Monday, February 6, 2012

Hasan Perlu Ikhlas Berjuang Bukan Jadi Budak Suruhan

Gombak : Bekas Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali diminta agar tidak menjadi kuasa ketiga dan tidak mewakili mana-mana pihak yang berkepentingan jika beliau benar mahu menegakkan amal maaruf nahi mungkar.

Ust Riduan (dua dari kanan) dalam majlis Muslim Care


Ketua Penerangan PAS Pusat, Ridhuan Mohd Nor berkata, jika benar Hasan Ali benar ingin perjuangkan Islam, Melayu dan institusi Raja-Raja dengan menubuhkan JATI, Hasan mestilah ikhlas tanpa mengira latar belakang sasarannya.

Tambahnya lagi, jika tidak Hasan hanya dilihat sebagai “budak suruhan” kepada pihak UMNO-BN terutamanya parti pemerintah jika hanya menjadikan Pakatan Rakyat (PR) dan pimpinannya sebagai sasaran kecaman beliau.

“Saya benar rasa hairan dengan Hasan menyerang pimpinan PAS dan pimpinan (PR), sedangkan kemungkaran lebih besar ada pada kuasa pemimpin utama di negera ini.

“kami benar rasa kecewa kerana Hasan hanya melihat kesalahan dalam PAS dan menuduh segelintir pimpinan PAS sebagai parasit sedangkan beliau tidak boleh bias kepada mana-mana pihak jika ikhlas dan jujur dalam memperjuangkan Islam serta bangsa Melayu”,katanya selepas Majlis Merasmikan Bangunan Muslim Care tengahari semalam.

Ridhuan menambah lagi, Pemuda PAS berpendapat penubuhan JATI harus berdiri tegak atas platformya sendiri dengan sebuah pertubuhan NGO yang bebas daripada konkongan mana-mana parti politik.

Katanya, "Hasan sebagai pengemudinya harus bertindak professional dalam memperjuangakan Islam di negara ini dan tidak boleh memanjang sentiment isu pemecatannya kerana ia boleh di lihat sebagai agenda peribadi, bukan agenda umat Islam di Negara ini.

"Jika benar beliau mahu memperjuangakan akidah umat Islam, seharusnya UMNO terlebih dahulu di perbetulkan dan perlu di serang kerana tangan pimpinan mereka (UMNO) merekalah menyebabkan akidah umat islam terancam.

"UMNO pemilik kuasa di Negara ini telah memerintah berpuluh tahun dan mereka mempunyai kuasa dalam meluluskan Akta Undang-undang dan penguatkuasan dinegara ini.

"Justeru, Pemuda PAS menasihatkan JATI dan Hasan supaya jangan mengambil sikap semut di seberang lautan Nampak, tetapi gajah di depan mata tidak kelihatan kerana kita bimbang tindakan beliau akan membuka pekung dada sendiri, dan perjuangan JATI jadi hangat tahi ayam," katanya.

Sehubungan itu, Ridhuan juga menyeru agar semua rakyat Gombak yang hadir dapat membantu membangunkan bangunan teresbut kerana akan diadakan aktiviti pengajian, dakwah, dan sebagainya. Muslim care juga di buka kepada semua artis yang telah berhijrah untuk mengikuti kelas pengajian disini.

Penyumbang yang ingin menyalurkan sumbangan tersebut boleh disalurkan kepada Muslim Care RHB Bank 26 2120 0000 4747 atau Muslim Care Viva Palestin 5644 9021 1159.

Hadir sama Catriona Ross, Bob Lokman dan Nik Abduh Nik Aziz.


Editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI