Wednesday, March 18, 2015

PAS mengutuk sekeras-kerasnya penahanan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar di bawah Akta Hasutan.



Apakah Umno cuba alih isu dengan tangkapan Nurul Izzah dan pembangkang?PAS mengutuk sekeras-kerasnya penahanan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar di bawah Akta Hasutan.


PAS mengingatkan kerajaan BN bahawa tindakan dan penyalahgunaan akta zalim ini hanya akan menambahkan kebencian rakyat. Apakah ini Operasi Lalang versi Najib?

Hentikan budaya membuli pimpinan pembangkang dengan segera! PAS percaya penahanan Nurul Izzah dan juga barisan pembangkang atas alasan terlibat dengan perhimpunan #‎KitaLawan semata-mata untuk mengalihkan pandangan rakyat daripada kemelut di dalam Umno kerana isu 1MDB dan salahguna dana kerajaan yang tidak bertempat.

Pakatan Rakyat mesti teruskan kerja mendedahkan penyelewengan dan salahguna kuasa di dalam BN, dan yakin bahawa kedua-dua isu ini adalah hujah utama yang akan membawa rakyat bersama PR untuk menumbangkan BN. Pakatan Rakyat mesti terus bersatu dan jangan berpecah walau apa isu perbezaan pendapat yang sedang dialami.

 Perbezaan antara kita hanyalah isu kecil yang tidak perlu ditakutkan dan dibesarkan. Besarkan isu penyelewengan dan salahgunakuasa BN dan kecilkan perbezaan di antara kita. Kita perlu bersatu menegakkan keadilan dan menumbangkan kezaliman. PAS doakan Datin Seri Wan Azizah terus diberi kekuatan dan bertabah dengan cabaran yang menimpa keluarganya daripada tindakan zalim kerajaan BN.
 

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI