Tuesday, December 13, 2011

Mangsa kebakaran Kg Indian Settelemet terharu terima bantuan ADUN



Gombak 14 Dis: Penduduk kampung Indian Settlement Bt 8, menarik nafas lega apabila kawasan perumahan mereka yang ditimpa kebakaran minggu lepas telah mendapat kunjungan daripada wakil rakyat disini.

Krisnakumar A/L Mariappan salah seorang mangsa kebakaran disitu berkata, dengan kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali pagi semalam bersama ketua kampung, Nazir Masjid Ar-Rahimah dan petugas Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Gombak Setia benar-benar kami rasa terharu atas keperihatinan beliau kepada rakyat disini tanpa mengira kulit dan parti.

Datuk Dr Hasan yang mengunjungi semua mangsa kebakaran telah menyampaikan bantuan kewangan, kepada enam buah keluarga yang terlibat dan turut memberi bantuan pendidikan dengan memberi laptop kepada pelajar yang terlibat .

Pada malam kejadian semua petugas Unit Amal Gombak, Petugas PKM Ahli Parlimen Gombak dan ADUN Gombak Setia telah menyediakan kediaman sementara waktu, dan bantuan barangan dapur, katanya.

Ujarnya lagi, selain beri bantuan pendidikan, beliau juga telah meminta Pejabat Tanah dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dengan mengukur tapak disini untuk membina rumah semua mangsa terlibat.

Menurutnya punca kebakaran yang berlaku jam 8.00 malam tidak diketahui dan masih dalam siasatan polis, kata Krisnakumar.

Kaithiri a/p Manimohan Pelajar UNISEL yang menerima laptop jenama ACER lahir rasa terharu atas bantuan yang diberikan oleh Datuk Dr Hasan Mohamed Ali
.
Katanya, Walaupun hampir seminggu kejadian kebakaran, semua mangsa tidak menerima bantuan seperti ini daripada mana-mana pihak melainkan bantuan pakaian, wang dan barangan dapur yang diberikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Polis, Jabatan Bomba dan Ahli Majlis MPS dikawasan ini.

Kehadiran beliau sebagai wakil rakyat Gombak mewakili Pakatan Rakyat (PR) negeri Selangor benar-benar menunjukkan Keperihatinannya terhadap rakyat yang tidak pernah dilakukan oleh pemerintah terdahulu, kata Kaithiri .

Sementara itu, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali pula berkata, Insya-Allah sebagai Exco Hal Ehwal Islam, Infrastruktur kemudahan Awam dan Adat Istiadat Melayu saya telah ambil tindakan dengan meminta Pejabat Tanah Daerah Gombak (PTDG) dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mengukur tapak kawasan yang terlibat untuk membina semua rumah mangsa.

Datuk Dr Hasan Mohamed Ali merangkap ADUN Gombak Setia berkata lagi, Peruntukan pembinaan rumah semua mangsa daripada Pejabat ADUN dan insya-Allah saya akan minta Kerajaan Negeri untuk membantu memberi peruntukan pembinaan rumah untuk semua mangsa terlibat.

Besar harapan, saya juga berharap semua pelajar yang terlibat dalam kebakaran ini dan telahpun merima bantuan pendidikan tidak berputus asa meneruskan pengajian kerana masa depan mereka adalah penting bagi membantu ibubapa mereka kelak dan mereka juga masa depan negara, kata Hasan kepada media ketika lawatan turun padang di Kampung Indian
Settlement Bt 8 Gombak semalam.

Editor : khaulah Azwar




No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI