Tuesday, March 11, 2014

Wan Azizah- Pengundi Kajang Ayuh Tentang Kezaliman


KAJANG, 11 Mac : Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Calon Pakatan Rakyat PRK Kajang menyeru semua pengundi Kajang untuk bersama beliau pada pilihan raya kecil DUN itu yang akan berlangsung 23 Mac ini.
Wan Azizah bersama suami, Tok Guru Hadi Awang dalam sidang media

“Saya mahu pengundi Kajang menjadikan pilihan raya kecil ini sebagai referendum terhadap ketidakadilan dan sistem kehakiman yang berlaku dalam negara ini.


“Kajang Ini adalah referendum rakyat untuk ketidakadilan yang telah berlaku dan referendum terhadap sistem kehakiman yang berlaku dalam negara hari ini. 

"Saya ajak pengundi-pegundi Kajang bersama saya," kata beliau dalam siding media pagi tadi selepas penamaan calon”.

Terdahulu Pegawai Pengurus PRK Kajang Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan IsmailHassan Nawawi Abdul Rahman mengesahkan hanya dua calon yang disahkan bertanding iaitu Wan Azizah dari PKR dan Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun mewakili UMNO.

Proses penamaan calon berlangsung di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kajang, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi jam 9 pagi tadi.
Sehubungan itu Wan Azizah turut melahirkan rasa terharu di atas sokongan yang ditunjukan rakan Pakatan Rakyat yang lain iaitu PAS dan DAP yang hadir pada penamaan calon hari ini.

"Saya sungguh terharu. Ini memberi suntikan baru kepada saya dan keluarga apabila melihat begitu kuat sokongan daripada pimpinan dan penyokong Pakatan Rakyat. 

"InsyaAllah pengundi-pengundi akan memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat sekiranya pertandingan ini berlaku di atas padang yang sama rata dan tidak berlaku penipuan dalam PRK Kajang. 
Saya harap SPR berlaku adil dalam PRK Kajang. Saya yakin jika berlaku adil; tiada penipuan Pakatan Rakyat akan menang besar berikutan dengan berbagai ketidakadilan berlaku di Negara ini," tegas beliau kepada media.
 

editor : khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI