Tuesday, March 13, 2012

PeBT Perlu Dekati Belia


Hulu Selangor :Kerajaan Selangor memandang berat hal ehwal belia dan mahu mereka dibangunkan untuk menjadi modal insan yang produktif.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi, Pembangunan Modal Insan Dr Halimah berkata, kerajaan Selangor akan mengambil langkah-langkah mitigasi insan liabiliti khususnya di kalangan belia-beliawanis.

Ini adalah bagi memastikan belia di negeri ini tidak di kecualikan daripada menerima bantuan dan perhatian daripada kerajaan Selangor Pakatan Rakyat (PR).

Menurutnya, belia adalah aset Negara yang menyumbang kepada jumlah signifikan modal insan negeri dan negara.

Jika di abaikan kepada golongan tersebut kita bimbang mereka akan mengambil tindakan di luar jangkaan dengan melibatkan aktiviti gejala sosial sekaligus merugikan Negara, ujarnya.

Tambahnya, Sebagai Negara Malaysia kita seharusnya menjadi contoh terbaik kepada Negara lain dalam membentuk belia dan beliawanis yang berwawasan, katanya dalam Majlis perlantikan PeBT seluruh negeri Selangor di Hulu Selangor.

Selain itu, kita harap dengan adanya PeBT setiap DUN negeri Selangor, mereka akan memainkan peranan untuk membimbing golongan belia.

Apa yang kita lihat, tidak semua belia mudah berkongsi masalah, pendapat mereka kepada ibubapa, dan pimpinan setempat.

Justeru dengan adanya PeBT, mereka tidak segan silu untuk berkongsi pandangan kerana mereka rakan sebaya, kata Dr Halimah.

Beliau merangkap ADUN Selat Klang berharap Jawatankuasa PeBT akan menyediakan pelbagi program untuk belia dan beliawanis.

Dari sudut peruntukan, Insya-Allah kerajaan negeri telah menyediakan sebanyak RM5000 setahun dan saya difahamkan untuk tahun ini akan bertambah sebanyak RM10, 000 setiap kawasan di DUN Selangor.

Dengan adanya peruntukan kita harap PeBT dapat manfat peruntukan yang disediakan kerajaan negeri Selangor dan sentiasa mendekati belia.

Hadir sama Majlis Perlantikan Pengerusi Jawatankuasa Penggerak Belia Tempatan, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim , YDP Majlis Daerah Hulu Selangor bersama Jawatankuasa PeBT Hulu Selangor.

Editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI