Tuesday, March 13, 2012

Golongan Wanita Di Hargai ADUN Pakatan Rakyat



Klang : Sempena Hari Wanita, golongan wanita di sekitar DUN Selat Klang telah diraikan oleh Dr Halimah Ali selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) disitu.

Edaran bunga ros, kad ucapan SELAMAT MENYAMBUT HARI WANITA SEDUNIA telah diagihkan kepada semua wanita dengan terma “Wanita Penjana Generasi Idaman”.

Katanya, Golongan wanita harus diraikan tanpa mengira kaum dan agama, kerana pengorbanan dan tanggungjawab yang digalas tidak semudah itu di lakukan oleh kaum lelaki.

Contohnya, fenomena hari ini kita lihat wanita ramai yang bekerja, selepas balik daripada pejabat mereka bertungkus lumus mengemas rumah, memasak dan mengatur anak-anak.

Tugasan ini tidak semua dilakukan oleh kaum lelaki,ujarnya selepas mengedarkan bunga dan kad yang mengandungi empat bahasa di pasar pagi Telok Pulai.

Tujuan empat bahasa di gunakan dalam kad itu adalah bagi memastikan rakyat faham mesej yang hendak kita sampaikan, ujarnya.

Tambahnya, semasa kita edarkan kad dan bunga kepada semua wanita yang hadir di pasar itu jelas tergambar, wajah mereka kelihatan gembira kerana diri mereka di hargai oleh ADUN dan saf pimpinan PAS di DUN ini.

Hadiah istimewa ini adalah satu simbolik sebagai peringatan dan penghargaan kepada kaum wanita.

Dr Halimah merangkap Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi Pembangunan Modal Insan berkata lagi, semasa ktia edarkan hadiah ini, terdapat wanita Tionghua berkata kepada saya dengan gembira penduduk disini tidak pernah menerima Hadiah sempena Hari Wanita semasa negeri Selangor di urus oleh kerajaan Barisan Nasional -UMNO.

Tetapi apabila ADUN yang di pimpin oleh Kerajaan Selangor Pakatan Rakyat (PR), golongan wanita diraikan. Ini menunjukan rakyat bijjak menilai antara pentadbiran ( PR) dan Barisan Nasional – UMNO.

Selain diadakan di DUN, kerajaan negeri Selangor juga telah meraikan semua golongan wanita di SUK, Shah Alam.

Hadir sama, Datin Seri Salbiah Tunut dan saf-saf pimpinan wanita Pakatan Rakyat, katanya kepada media.


Editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI