Tuesday, July 31, 2012

RM 2 Juta Hanya Peruntuk Untuk UMNO, Peruntukan PR di Sekat -Nurul Izzah Anwar

Kampung Pasir Pantai Dalam :  Seramai hampir 300 rakyat Kampung Pasir disini telah menerima bantuan sumbangan zakat yang telah disampaikan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar petang semalam.

Selain diberikan bantuan wang  zakat, edaran barangan keperluan dapur, beliau turut mengadakan  Majlis berbuka puasa  dengan  golongan fakir miskin, ibu tunggal dan anak yatim piatu.


Dalam ucapan tersebut, Nurul Izzah menekan aspek amanah yang perlu dilaksanakan semua pihak berwajib tanpa mengambil satu sen wang Negara mahupun wang rakyat.


Katanya, “setiap  satu sen sumbangan zakat  yang diterima daripada rakyat untuk di berikan kepada  golongan asnaf perlu di berikan dengan jujur tanpa berlaku penyelewengan, warna kulit dan perbezaan pemahaman politik”.


“Bagi saya, jika mereka layak dikategori fakir miskin, ibu tunggal, anak yatim piatu, sememangnya tidak memperolehi pendapatan tetap dan tidak menerima bantuan pihak berwajib maka wajarlah kita membantu mereka.

Alhamdulilah, setiap tahun kita mendapat kepercayaan rakyat Lembah Pantai untuk membantu menyampaikan bantuan tersebut kepada golongan diatas”, ujarnya.

Nurul izzah juga mendakwa, bantuan sebanyak RM 2 Juta  daripada kerajaan pusat yang sepatutnya diberikan kepada   beliau selaku Ahli Parlimen untuk membantu rakyat dan  mengadakan pelbagai program, tetapi peruntukan tersebut hanya diberikan kepada UMNO-BN.


Beliau berkata, “walaupun  ada peruntukan sebanyak RM 2 Juta daripada kerajan pusat untuk di salurkan kepada Ahli Parlimen tetapi tidak di terima dan hanya diberikan kepada UMNO, sebalik nya  setiap program dilaksanakan Banner di potong, permit sukar dapat  daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).   Bagaimanapun semua program  berjaya dilaksanakan dengan bantuan rakyat disini.


Saya harap perkara ini tidak akan berlaku terus menerus kerana wang tersebut adalah hak rakyat yang sewajarnya diberikan kepada mereka, jadi mengapa bantuan tersebut tidak sampai”, soal Nurul Izzah.


Selain itu, pihak DBKL, UMNO juga hendaklah berpolitik secara matang. Negara ini ada undang-undang, janganlah hanya menyokong sebelah pihak.


“Kita hairan, jika UMNO mengadakan program, permit begitu mudah dapat, banner tidak di potong, tetapi apabila pembangkang mengadakan program pelbagai sabotaj dilakukan. Ketidakadilan tidak berlaku dan sewajarnya DBKL tidak diperkudakan oleh UMNO-BN. Mereka seharusnya menjalankan tugas dengan jujur tanpa kira siapa yang mentadbir setiap kawasan ”, ujar  Nurul Izzah.


Wartawan difahamkan, beliau turut menyampaikan bubur lambuk, kurma di Kampung Kerinchi, Lembah Pantai Baru, Bangsar dan beberapa kawasan bermula permulaan Ramadhan bersama Ahli Jawatankuasa AMK.


Majlis  berbuka puasa diserikan dengan ruangan tazkirah yang disampaikan Al-Fadhil Ustaz Shamsul Firdaus dengan menekan aspek  Amanah, Manusia Jarang bersyukur dan tanggungjawab kita sebagai khalifah.    

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI