Friday, May 31, 2013

YDP PAS Mint Ahli PAS Gombak Teruskan perjuangan Walaupun Ramai Telah Meninggal

Gombak 31 Mei :  YDP PAS Kawasan  Gombak Sallehuddin Nasir  melahirkan rasa kesedihan diatas pemergian teman-teman seperjuangan yang banyak menyumbang tenaga dalam jemaah PAS. 



Beliau berkata, pagi ni saya kehilangan seorang lagi penggerak dan pembantu jamaah setelah saya kehilangan cikgu Radhi Yusoff  dua tahun lalu dan saudara Sidit baru-baru ini. Kesedihan saya masih belum hilang,kini ujian datang lagi kerana PAS Gombak kehilangan seorang Muslimat yang begitu aktif dalam perjuangan Islam iaitu Nik Roshdiah Nik Ahmad, AJK Dewan Muslimat PAS Gombak.

Namun sebagai seorang Islam saya meredhai pemergian semua sahabat-sahabat seperjuangan kerana bagi saya  kita juga akan mati tanpa mengetahui bila dan di mana. Semoga kematian kita dalam keadaan Khusnul Khatimah iaitu mati dalam kebaikan, ujarnya.  

Sallehudin mengharapkan dengan pemergian teman-teman seperjuangan Gombak  tidak membuatkan semua ahli PAS Gombak menghentikan kerja perjuangan Islam dan sentiasa berdoa agar Allah akan gantikan  pejuang dan pembantu agama untuk  meneruskan jihad ini.

Kita doakan kepada yang telah mengadap Allah SWT  semoga mereka diampunkan  segala dosa  dan  amalan mereka  di terima Allah. Jadikan kematian mereka sebagai semangat untuk  kita semua meneruskan perjuangan ini walaupun mereka tiada disisi kita lagi, katanya kepada media pagi tadi.


Hadir sama ADUN Gombak, Hasbullah Ridzuan dan ketua Pemuda PAS Gombak Syarhan Humaizi

Editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI