Lebih 50,000 orang menghadiri majlis Sambutan
Hari Belia Antarabangsa diadakan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam di peringkat Selangor.
Exco Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan, Dr Ahmad
Yunus Hairi berkata, pihaknya berpuashati dengan sambutan diberikan kepada
program itu yang mana ianya memberi gambaran ianya bertepatan dengan kehendak
golongan muda di negeri Selangor.
“Saya berpuashati dengan usaha semua pihak
terutamanya Penggerak Belia Tempatan (BT) di seluruh Selangor bagi menjayakan
program ini. Program memasak bubur lambuk juga berjaya dengan lebih daripada
sasaran yang kita tetapkan iaitu dari 100 meningkat kepada 121 penyertaan.
Pertandingan memasak bubur lambuk dan
pertandingan catur Piala Menteri Besar serta yang lain dengan penampilan
selebrtiti popular tanahair yang telah berhijrah seperti Diana Amir, Yatt
Hamzah, Ali XPDC, Abby Abadi, Faizal Tahir, Man Raja Lawak. Program sesi soal
jawab Sejuta Umat bersama Ustaz Azhar Idrus) cukup baik katanya kepada media selepas program tersebut berakhir
semalam.
Dr Ahmad
Yunus menambah lagi, Kerajaan Negeri mahu golongan anak muda atau belia turut
serta dalam pembangunan negeri ini kerana anak muda mempunyai kekuatan dan
pemikiran yang bernas.
Beliau berkata, menerusi program dijalankan itu menyaksikan gabungan Kerajaan Negeri dan anak muda berjaya menghasilkan satu kesan yang memberangsangkan.
Sementara itu, Ustaz Azhar Idrus pula berkata,
anak muda memang meminati hiburan dan sebagainya tetapi mereka ingin terlibat
sama dalam program yang membawa kebaikan kepada diri mereka.
“Contohnya apa yang dibuat Kerajaan Negeri ini
ada solat terawih, ada masak bubur lambuk dan yang lain, anak muda yang datang.
Kalau program begini dibuat di kampung-kampung, orang tua saja yang datang.
Kita boleh tengok sambutannya macam mana dengan berpuluh ribu yang hadir. Sewajarnya
program ini kita teruskan. Kerajaan patut memberi keutamaan dan rakyat pula
sokong,” katanya.
Hadir sama Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi Pembangunan Modal Insan Dr Halimah Ali.
No comments:
Post a Comment