Wednesday, November 27, 2013

Idea penyatuan PAS Umno hanya tipu daya Umno

KUALA LUMPUR:  Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, penyelesaian penyatuan umno dengan PAS ini sentiasa datang apabila umno berada dalam keadaan tersepit.

“Apabila Umno berada dalam keadaan tenang, mereka menindas kerajaan PAS, mereka menindas orang Melayu, mereka menindas umat Islam,” ujarnya.

Kenyataan beliau dipetik dalam blog Gendang Perang.

Diharap dengan menonton video bertajuk "Nak berpadu sangat... Ambikkau!!" di bawah dapatlah semua ahli PAS yang menyokong penyatuan umno / PAS untuk berfikir semula.

Nilai keikhlasan mereka.

Menyedari tak semua suka tonton video, admin ambil inisiatif menulis semua isi penting yang menjadi hujah pemimpin PAS dalam video tersebut. YB Ustaz Dato' Dr Mohamed Fadzli Hassan

Inilah hujah bernas beliau,

"Penyelesaian penyatuan umno dengan PAS ini sentiasa datang apabila umno berada dalam keadaan tersepit. Apabila umno berada dalam keadaan tenang, mereka menindas kerajaan PAS, mereka menindas orang melayu, mereka menindas umat islam. Bagaimana umat Islam, orang Melayu...

"Tuan puan yang dihormati sekelian, saya nak bagi tahu.... apabila nak disatukan dengan umno, sentiasa menuding jari kepada PAS. Kononnya PAS tidak mahu bersatu.

"Saya nak bagi tahu kepada hadirin hadirat bahawa, yang menyebabkan melayu berpecah ... Dan juga cuba lihat sejarah. Sejarah menyebut bahawa setiap sepuluh tahun sekali, umno akan menyebabkan pepecahan melayu.

"Dan sebelum daripada kemerdekaan lagi, umat islam bersatu, orang melayu bersatu menentang penjajahan. Parti Kebangsaan Melayu Malaya bersatu dengan Hizbul Muslimin, bersatu dengan umno untuk memperjuangkan kemerdekaan.

"Tetapi, umno dengan tiba-tiba menjadi tali barut kepada British. Mengkhianati perjuangan umat Islam, mengkhianati perjuangan melayu. Mengkhianati perjuangan umat Islam dalam Hizbul Muslimin dan mengkhianati perjuangan melayu dalam Parti Kebangsaan Melayu Malaya sehingga pimpinan-pimpinan tertangkap.

"Dr. Burhanudin Helmi kena tangkap, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir kena tangkap. Tengok-tengok dia yang naik jadi Perdana Menteri. Pengkhianatan pertama umno kepada orang melayu dan juga kepada umat Islam sebelum kemerdekaan.

"Apabila berlaku peristiwa 1969, 13 Mei.. Apabila umno merasakan bahawa kuasa mereka terjejas, sebab mereka kalah di Kuala Lumpur dan beberapa tempat lain; mereka mengajak PAS bersatu atas dasar penyatuan umat islam. Kononnya ada ancaman daripada orang bukan Islam.

"Mengambil sikap dasar perpaduan Islam... terima kita... Selepas daripada itu, apa mereka kuat... mereka tendang PAS keluar.

"Pada tahun 1987, umno menyebabkan perpecahan melayu lagi sehingga lahirnya Semangat 46. Pada tahun 1998, sepuluah tahun kemudian...sekali lagi melayu berpecah disebabkan oleh umno.

"Kemudian berlakulah kononnya satu penyatuan melayu apabila Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah kembali kepada UMNO atas dasar semangat penyatuan melayu dan Islam.

"Rupa-rupanya dia ajak Tengku Razaleigh masuk umno kerana nak tendang Anwar Ibrahim keluar. Bukannya atas dasar nak menyatukan orang melayu tapi pecah belahkan.

'Apabila Pak Lah ajak kami bersatu, kami kata "boleh, tapi benda ini perlu dibuat secara berhati-hati. Nanti orang PAS tak faham, Pakatan Rakyat tak faham... kami juga yang jugak yang menanggung akibat. Kami jugak nanti akan difitnah.....

"Maka dibuat perjumpaan secara senyap-senyap. Orang semua tak tahu... Tiba-tiba Pak Lah yang umumkan "sudah tiga (3) kali PAS dan UMNO berbincang di belakang tabir." Mengkhianati sekali lagi perjanjian, persefahaman. Sehingga PAS terpaksa berhadapan dengan orang-orangnya sendiri. Sehingga PAS terpaksa menghadapi parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI