAH..insya-ALLAH.. jgn katakan TIDAK... moga ada insan lain jg dpt membantunya, insya-ALLAH..

so, ana, eida, k.ita, nida, marjan kami bersiap sedia mulakan tugasan utk bertolak ke Jln Ilham, sblm bertolak kami pun beramai2.. membaca doa qunut nazilah...

Tinggal kenangan di depan markaz Sg Tinggi..


erm.. banyak lagi pengalaman yg ana dpt.. disini..erm.. kalau kita x pandai baca perang saraf ni mmg kita akan tepedaya hangpa tahu x.. ANA, nida, k,ita, munirah,eida so kami ada 6org dlm 1 kumpulan... kami bepecah, so ana, dan munirah & kwnnye ikut pintu belakang, nida, k.ita, 2 org PKR excord pintu depan.. depa bg salam salah seorg pegundi p.cik tu cium poster nizar depa ckp p.cik mmg org PAS shbt2.. percaya 100% so akak dan geng dibelakang jumpa dgn pengundi pintu belakang wife dia le..ingtkan rmh lain2..tiba2 p.cik yg pintu dpn muncul dibelakang"dia ckp le.. hang tahu x kami dkt sini semua org UMMM.. ana & adk2 ckp le UMMMMM tu apa p.c ik ??dia diam je lps tu wife dia ckp le.. hampa tahu x.. abg m.cik org kuat PAS, sblm dia pencen dia laburkan saham dkt pas. pas ckp nk bg tiap2 bln lps pencen tp x de terima.... ini brmkna. org PAS pun x jujur mkn duit org.. ana pun buka fight PAS.. ye ke m.cik??? ok mcm ni le m.cik, abg m.cik tu labur thn bila?? dia ckp 5th lalu.. so masa ni PKR x memerintah , betulke abg m.cik laburkan duit dia pd PAS, setahu saya.. pas X PERNAH ADAKAN MANA2 SAHAM... SY JG BEKERJA DI ADUN MASYARAKT & INVOLVED LAMA DLM PAS. MMG KAMI XDE APA2 DANA.. UTK SAHAM.. BLH X SY DPTKAN I.C NO, NAMA, ALAMAT ABG TU DAN SAYA AKAN HANTAR PD ADUN PERAK UTK AMBIL TINDAKAN KALAU ADA, KAMI MMG AKAN SIMPAI HITAM PUTIH SBG BUKTI,. M.CIK & P.CIK TU DIAM JE AIRMUKA DEPA BERUBAH LPS TU AKAK PUN CKP LE.. ISSU ppmsi, DLL ... APA YG KITA DH DPT DI SELANGOR SETELAH PKR MEMERINTAH.. DIA SETUJU DAN MCM X PERCAYA.. TP ana Ada bawa risalah 1THN PEMERINTAHAN N.SEL, DIA MULA JD MCM LALANG (Pengundi atas pagar) LPS TU DIA & HUSBANHD SRH MASUK.. TP ana XNK SBB KAMI ADA KEJE LAIN NAK BUAT LPS KELUAR DPD RMH TU... DAH NK BLK... MERAYU LE.. MASING2 BRCERITA.. SO K.ITA PUN BUKA CITA YG .P.CIK TU & AKAK PUN CONFIUS AIK,, NAPA BUNYI LAIN PULA.. Ana.. TNYA K,ITA. P.CIK TU X PAKAI BAJU PERUT HITAM YE??. K,ita ckp..A'A.. BETUL2.. DIA TU ORG PAS.. AKAK CKP LE MANA ADA... AKAK TAHU X??? DIA & WIFE DIA TU ORG umnO... DIA KUTUK PAS MCM2.. TAPI K,ITA CKP P.CIK TU CIUM LG POSTER NIZAR, ERM.. AKAK CKP LE SAH2 DEPA NI TALAM 2 MUKA LIDAH BERCABANG. KAMI SEMUA X PUAS HATI.. SO...KAMI TERUSKAN PERJALANAN YG KAMI LIHAT DISITU MMG BNYK PERANG POSTER & BNDERA umno GANTUNG SEMUA RMH ORG.. ana AJAK JG MEREKA REDAH SBB RASA MCM X SEDAP Hati CARA MEREKA.. SO KAMI MULA INTERVIEW PENGUNDI.. MASYA-ALLAH RAMAI YG DUDUK SITU CKP DEPA X TAHU.. RMH MRKA DIGANTUNG BENDERA BN.. BANGUN PAGI BUKA PINTU HABIS SEMUA RMH DI GANTUNG BENDERA BN. Mereka DIBERI 1RMH RM30, ada pengundi taknak.. ttp mereka didesak dan bendera mmg dignatung tanpa pengetahuan tuan rmh,. ini dh nama penceroboh....SO..PD ana..MGKN ORG BN NAK TAKUTKAN KITA BILA TGK BENDERA GANTUNG BNYK... INI BRMKNA MEREKA XNAK pas MASUK AREA SINI.. HAMPIR2. SEMUA PERAYAU TERTIPU DGN TEKTIK MEREKA.. PERANG SARAF.. tektik baru lagi.. so ana diarahkan bagi serba sedikit taklimat ini pd semua ketua kumpulan dlm mtg bersama ketua Pemuda..


Beri keterangan pada semua ketua kumpulan perang saraf BN... Suara Muslimat Lantang berbunyi, tidak akan mengundur walaupun dijerkah..





5ptg.. hujan lebat tp sekejap je.. kami bercadang nak masuk kawasan lain di pasar mlm.. & air terjun.. tp bila tgk hujan dan waktu x mengzinkan maka kami cadang buat esok..so.. apa lg ana & group yg 1 kete dgn ana langkah panjang g pasar mlm.. nak sebarkan risalah dan dakwah.. cantik pemandangan disini,, sambil tehggelam minum air.. huhu...sempat jg berposing lps bertugas..

sambil merayu undi & sebarkan dakwah kami sempat membeli belah... dh hampir 7:00mlm... erm..kena balik UPU... badan ana masih tak sihat sgt.. tp disbbkan roh2 shbt ana ada bersama maka segala kelemahan ana tlh disatukan dgn roh mereka.. dlm perjalan pulang tu..kami tersesat..lg nampak benarle, masuk kg org.. memanjang sosat jo... tp sampai jg.. 7:30pm siapkan diri solat berjemaah.. lps mkn mlm siapkan laporan kerja.. nak ajarkan s/U ana.. si comei... sorg ni buat keje.. huhu.. 10sion je.. adk ana sorg ni... ana, & shbt2 gmbk x pandai buat keje dgn serius... kami happy go lucky... apa taknya ana faham adk ana dh kepenatan dan mmg pening kepala bila tgk map yg dilakarkan oleh pemuda x sama dgn gerakkerja kami.. so disini ana cadangkan esok kalau nak pergi merayu kita sendiri kena lakarkan map,.. agar lakaran tersebut adalah sama dengan gerakkerja kita... he..he.. akhirnya siap jg laporan kerja kami.. eida.. jgn cpt.. penat,..jgn confius,. disini hang dpt belajar sesuatu.. moga luaskan pengalaman lagi apabila berada dibumi & negara lain.. DAKWAH ITU WAJIB



Penat perah Otak,tenaga, tp masih blh berfikir lg coz dok kawasan air terjun... huhu..seronok dpt ukhwwah merata negeri..

31/3/2009- 9:pagi-12:00tgh


slps bertugas di airterjun,.. so siapkan laporan kerja.. erm.. sentiasa nak kena backup kerja adk2 ku semua.. walupun panas terik airpeluh yg menitis mengalir, berdemam,selsesama dan kaki yg terluka tak pernah meluntur semangatku & shbt2.. kami tunggu arahan seterusnya dpd pemuda utk gerak kerja yg lain...
Taklimat pemuda.. dan sesi buat laporan gerak kerja mengikut kawasan2 masing2..







Tut..Tut... SMS masuk,.. shbt2 uia, UKM hntr, merisik khabar... erm sementara tunggu arahan kerja group kami sempat jg ambil foto kenangan dpn MTD Air terjun ni le MTD nya cantik X???










hah,.. penat dok amik foto tegak. je sekali2 tu pusingkan kamera.. soo xdpt tgk clear ye.. tonggengkan laptop anda... pula.. cana cantik x?????







semua berpecah ada yg kena diarahkan ambil makanan petugas dll.. ana & group nak balik tp tiba2 SUK Negeri minta ana & group pergi ke Pasir Hitam,.. waduh2... ni kaw pendalaman..kena naik bot... wah bestnya... ini pengalaman manis ana.. dh bank tempat merayu undi merata negeri ini first time naik bot bersama jemaah utk sebarkan dakwah... disini ramai penduduk Cina.. moga2 hidayah ALLAH dibagi pd mereka utk memeluk ISLAM :) insya-ALLAH.. pd mulanya Nida, marjan naik kete ana, tp mcmmana dia berpaling tadah..naik van konon2nya nak g merayu tempat lain... so ana x sekat le.. hehe... tinggalle ana, eida, k.ita kena bertugas di Pasir Hitam 12:30 tgh hari kami bertolak.. sharp sampai ke Sg Tinggi laporkan diri... ceria muka kami utk dptkan pengalaman lain di negeri org... hah... tel Nida, marjan sengaja nak usik mereka, merengek adk2 ni bila tahu ana & shbt2 naik bot... sebenarnya nama petugas yg dh diberi smlm adalah (Nida, Marjan, Munirah & 3 org shbt) ttp waallhhualam kenapa kami pula yg kena pergi ke sana,, semua urusan ALLAH yg telah menentukannya...perancangan ALLAH yg terbaik....








perjalanan kami selama 30m'..alhamdulilah.. segala dipermudahkan 1:00pm kami sampai.. dan berfoto.. kami lihat dlm lautpun ada bendera berkibaran..Hebat2... dimana bumi dipijak disitu ada ISLAM... kami mkn tengahhari.. sementara nak unggu Yb Nizar dtg 3ptg.. kami solat di Pasir Hitam dkt dgn Klinik Desa.. berkenalan dgn shbt Dr. Disana dan beberapa pegawai polis.. 3ptg YB Nizar tiba.. so kami mulakan operasi ziarah dari rmh ke rumah pengundi cina.. alhamdulilah sambutan & sokongan pengundi cina amat baik dan mereka blh terima PKR.. begitu perihatin YB dlm mengambil segla masalah yg dihadapi penduduk disana. sempat jg berseloka YB bersama penduduk cina disana.. duduk dlm buaian sambil bicara dgn penduduk.. terpikir kepala ana ni.. adakah insan lain yg berkedudukan bergelar Dato, YB nak duduk bwh trowong rmh org ?? ana rasa mmg sukar nak kita temui ttp sgh berbeza pd YB Nizar.. bukan nak upkan YB tp itulah hakikatnya..mgkn YB berpegang dgn ILMU agama yg telah diserap dlm jiwanya sapapun kita, brpa tinggi pagkat kita 1hari kita akan pulang kepada ILAHI...






Sebak jg hati ana bila dpt tahu pengakuan daripada semua penduduk mengatakan dulu penduduk disini adalah seramai 3000 lebih ttp lama kelamaan semakin merosot disebabkan semasa pemerintahan BN mereka memberi berbagai janji dlm pilihan raya ttp setelah mereka menang mereka di abaikan sehingga penduduk merasa tekanan. ramai jg yg kurang siuman, anak2 muda sdh berhijrah ke KL.. sayang 1000 kali syg.. bila,tempat perikanan yg ada harapan utk memberi kemajuan pd negara ini tidak dimajukan... mereka mengadu bahawa lektrik hanya digunakan tenaga solar, air minuman mereka hanya dpt dgn air tadahan hujan,.. sekolah yg blh menampung 1000 lbh pelajar kini hanya 3 org murid 4 guru saja.. erm.. kenapa ini semua blh berlaku????menitis airmataku mendengarnya..ya-allah betapa SUSAHNYA masyarakat dinegara iini tetapi pihak kerajaan yg tak bertanggungjwb pimpinan BN hanya tahu meraih kemenangan dgn menggunakan semua wang rakyat utk kuncu2 mereka... kini..ana sentiasa doakan agar hati rakyat terbuka dan belajar dpd kesilapan dlm pemilihan pimpinan,, siapakah yg selayaknya mentadbir negara...






YB Nizar bersalaman dgn semua pengundi.. sesi ziarah pengundi, erm penat sungguh luas benar kawasannya dan panas terik.. tp ana, eida, k,ita kuatkan semangat mengiiringi YB..semua kawasan kami redah, dpd bukit, pulau, longkang... he..he.. hampir2 nak terjatuh..coz.. jejantas setiap rumah tu x kuat.. semua mcm nak roboh.. kesian sungguh2,, bila le Den nak jd YB ni,...moga ada serpihan berkat org2 yg ALLAH dah pilih terkena pada kami suatu hari nanti insya-ALLAH.. kenangan bersama YB Nizar, YB.Izzah, Tok guru Hadi Awang .. Yop jgn jelous.. k... semoga menjadi semangat pd semua shbt2.. utk turut bersama jemaah insya-ALLAH..




Depan rumah pengundi Di Pasir Hitam bersama YB Nizar ..




ALLAH megilhamkan sukma kefasikan & ketaqwaan beruntung bg yg mengsucikannya & merugilah org yg megotorinya {surah Al-Syam}



selepas berjumpa rakyat kami mendegar taklimat & ceramah dpd YB Nizar..5ptg kami bertolak ke Sg Tinggi utk buat laporan.. alhamdulilah semua selesai dan 6:30ptg, ana, eida,k.ita pergi mkn di restoran sambil melihat telatah manusia disitu..suasana p.raya.. SB, Polis berkeliaran di mana saja.. erm.. tempat kediaman FRU, & Polis ibarat mcm rumah spt khemah pengantin...DUIT RAKYAT Disalah gunakan... kesian rakyat tp nak buat cana,, mereka disini masih blm terbuka lg mindanya.. moga dgn rayuan undi dibuat akan membuka pintu hati mereka semua insya-ALLAH. 7:00pm kami sampai ke UPU kami.. alhamdulilah semua selamat dan 7:30pm slps solat ana siap2le baca almathurat dan dngr taklimat .. kepala mula sakit dan badan semakin panas. tp alhamdulilah dengan bantuan eida reda sikit sakitku,tidur diribanya... huhu..nak bermanja dgn adk2 jemaah... hehe..umi2ku semua dok mengusik kami.. senyuman nya dan shbt2 mengurangkan kesakitanku.. ana nak kena rehat mlm ni coz 10:30 mlm cadang nak ballik ke KL 1/4/09.. erm.. sekejap masa berlalu rasa tak puas hati dengan tugasan yg telah dilakukan. moga ALLAH terima segala amal ibadat kami.. insya-ALLAH.. dh lewat nak bertolak melayan kerenah adk2 kesayangku semua.. kata k.ita.. tgk le adk2 ni sue.. seolah2 mereka berat hati nak lepaskan kita semua.. hatiku hanya tuhan yg tahu..walapun ukhwah baru berputik tp terasa seperti sdh lama kenali mereka.. moga ukhwah ini diberkati ALLAH swt hendaknya insya-ALLAH..ana tinggalkan selimut, vest pd eida,. moga menjadi kekuatan pdnya apabila ana dan shbt2 tiada disisinya..insya-ALLAH kami akan bersama kembali.. ana taknak eida sakit.. disana memang sejuk suasana kg.. duk dlm kira2 kawasan pendalaman.. semua line telefon, internet x dpt buka.. ana lihat wajah2 simanis wajah2 penyambung generasiku, wajah2 insan yg bergelar MUJAHIDAH... utk menyebarkan dakwah ini.. semoga kalian lebih kuat dpd kami... suatu hari nanti.. Buatlah sesuatu kebaikan yg terus hidup walupun setelah kita mati..



Adk..Cinta pada bunga akan jadi layu, Cinta pada manusia kita akan berpisah, cinta pada ALLAH akan kekal abadi.. tak pernah berubah..Berlarilah hingga ke garisan penamat krn perlumbaannya tidak sampai ke arah penamat dan tidak pernah akan selesai, oleh itu jgn mudah berputus asa.. {Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj}


Tersenyum bibir dalam nafas bismillah,terjalin ikatan dalam nafas ukhuwah,terjerat hati dalam nafas cinta,terkuyu mata dalam nafas air mata,terhimpit nafsu dalam nafas hina,terpanah hiba dalam nafas yg Esa,tersujud sedu dalam nafas doa,tersekat suara dalam nafas innalillah,terbujur kaku dalam nafas barzakh,terjunam neraka dalam nafas nauzubillah,terpilih syurga dalam nafas alhamdulillah

"saat kekalahan itu bermula apabila kamu merasa lemah dalam perjuangan,dan saat kemenangan itu bermula apabila kamu melawan rasa lemah itu"(sayyid qutb)


Generasiku Ya-ALLAH 1kan hati2 kami, permudahkan urusan kami terimalah ibadat kami... kembangkan generasi ini utk meneruskan sisa perjuangan ini yg tidak ada noktah akhirnya..sehingga kalimah mu tertegak dibumi ini.. amiin ya rab...

Tazkirah buat diri yg lupa : Pada zmn Rasuallah saw selepas baginda bertemu musyawarah bersama shbt2.. baginda tunjuk muka shbt2 nya dgn jari telunjuknya .. wahai shtb2ku kalian telah ALLAH pilih utk menjaga setiap penjuru mukabumi & agama ALLAH, Maka hendaklah engkau jaga penjuru tersebut dgn baik agar tidak ada yg terbuka kpd musuh2 ISLAM dgn begitu mudah.. andai kalian terleka maka tibanya di alambarzakh aka kalian akan dipersoalkan segala amal iabdatmu & kelalaianmu sehingga ISLAM ditindas oleh musuh2 ISLAM sendiri... maka disitu peringatan buat diri kita semua agar buatlah sesuatu perkara dgn baik dan penuh istiqmah.. org lain takkan blh membawa kita melainkan hidayah ALLAH diberi pd hambanya maka peliharakanlah hidayah tersebut dgn baik.. .. waallahhualam.. ILLALIQA...'

TERJALIN IKATAN NAFASNYA UKHWWAH FILLAH-BKT GANTANG, PERAK







Tersenyum bibir dalam nafas bismillah,terjalin ikatan dalam nafas ukhuwah,terjerat hati dalam nafas cinta,terkuyu mata dalam nafas air mata,terhimpit nafsu dalam nafas hina,terpanah hiba dalam nafas yg Esa,tersujud sedu dalam nafas doa,tersekat suara dalam nafas innalillah,terbujur kaku dalam nafas barzakh,terjunam neraka dalam nafas nauzubillah,terpilih syurga dalam nafas alhamdulillah..

"saat kekalahan itu bermula apabila kamu merasa lemah dalam perjuangan,dan saat kemenangan itu bermula apabila kamu melawan rasa

lemah itu"(sayyid qutb)

IMAN umpama bunga yg mewangijauh di puncak pohon berduri,Utk mencapainya memerlukn tangga ISTIQAMAH,Dibantu tali TAWADUK &Disertai dgn kekuatan DOA..Jika ingin tempat mencurah KASIH,cukuplah ALLAH sbg kekasih, Jika ingin tempat bermanja,Cukuplah AL-QURAN sbG teman. Jika inginkn pengajaran,Cukuplah maut sbg peringatan...Sahabatku,Kau tdk bodoh...Andai kau gagal slps kau berusaha,Kerana itu 1 ujian & dijanjikan pahala.Bakal mengangkat darjatmu di sisiNyaJika kau redha, sabar & terus berusaha.Tetapi kau mmg bodoh...Jika kau langsung tdk berusaha Kerana pasti kau akn gagal & menderitaTiada nilaian pahala drpdNya.Malah kau pula menanggung dosa Lantaran kau sia2kan amanah berharga...










"kadang-kadang kita terlalu banyak merancang,tapi kurang bermohon...terlalu banyak berfikir,tapi kurang tawakkal...terlalu banyak risau dan kurang optimis...kerana kita terlupa bahawa ujian itu adalah tarbiyah dari Allah"fikir-
fikirkanlah...
"ujian adalah tarbiyah dari Allah"

Saturday, March 28, 2009

ISLAM & HAK WANITA

Islam dan hak wanita

SEBELUM kedatangan Islam, wujud satu zaman yang dinamakan zaman jahiliyah, zaman ketika segala kebodohan manusia terserlah, zaman tika kemaksiatan bermaharaja lela. Tika itu, wanita dipandang sebagai pemuas nafsu seks semata-mata. Malah wanita dianggap sial. Anak-anak perempuan yang lahir, ditanam hidup-hidup.

Islam datang mengubah segalanya. Kaum wanita diberikan pengiktirafan. Tika Islam mula mendapat tempat di hati manusia, ramai kaum muslimin berebut untuk beribadat. Dalam masa yang sama, kaum wanita juga mempunyai tekad dan azam yang sama tapi terhalang dek tanggungjawab rumahtangga. Tika inilah isu hak dan kesamarataan telah dibangkitkan.

Asma’ binti Yazid as-Sakan al-Anshariyah atau dikenali juga dengan nama Ummu Salamah al-Anshariyah merupakan individu yang berjuang menuntut kesaksamaan hak di kalangan kaum wanita.

Puteri kepada bapa saudara Muaz bin Jabal ini terkenal sebagai wanita yang petah berpidato, teguh pegangan agama di samping boleh meriwayatkan hadis. Dia juga memainkan peranan penting untuk mewakili kaum wanita dalam isu-isu kewanitaan, sekali gus keistimewaan itu melayakkannya dianggap sebagai jurucakap kaum wanita.

Dalam satu peristiwa, Asma telah mengetuai kaum wanita membawa pengaduan kepada Rasulullah mengenai hak mereka. Dia membawa masalah yang dialami kebanyakan kaum wanita, menuntut Rasulullah memberikan hak yang jelas dan adil di sisi agama.

Katanya, “Saya dilantik sebagai jurucakap kaum wanita untuk bertemu tuan. Sesungguhnya Allah telah mengutus tuan kepada kaum lelaki dan wanita keseluruhannya. Kami mempercayai tuan dan tuhanmu juga. Kami kaum wanita, terbatas dalam gerak-geri. Kami sentiasa duduk di rumah untuk kamu (berkhidmat untuk lelaki) melepaskan syahwat kamu, dan mengandungkan anak-anak kamu. Sedangkan kamu lelaki, mempunyai banyak kelebihan berbanding kami. Kamu boleh melakukan solat Jumaat, solat jemaah, menziarahi orang sakit, menyaksikan jenazah dan mengerjakan haji berkali-kali. Yang utama, kamu boleh keluar berjihad ke jalan Allah. Apabila kamu keluar untuk menunaikan haji dan berjihad, kami yang akan menjaga harta benda kamu, menjahitkan pakaian kamu dan kami yang memelihara anak-anak kamu. Tidakkah dapat kami berkongsi pahala itu dengan kamu?”

Pengaduan ini mengandungi semacam satu tuntutan hak yang lebih saksama dan bertimbang rasa. Kata-kata Asma’ umumnya menggambarkan peranan wanita yang hanya terbatas dalam lingkungan kediaman mereka, yang selalu berkhidmat untuk suami dan menjaga anak. Ini berbeza dengan peranan yang dimainkan oleh kaum lelaki yang boleh keluar berjihad dan boleh menunaikan haji bila-bila masa sahaja tanpa terikat kepada sesiapa pun. Perbezaan peranan ini menjadikan kaum wanita berasa bahawa tugas mereka tidak penting dan menuntut kesaksamaan daripada Rasulullah.

Tanpa rasa gentar Asma’ membawa pengaduan itu menghadap Rasulullah. Hujahnya bernas dan logik dengan alasan yang munasabah sehingga sukar untuk dibangkang. Namun dalam kelantangan itu, wanita ini tidak melupakan tatasusila dengan mukadimahnya yang cukup tenang dan teratur iaitu, “Sesungguhnya Allah telah mengutus tuan kepada kaum lelaki dan wanita keseluruhannya.”

Hujah yang dibawa Asma’ menarik perhatian Rasulullah. Baginda tidak pernah mendengar seorang wanita yang begitu berani dan berterus-terang meluahkan masalah seperti itu. Malah baginda juga kagum kerana wanita itu begitu bijak melontarkan masalah dengan tenang dan hujah yang bernas.

Baginda lalu menoleh ke arah para sahabat yang lain lalu bertanya mereka, “Pernahkah kamu mendengar bicara seorang wanita yang lebih pandai membawakan masalah-masalah agama selain wanita ini?”Para sahabat membalas dengan rasa kagum, “Kami sama sekali tidak sangka ada seorang wanita yang dapat membawa masalah ini, Rasulullah.”

Rasulullah kemudian menoleh ke arah Asma’ semula dan berkata kepadanya, “Ketahuilah wahai wanita dan sampaikan juga kepada teman-teman wanitamu yang lain. Sesungguhnya seorang wanita yang menjaga suaminya, mencari keredaan suami dan melakukan segala yang disukai suami, adalah menyamai semua yang dilakukan suaminya.”

Jawapan Rasulullah adalah kegembiraan kepada kaum wanita sebenarnya. Jawapan itu juga adalah satu pengiktirafan kepada seluruh kaum wanita bahawa tugas mereka sebagai isteri dan ibu sama seperti jihad yang dilakukan para suami mereka di luar rumah. Justeru jawapan itu turut menjadi penawar dan merawat kekecewaan yang dirasakan oleh Asma’ dan rakan-rakan wanitanya yang lain.

Pengaduan Asma’ juga merupakan bukti bahawa Islam memberikan kebebasan penuh kepada wanita untuk meluahkan masalah dan kemusykilan mereka. Mereka boleh meluahkan apa-apa sahaja masalah sama ada yang berkaitan peribadi, cara hidup, kewajipan dan persekitaran. Justeru apabila Rasulullah memberikan respons kepada kemusykilan yang dibawa oleh kaum wanita, ia sekaligus menunjukkan bahawa baginda turut mengiktiraf peranan yang dimainkan oleh seorang ketua wanita.

Apabila Rasulullah memberikan reaksi kepada permasalahan itu, secara tidak langsung ia menunjukkan baginda turut mengiktiraf gerakan kaum wanita. Antaranya kata-kata Rasulullah, “Ketahuilah kaum wanita dan sampaikan kepada teman-teman wanitamu yang lain...” menunjukkan bahawa baginda mengakui pengaduan itu bukan mewakili individu sebaliknya mewakili semua kaum wanita Islam ketika itu.

Inilah peranan yang dimainkan Asma’ yang dianggap antara pencetus gerakan kewanitaan. Wanita ini bukan sahaja dikagumi kerana keberaniannya meluahkan pendapat tetapi kerana kebijaksanaan mengatur bicara dengan penuh tertib dan hujah yang kukuh.

Jelas sekali, telah lama isu hak wanita ini diperjuangkan. Paling nyata, jika kaum wanita sendiri enggan berusaha untuk memperjuangkan dan mendapatkan hak yang sepatutnya dan sewajarnya menurut kehendak Islam, nak harapkan siapa lagi?

Jangan hanya pandai menuding jari. Jangan juga hanya menyalahkan orang sekeliling sebaliknya kita perlu sentiasa koreksi diri dan memperbaiki kelemahan agar kelebihan dan kekuatan yang ada di dalam diri mampu menjadikan diri kita lebih kental dan kebal, insyaAllah!!

PEMIMPIN & RASUAH.SIAPAKAH YG SELAYAKNYA MENTADBIR NEGARA...KULIAH HARI INI

Salam.. ana mendengar khutbah jumaat hari ini di siaran radio.. sungguh tertarik semoga semua rakyat akan mendengar & fikir semasak masaknya SIAPAKAH PEMIMIN YG SELAYAKNYA MENTADBIR NEGARA??? Sebaliknya shbt-shbt muslimin yg balik daripada solat jumaat mereka pun membuka cerita yg sama seperti apa yg ana dengar dlm radio..alhamdulilah siara secara langsung rupanya..

KHUTBAH jumaat hari ini tentang PEMIMPIN DAN RASUAH serta pemimpin yang tamakkan kuasa dan sanggup merasuah...
Saya bersolat JUMAAT hari ini di masjid al bukhari di jalan hang tuah dan tetamu istimewa adalah yang dipertuan agong....
Khutbah amat bagus hari ini..bukan menghentam kepada sesiapa tetapi khutbah tentang pemimpin yang sanggup menggadai harga diri dengan merasuah demi mendapatkan pangkat dan darjat...... dan lagi katib mengatakan bahawa malaysia akan punah jika diperintah oleh pemimpin yang melakukan rasuah,kronism, wanita dan pemimpin yang tidak mementingkan keperluan rakyat.....

Katib juga mengingatkan kepada pemimpin besar negara agar mengikut contoh rasulullah SAW dan bersifat seperti baginda ....baginda sebagai pembesar negara tetapi apa yang baginda miliki...bukan seperti zaman sekarang..pemimpin mengejar serta mengumpul kekayaan serta memberi kroni segala projek kerajaan....
Aku berharap agar yang dipertuan agong akan meresap didalan jiwa baginda tentang isi khutbah hari ini dan semoga baginda akan mempertimbangkan akan bakal PM yang baru nanti.....atau terus mengekal kan PM yang sama........ ..
Khatib juga mengatakan bahawa pemimpin yang melakukan rasuah demi mendapatkan jawatan hanya bertahan untuk sementara sahaja kerana ALLAH melaknat orang ini...

***Semoga kita seluruh rakyat malaysia dapat membuka mata akan situasi politik tanahair kita masakini...pemimpin yang bagaimana kita hendakkan.. .
adakah pemimpin yang tidak bersih?
adakah pemimpin yang rasuah??

Di akhir khutbah jumaat tadi ,khatib bermohon agar malaysia dipimpin oleh orang yang benar benar jujur,ikhlas serta mengamalkan al quran serta isi-isinya.. ..semoga dengan adanya pemimpin yang ikhlas dan jujur tersebut dapat menjamin kesejahteraan seluruh rakyat malaysia aminnn...... .

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI