Tuesday, October 14, 2014

Bajet 2015 kekecewaan besar.!!


Sarawak wilayah yang terbesar dalam persekutuan dan menyumbangkan hasil yang besar kepada negara.
Lily Yong

KUCHING: Timbalan Presiden Sarawak United People’s Party (SUPP) Lily Yong merasakan Sarawak patut menerima lebih banyak dana berbanding apa yang dijanjikan di bawah Bajet 2015 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Najib Abdul Razak pada Jumaat lalu.

Beliau berkata ia merupakan kekecewaan yang besar untuk Sarawak selepas menyumbangkan hasil yang besar kepada negara sebagai wilayah terbesar dalam persekutuan namun mendapat peruntukan sangat kecil.“Kita semua penuh dengan harapan tetapi pada akhirnya ia (bajet) hanya mengecewakan,” katanya.

“Duit yang disalurkan ke Sarawak sangat mengecewakan kerana tiada apa-apa untuk kita. Lebuhraya Pan Borneo sudah lama tertangguh.”
Yong menjelaskan bahawa Sarawak layak menerima kenaikan 20 peratus royalti minyak dan gas kerana ia sudah diputuskan semasa persidangan dewan undangan pada bulan Mei lepas.

“Ketua Menteri Adenan Satem memohon kenaikan royalti minyak. Ia sangat penting untuk mengkaji semula royalti.”

Beliau juga hairan ia tidak dinyatakan dalam bajet walaupun Sarawak telah memohon kenaikan royalti minyak daripada lima peratus kepada 20 peratus.

Beliau juga mencadangkan agar perjanjian Malaysia dipatuhi dengan menegaskan bahawa “Sarawak mempunyai autonomi dalam cukai, pembangunan dan kewangan”.

“Ia juga sangat penting untuk kita melihat Perjanjian 18 Perkara yang menyatakan bahawa Sarawak ialah wilayah autonomi supaya kita tidak perlu menantikan pengumumam dan peruntukan untuk Sarawak dalam setiap pembentangan bajet.

“Jika kita tidak menolong diri kita, rakyat Sarawak akan susah terutama sekali selepas GST April tahun depan – walaupun bajet mengumumkan beberapa perkara untuk membantu rakyat menghadapi impak kos sara hidup yang semakin tinggi,” katanya.

“Tiada alasan untuk kita membayar petrol yang lebih tinggi dan sebagai sebuah wilayah yang memberi sumbangan terbesar kepada pendapatan negara, mengapakah kami tidak mendapat peruntukan yang lebih besar?”

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI