Wednesday, August 10, 2011

Kerajaan negeri Selangor Pakatan Rakyat peruntuk RM58,600







Teluk Menegon: Sebanyak RM58, 600 telah di peruntukkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Sempena bulan Ramadhan.

Kerajaan negeri Selangor telah menyumbangkan sebanyak RM38,200 untuk diagihkan kepada surau, masjid, PIBG sekolah. Bantuan sumbangan ini juga telah mendapat kerjasama daripada ADUN Sri Andalas yang telah menyumbangkan sebanyak RM17,400 dan PEKAWANIS (Persatuan Isteri ADUN dan Ahli Parlimen) sebanyak RM3,000. Keseluruhan Jumlah sumbangan tersebut sebanyak RM58, 600.

Pengerusi Tetap Jawatankuasa Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Negeri Selangor, Dr. A. Xavier Jayakumar berkata, “ Sempena bulan Ramdhan yang penuh keberkatan, kerajaan negeri selangor yang mengamalkan konsep negeri berkebajikan berbesar hati untuk menghulurkan bantuan agar semua masjid, surau, Persatuan Ibubapa (PIBG), Sekolah Agama Rakyat (SAR) serta Persatuan Penduduk dalam kawasan DUN Sri Andalas, Klang dapat meneruskan aktiviti mereka bagi mengimarahkan majlis-majlis sepanjang bulan ramdhan untuk diraikan oleh semua umat islam”.

“Pemberian ini adalah satu cara kita untuk meringankan bebanan rakyat tanpa mengira agama mahupun ideologi politik yang berbeza. Kita mahu semua rakyat Selangor dapat merasakan juadah berbuka puasa yang dihidangi oleh pihak surau atau masjid dengan hasil sumbangan yang diberikan. Lebih-lebih lagi mereka yang tidak berkemampuan untuk berbuka puasa terutamanya golongan fakir miskin dan OKU”.

Mengulas lanjut, “bantuan yang diberikan kepada semua sekolah SAR adalah sumbangan daripada Kerajaan Negeri Selangor yang telah memperuntukkan sebanyak RM6 juta kepada sekolah agama, sekolah Cina dan sekolah Tamil di negeri ini di bawah fasa pertama untuk memantapkan prestasi sekolah-sekolah. Peruntukan tersebut telah diagihkan kepada semua ADUN atau Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) yang melibatkan 56 DUN Selangor untuk diserahkan kepada semua sekolah terbabit, kata Dr Xavier yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan (ADUN) Sri Andalas yang telah merasmikan majlis tersebut dengan menyampaikan sumbangan kepada semua penerima”.

Majlis dihadiri oleh Puan Sheila Devaraj, wakil PEKAWANIS, Encik Azmi Bin Jusoh, Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Klang, Ketua-ketua Kampung, para pemimpin setempat.

Media juga difahamkan oleh pihak surau dan masjid, selain daripada sumbangan wang tunai, setiap masjid dan surau juga diberikan sumbangan Al Quran dan Kurma sebanyak 2 kotak. Pemberian ini adalah untuk memperbanyakkan Kitab-kitab di masjid dan surau yang mungkin telah rosak dan masih terdapat kekurangan kitab Al-Quran bagi kegunaan umat islam untuk mengadakan tadarus Al-Quran.




Editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI