Tuesday, September 25, 2012

PRK: Pengerusi Pro Mahasiswa di Belasah Teruk

Gombak, 25  September: Pengerusi Pro Mahasiswa Nasional, Edikoup Lakip Sediyanto mendakwa telah dipukul oleh lima orang samseng yang tidak dikenali awal pagi tadi.

Beliau berkata, kejadian berlaku sekitar jam 4 pagi ketika saya dalam perjalanan pulang ke rumah sewa di Seksyen 17, Petaling Jaya.

Menurutnya, ketika kejadian sebuah kereta Kancil telah menyekat laluan motosikalnya dan mengarahkan beliau ke satu kawasan yang gelap.

Salah seorang daripada samseng tersebut turun dari kereta tersebut dan menghayunkan topi keledar ke badan beliau sehingga terjatuh daripada motosikal.

Setelah itu, lima orang samseng tersebut memukul dan menghentak beliau dengan topi keledar di kepala. Mereka juga menumbuk dan menerajang di perut beliau.

Kesan serangan itu menyebabkan beliau luka dan lebam di bahagian muka.

Sementara itu,  rakan serumahnya, Syis Abdul Kadir yang juga Presiden PMIUM, mereka hanya mengetahui kejadian itu apabila menyedari Edikoup terbaring dipintu rumah awal pagi tadi.

Katanya, "dia tidak cerita apa-apa dan kami nampak dia terbaring di hadapan pintu rumah. Dia kata rasa sakit di muka dan badan. Dan baru pagi ini dia sedar dan menceritakan kepada kami apa yang yang telah berlaku," katanya ketika dihubungi media.

Sehubungan itu, satu laporan polis telah dibuat Edikoup di Balai Polis Seksyen 17, Petaling Jaya berkenaan serangan tersebut.

Difahamkan, Edikoup kini berada di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi mendapatkan rawatan.

Menurut Syis lagi, Edikoup ada menceritakan bahawa dia ada menerima beberapa kali ugutan oleh samseng sebelum dia diserang

"Kali pertama semalam dua samseng datang ke rumah dan menguugut dengan berkata "kau ingat apa yang kau dah buat" dan mengugut akan melanggar beliau.

"Kali kedua ketika di Jalan Mahameru juga dua orang samseng datang ugut benda sama kira-kira jam 12 malam tadi," katanya.

Menurut Syis lagi, Edikoup kini masih dalam keadaan trauma dan beliau masih belum mahu berjumpa dengan sesiapa.


No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI