Tuesday, March 11, 2014

Catatan Penamaan Calon- Doa ku iringi buat mama dan Papa (DSAW & DSAI) Utk bela rakyat


Kajang 11 Mac : Berdebar rasa hati bila memikirkan suasana pilihanraya kajang sempena penamaan calon  pagi ini yang berlangsung di Seksyen 15 Bangi. 
alhamdulilah sampai awal pagi penamaan calon


Jauh di sudut hatiku berdoa semoga mama (DSAW) di mudahkan urusan untuk sampai ke tempat penamaan calon. 

Saya SMS Izzah. Bertanya khabar dan melahirkan rasa kebimbingan. Saya faham tentu izzah dan adik-adik lain begitu sibuk bersiap siaga untuk iring mama ke medan pertempuran. 

Seawal 6.30 am hantar nana ke sekolah terus pergi ke Bangi penamaan calon. harap sangat tidak ada halangan alhamdulilah kami sampai jam 9.00 pagi serentak dengan mama dan adik2 lain. Ku hulurkan salam peluk kasih kepada mama. Memberi kekuatan pada mama yang kini perlukan semangat anak -anak. Moga diberi kekuatan kepada mama, papa dan adik2 dalam hadapi ujian hidup ini, amin.

Bersama rafizi sahabat seperjuangan

Kira-kira 11. 00 pagi. Alhamdulilah selesai tugas bersama pimpinan tertinggi pas; mama dan papa (DSAI  dan DSAW). 

Tengahari ni i.allah selepas asar  mulakn aktiviti kerja rayu undi. doakn kemenangan pakatan rakyat. Yeah.. akan ku kerah seluruh tenaga buah fikiran utk perjuangan islam bela nasib rakyat. 

Tinggal 2 minggu kena polon habis-habisa sebelum masuk wad. kata papa jagan putus harapan teruskan doa kerana itu senjata utama kita orang islam. Di dunia mereka boleh buat apa sahaja tetapi akhirat kebenaran akan hadir. 

Biar pahit kita telan namun inilah erti perjuangan, kata papa ketika iring beliau ke rumah petugas menanti mama turun daripada penamaan calon. 

Moga Allah melindungi merahmati tiap langkah mama. Menitis juga airmata ku depan papa mama dan tok guru hadi. Melihat wajah-wajah  adik2 begitu mengerti kehidupan yang penuh onak duri. Moga kesabaran di bagi pada semua ahli keluarga dan rakyat yang merupakn hakim negara.

Disisi mama, papa dan tok guru selepas penamaan calon


Kehidupan ku yang hnya tinggal beberapa waktu. Ini saja mampu di lakukan. Moga amal ibadah di terima. Pls pray for them and rakyat  Malaysia..Jazakaallah. 

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI