Monday, March 26, 2012

Kesal Tuduhan Liar Hasan Ali Dakwa Exco Selangor Guna Wang Ubah Suai Pejabat


SHAH ALAM, 27 MAC: Kesal dengan tuduhan yang dilontar ADUN Gombak Setia, Datuk Dr Hassan Ali mendakwa Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali telah melakukan pengubahsuaian ke atas pejabatnya disangkal petang semalam.

Dr Halimah menjelaskan, pejabat yang diduduki pada masa ini merupakan pejabat yang ditumpanginya semenjak beliau dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri.

“Pejabat sendiri pun tak ada. Saya cuma merempat, tumpang pejabat orang sahaja di sebelah Pejabat Kewangan, macam mana Datuk Dr Hasan Ali mendakwa saya begitu” kata beliau ketika ditemui di lobi Dewan Undangan Negeri Selangor.

“Untuk membuktikan kata ini, saya menjemput semua media melawat pejabat saya sebagai membuktikan bahawa dakwaan Hassan Ali adalah satu tuduhan liar semata-mata yang inginkan perhatian rakyat”.

“Memang tiada ubahsuai apa pun di pejabat itu. Saya jemput semua datang ke pejabat saya dan jangan lupa bawa kamera sekali,” katanya lagi.

Sementara itu, , Dr Xavier Jayakumar, Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Perihatin turut menyangkal tuduhan Hassan yang mendakwa beliau menggunakan peruntukan yang tinggi untuk melakukan pengubahsuaian pejabat.

“Saya memang ada buat ubahsuai pejabat, tetapi cuma tukar karpet dan tambah
‘partion’ untuk beri keselesaan pada rakyat yang ada urusan ke pejabat saya, itu
sahaja.

Rakyat yang hadir pejabat saya pasti akan berkata pejabat Exco guna karpet yang lusuh dan tiada” partion”antara kakitangan, mengapa pemerintahan kerajaan terdahulu semua serba baru, Maka dengan itu, saya tukar karpet dan tambah “partion”.

“Anda fikir dengan pengubahsuaian yang saya sebut tadi tu boleh cecah ke RM300,000?

“Tentulah kos ubah suai yang saya sebut tadi jauh lebih rendah dari RM300,000.

“Esok saya akan berikan kos pengubahsuaian pejabat saya saya terperinci, cuma sekarang saya boleh jamin kos ubah suai pejabat saya cuma memakan kos yang rendah sahaja,” ujar beliau.

Perkara ini dibangkit Hasan Ali, kerana ADUN Bulit Antarabangsa, Azmin Ali minggu lalu mendedahkan bekas pesuruhjaya PAS itu ketika menjadi Exco telah membelanjakan peruntukan sebanyak RM300,000 untuk mengubahsuai pejabatnya ketika mula menjadi Exco Selangor yang belanja begitu boros.




Editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI