Friday, November 22, 2013

Kem Smart Solat Capai Sasaran


Gombak : Seramai 200 peserta Kem Smart Solat yang berlangsung hari ini selama tiga hari di Kem Alang Sedayu mendapat sambutan di luar jangkaan pihak penganjur. 

Pengarahnya Khaulah Azwar berkata alhamduilah matlamat mengadakan kem smart solat pada musim cuti sekolah akhirnya berjaya dilaksanakan dengan baik dengan mendapat kerjasama Exco Hal Ehwal Islam, ADUN Gombak Setia, Ketua-ketua kampung dan Nazir Masjid. 


Perancangan mengadakan kem ini bermula september lalu dengan hanya sasaran pelajar seramai 100 peserta namun sasaran peserta lebih dan diluar jangkaan. Memang ada perasaan bimbang jika sasaran tidak tercapai memandang cuti sekolah begitu lama sudah pasti ibubapa telah merancang untuk balik ke kampung. Namun diserahkan urusan ini kepada Allah SWT setelah berusaha bersungguh-sungguh bersama rakan-rakan.,katanya.

Menurut Khaulah kem yang diadakan bukanlah untuk perniagaan tetapi adalah untuk membantu ibu bapa untuk memperbaiki mutu solat anak-anak mereka. Selain itu adalah untuk mengumpul dana pembangunan kompleks pendidikan SERI AL HUDA dan membantu pesakit strok. 

Beliau yang merangkap Jawatankuasa Pembangunan Sekolah Seri Al Huda merakamkan tahniah kepada ibubapa yang menghantar anak-anak mengikuti kem smart solat pada musim cuti sekolah. 

Katanya, “saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada ibubapa pelajar yang sudi menghantar anak-anak mengikuti kem ini. Ini menunjukkan mereka mahu anak-anak memperbaiki solat mereka dengan lebih sempurna. 

Buktinya apabila peserta yang hadir bukan sahaja dinegeri Selangor bahkan daripada negeri sabah, Sarawak, negeri Sembilan, Melaka, johor, perak, pulau pinang turut hadir ke kem yang dianjurkan oleh kami. insya-Allah saya dan semua jawatakuasa kem smart solat akan buat terbaik”. 


Sementara itu, Pegawai Khas Exco Hal Ehwal Islam Ustaz jamsari pula berkata, tahniah kepada pihak penganjur kerana Berjaya mengadakan kem smart solat pada musim cuti sekolah. 

Tidak semua orang mampu buat kem seperti ini lebih-lebih lagi pada musim cuti sekolah tetapi Kelas Tuisyen LASAK telah Berjaya mengadakan kem ini, katanya. 


Sehubungan itu, beliau juga turut menyeru kepada semua peserta Kem Smart Solat agar menjaga solat lima waktu sehari semalam dan tidak ada alasan untuk tidak menunaikan solat. Walaupun kerja sebagai angkasawan mereka perlu solat, ujarnya dalam ucapan perasmian kem smart solat dengan menyampaikan sumbangan daripada kelas tuisyen LASAK kepada pesakit strok ustaz Yusoff Othman.

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI