Monday, December 12, 2011

Penduduk Indian Settelement Kesal MIC manupulasikan isu kebakaran Bt 8 Gombak


Gombak : Enam buah keluarga yang tinggal di Kampung Indian Settelement Bt 8 Gombak disini tinggal sehelai sepinggan dan terpaksa tinggal menumpang rumah adik –beradik buat sementara waktu selepas rumah mereka terbakar Ahad lepas.

Mangsa , Krisnakumar A/L Mariappan ketika ditemui bagaimanapun rasa bersyukur kerana semua ahli keluarga selamat dalam kejadian itu.

Menurutnya, dalam kejadian jam 8.00 malam itu kesemua keluarga yang terlibat tiada dirumah, dan hanya tiga orang pelajar dan seorang wanita yang baru bersalin yang tinggal.

Ketiga –tiga pelajar itu sedang menduduki peperiksaan seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Mereka terdiri daripada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Gombak Setia, seorang Pelajar Unisel dan seorang Pelajar UniKL yang menduduki peperiksaan semester.

Kami hanya tersedar rumah terbakar setengah jam pulang dari kuil, katanya yang telah duduk dikawasan itu selama 23 tahun.

Krisnakumar berkata, kejadian turut memusnahkan pakaian dan peralatan sekolah untuk semua anak-anak disini. Dengan kejadian ini sedikit sebanyak memberi gangguan kepada semua pelajar yang sedang menduduki peperiksaan, katanya.

Ujarnya lagi, kami juga merasa kesal dengan beberapa penduduk yang terdiri daripada MIC telah provokasikan isu dengan menyatakan Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali tidak memberi bantuan ketika kejadian berlaku.

MIC telah membuat liputan akhbar tamil nisan menyatakan perkara yang tidak benar. Tindakan mereka benar-benar mendukacitakan kami yang terdiri daripada empat puluh Ahli keluarga yang terlibat dalam kebakaran disini.

Suka saya jelasnya bahawa ketika kejadian pihak saya telah berhubung dengan Jawatankuasa penduduk, Petugas sukarelawan yang terdiri daripada Unit Amal Malaysia dan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Gombak Setia.

Setengah jam diberitahu oleh semua pihak berwajib, mereka telah betindak pantas dengan membantu memadamkan api , menyediakan tempat kediaman sementara waktu dengan menggunakan Dewan dan bantuan makanan juga diberi. Tindakan pantas mereka benar mengkagumkan kami sementara menanti polis dan bomba tiba.

Keesokkannya pula wakil daripada petugas PKM Ahli Parlimen Gombak, dan ADUN Gombak Setia memberi bantuan kewangan , barangan dapur kepada semua mangsa kebakaran.

Pertolongan yang diberikan oleh semua petugas PKM Ahli Parlimen Gombak, ADUN Gombak Setia, pejabat Tanah, ketua kampung amat kita hargai.

Terbaru ini, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali telah turun padang ke kawasan kami bersama pegawai pejabat tanah dan Pegawai Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dengan mengukur tapak perumahan untuk membina rumah ini kembali. Kontraktor yang dilantik juga telah memberi quotation pembinaan rumah.

Dengan bantuan yang diberikan oleh wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR) tidak seharusnya MIC memprovokasikan isu ini, katanya.

Sementara itu, Pengurus PKM Ahli Parlimen Gombak, Hanafiah Md Khalil yang sedang melawat mangsa kebakaran pula berkata, ketika malam kejadian semua mangsa telah mendapat bantuan daripada PKM Ahli Parlimen Gombak dan ADUN Gombak Setia.

Berbagai bantuan berbentuk kewangan, pakaian dan barangan dapur diberikan oleh semua jabatan daripada Bomba, Balai Polis Batu 6, Gombak, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), JKKK Kg. Gombak Utara , Ahli Majlis MPS dan Penghulu Mukim bagi meringankan bebanan kesemua mangsa.

Kita juga telah meminta semua mangsa membuat surat bantuan kepada Kerajaan negeri seperti Exco perumahan, Exco Pendidikan bagi menyelesaikan masalah mereka.

Insya-Allah jika mereka sudah buat surat bantuan, bagi pihak Parlimen Gombak kita akan tolongan usulkan surat tersebut kepada Kerajaan negeri, kata Hanafiah kepada media ketika melawat tempat kejadian kebakaran.

Kaithiri a/p Manimohan Pelajar UNISEL berkata, ketika kejadian saya bersama dua orang adik sedang mengulangkaji pelajaran manakala ibu dan ayah pergi kuil.

Sedang kami mengulangkaji pelajaran tiba-tiba terdengar salah seorang penduduk disini yang baru bersalin minta tolong dan lihat api begitu marak sekali, semua barang keperluan kami bakar hangus dan tidak boleh diselamatkan lagi.

Yougestwary a/p Manimohan dengan kejadian yang berlaku telah memberi gangguan kepada saya yang sedang menghadapi peperiksaan SPM. Semua perlatan belajar terbakar hangus.

Tragedis yang berlaku telah mendapat perhatian oleh semua wakil rakyat disini, Saya difahamkan ADUN Gombak Setia berbesar hati akan memberi bantuan sebuah laptop dan bantuan pendidikan yang lain. Datuk Dr Hasan Ali telah akan sampaikan bantuan selasa ini bersama Petugas PKM DUN Gombak Setia. Walaubagaimanapun kami semua masih memerlukan bantuan daripada kerajaan negeri terutamanya dengan membina rumah dan bantuan pendidikan, katanya.

Editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI