Thursday, April 9, 2009

ENAM PERKARA TERAS AKIDAH ISLAM






Assalamualaikum, Dalam menjelaskan akidah Islamiah yang sebenar maka mestilah bersumber dari Kitabullah dan Sunah Rasulullah. Imam Muslim telah meriwayatkan satu hadis bahawa malaikat Jibril telah bertanya kepada Nabi Muhammad saw beberapa perkara supaya baginda menjawab dan dapat diketahui oleh para sahabat. Antaranya ialah tentang keimanan, lalu baginda menjawab:
الإيمان أن تؤمن بالله وملائكته وكتبه ورسله واليوم الآخر وتؤمن بالقدر خيره وشره Maknanya: Iman adalah beriman dengan Allah, para malaikat, kitab-kitab-Nya, para rasul-Nya, hari akhirat dan beriman dengan qadar baik dan buruknya.


1- BERIMAN DENGAN ALLAH - Beriman dengan Allah ialah meyakini bahawa Dia ada/wujud dan kewujudan-Nya tiada permulaan dan pengakhiran, firman-Nya yang berbunyi:
هو الأول والآخرMaknanya: Dia Yang Awal (Yang tiada permulaan) dan Yang Akhir(tiada pengakhiran) (Hadid:3) Dan wajib meyakini bahawa Allah Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya, firman-Nya yang berbunyi:
وإلهكم إله واحدMaknanya: Dan Tuhan kamu adalah Tuhan Yang Esa.(al Baqarah:26) Dan wajib meyakini bahawa Allah tidak berhajat pada yang lain dari makhluk-Nya, Dia yang mencipta semua makhluk, Dia yang mencipta arasy dan tidak berhajat kepadanya, bukan seperti akidah sesat lagi kufur golongan Wahhabiah yang meyakini bahawa arasy itu adalah tempat bagi Allah. Firman-Nya yang berbunyi:
ف إن الله غني عن العالميMaknanya: Maka sesungguhnya Allah tidak berhajat pada sesuatu pun(al Imran: 97)Dan wajib meyakini bahawa Allah tidak akan sekali-kali menyamai makhluk-Nya, tidak bertempat, berarah, tidak beranggota, tiada bagi-Nya mata, telinga, kaki dan selainnya dari anggota-anggota makhluk. Ini bercanggah dengan pegangan orang bukan Islam seperti Wahhabi misalnya yang meyakini bahawa Allah beranggota. Firman Allah berbunyi:
ليس كمثله شيءMaknanya: Tiada sesuatu pun yang menyerupai-Nya (al Syura:11)Dan wajib meyakini bahawa Allah Maha Berkuasa (Qodir) ke atas setiap sesuatu, tidak ada sesuatu yang di langit dan di bumi dapat melemahkan dan menghalang-Nya, firman-Nya yang berbunyi:
وهو على كل شيء قــديــــرMaknanya: Dan Dia Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu (al Mulk: 1)Dan wajib meyakini bahawa Allah melakukan apa yang dikehendaki oleh-Nya, firman-Nya yang berbunyi:
وما تشآؤن إلا أن يشآء اللهMaknanya: Kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu, kecuali apabila ia dikehendaki oleh Allah (al kausar:29)Dan Allah Maha mengetahui semua benda, ilmu-Nya meliputi semua benda, tiada sesuatu pun yang dapat lari dari pengetahuan Allah. Friman-Nya yang berbunyi:
وهو بكل شيء عليمMaknanya: Dialah Yang Maha Mengetahui segala sesuatu (Hadid:3)Dan wajib meyakini bahawa Allah Maha Hidup dan tidak akan mati, firman-Nya yang berbunyi:
وتوكل على الحي الذي لا يموتMaknanya: Dan bertawakallah engkau kepada Allah Tyhan Yang Hidup, Yang tidak mati.(al Furqan: 58)Dan meyakini bahawa Allah Maha Mendengar dan Maha melihat tanpa ada penyamaan dengan makhluk, firman Allah:
Dialah Yang Maha mendengar dan Maha Melihat(al syura:11)Dan wajib meyakini bahawa Allah berkata-kata(kalam), firman-Nya yang berbunyi:
وكلم لله موسى تكليماًMaknanya: Allah berkata-kata kepada Musa dengan kata-kata. (al Nisa’:164)Inilah diantara perkara-perkara yang berkaitan dengan Tuhan kita yang wajib kitab beriman dengannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, tidak diliputi oleh tempat dan tidak dilalui oleh masa, inilah ijmak para ilmuan Islam seperti yang dinukilkan oleh Imam al Baghdadi dalam kitabnya Al Farqu baainal Firoq.2- BERIMAN DENGAN PARA MALAIKATWajib beriman dan mempercayai pada kewujudan para malaikat yang mulia. Mereka adalah makhluk Allah yang dicipta dari cahaya. Nabi bersabda:
خلق الله الملائكة من نورMaknanya: Allah mencipta para malaikat dari cahaya. (Muslim)Telah berkata Saed bin al Musayyab:
إن الملائكة لا يتوالدون ولا يأكلون ولا يشربون ولا ينامون وأنهم ليسوا ذكوراً ولا إناثاًMaknanya: Sesungguhnya para malaikat tidak beranak, tidak makan dan minum, tidak tidur,mereka bukanlah lelaki dan perempuan Para malikat adalah makhluk Allah yang sentiasa mentaati perintah-Nya dan tidak akan sekali-kali melawan-Nya. Firman Allah yang berbunyi:
لا يعصون الله ما أمرهم ويفعلون ما يؤمرونMaknanya:Mereka (malaikat)tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. (Tahrim:6)


Ada seperkara lagi yang ingin dijelaskan di sini ialah peristiwa dongen yang mengatakan bahawa Harut dan Marut diuji dengan seorang wanita yang bernama al Zahrah kemudia terpedaya dengannya. Sesungguhnya peristiwa ini tidak benar dan tidak boleh dijadikan hujah dalam perkara-perkara akidah.


3- BERIMAN DENGAN KITAB-KITAB SAMAWIYYAH- Wajib meyakini bahawa kitab-kitab yang diturunkan oleh Allah ke atas para rasul-Nya melalui malaikat jibril. Semua kitab-kitab tersebut adalah benar dan sesuai pada setiap umat, padanya syariat-syariat yang menjelaskan suruhan-suruhan Allah yang mesti dipatuhi. Diantara kitab-kitab-Nya yang masyhur ialah al Quran, Injil, Taurat dan Zabur. Dan mesti kita beriman bahawa kalam Allah bukan dari karangan Jibril, dan juga bukan dari karangan nabi Muhammad, Isa, Musa alaihimussalam. Manakala kitab-kitab Allah yang diturunkan ke atas para utusan-Nya itu adalah ibarah yang menunjuk pada zat kalam Allah yang azali dan abadiPeringatan: Boleh dikatakan kitab samawi yang bermaksud kitab-kitab yang diturun dari langit, manakala kalimah agama-agama langit (adyan samawiyyah) adalah tidak boleh kerana agama langit yangh diterima oleh Allah hanya satu sahaja iaitu agama Islam.


4- BERIMAN DENGAN PARA RASUL- Wajib beriman dengan utusan Allah, sama ada dari kalangan rasul maupun nabi. Sesungguhnya para rasul membawa syariat yang memansukkan syariat yang sebelumnya atau membawa syariat yang baru, manakala para nabi yang bukan rasul adalah yang diwayhukan kepadanya untuk mengikut syariat yang sebelumnya. Jadi kedua-duanya iaitu nabi dan rasul diwahyukan kepadanya dan disuruh menyampaikan seruan wahyu itu. Dan nabi itu bukanlah dimaksudkan dengan orang yang diturun kepadanya wahyu dan tidak perlu disampaikan pada org lain, definisi ini adalah salah. Semua para nabi dan rasul beragama satu iaitu Islam. Para nabi dan rasul wajib mempunyai beberapa sifat iaitu benar, cerdik, berani. Mustahil mereka memiliki sifat menipu, khianat, melakukan perbuatan-perbuatan hina, bodoh, penakut. Meraka juga maksum(terpelihara) dari kekufuran dan dosa besar dan perbuatan-perbuatn hina sama ada sebelum kenabian mereka atau selepasnya. Inilah pegangan Islam dan akidah Ahli sunnah Wal jamaah, dan ini bercanggah dengan ajaran songsang HIZBU TAHRIR yang mengatakan bahawa Nabi tidak maksum sebelum kenabiannya..Subhnallah.
5- BERIMAN DENGAN HARI AKHIRAT- Wajib meyakini kebenaran hari akhirat, iaitu Allah Taala akan membangkitkan orang-orang yang di dalam kubur. Nabi kita telah menceritakan beberapa perkara yang berlaku pada manusia selepas kematian iaitu’ azab kubur, mizan, neraka, titian,kolam, syafaat, syurga, melihat Allah di akhirat kelak, berbeza dengan pandangan songsang Muktazilah yang bercanggah dengan Ahli sunnah yang menafikan ru'yah (melihat)Allah di akhirat kelak.






6- BERIMAN DENGAN QODAR - Wajib meyakini bahawa setiap yang baik dan buruk itu adalah dengan taqdir, kehendak dan ilmu Allah subhanahu wataala. Maka setiap perbuatan baik manusia adalah dengan takdir Allah dan Allah meredhai sedemikian, manakala perbuatan manusia yang buruk juga dengan takdir Allah tetapi Dia tidak meredhainya. Ini bertentangan dengan ajaran songsang HIZBU TAHRIR yang mengatakan bahawa perbuatan manusia itu tiada kaitan dengan takdir Allah kerana manusia itu sendiri yang mencipta perbuatannya. Ini adalah satu kekufuran yang mana ianya berasal dari akidah songsang golongan muktazilah.Moga-moga dengan akidah yang sebenar ini kita akan digolongkan di kalangan mereka yang diredhai oleh Allah dan dijauhi dari ajaran-ajaran songsang yang bercanggah dengan Islam seperti yang dinyatakan di atas tadi.waallahhualam.. Wallahamdulillahirobbil alamin

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI