Saturday, December 10, 2011

Kerajaan Negeri luluskan dana RM1.9 Juta manfaat untuk rakyat




Gombak : Kerajaan negeri Selangor telah meluluskan sebanyak RM1.9 billion dalam belanjawan negeri Selangor 2012 akan dimanfaatkan untuk kebaikan rakyat.

Tan Sri Khalid Abdul Ibrahim, Menteri Besar (MB) Selangor berkata, hasil kutipan kerajaan negeri Selangor akan digunakan untuk membiayai kos operasi penyelenggaraan RM1 billion bagi membiayai pentadbiran negeri Selangor seperti bayaran gaji, bonus serta program untuk kebajikan pejawatan awam.

Baki RM600 juta pula kerajaan negeri akan memperuntukkan untuk pembangunan iaitu program pembangunan yang diuruskan melalui pejabat daerah sesuatu daerah setiap kawasan yang terlibat.

Apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri adalah berlanjawan yang berimbang iaitu apa yang dimanfaatkan melalui bajet tersebut agar tidak berlakunya defisit atau belanja yang berlebihan.

Ini akan menunjukkan keupayaan pengurusan yang cekap dan pastinya cabaran penggunaan dana dengan cekap dan amanah dapat memberi faedah yang besar kepada rakyat, katanya dalam majlis Program Khas Mesra Rakyat Daerah Gombak di Dewan Kompleks Muhibah bersama Pegawai Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah Gombak disini kelmarin.

Hadir bersama Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri SelangorExco Perumahan Iskandar A. Samad , Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali ,Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves, Amiruddin Shaari, kakitangan Awam Negeri Selangor dan pimpinan masyarakat sekitar Daerah Gombak.

Dalam Majlis itu, diadakan sesi dialog bersama rakyat antara kakitangan kerajaan, agensi kerajaan bersama pemimpin masyarakat disini.

Abdul Khalid berkata lagi, selain belanjawan yang diluluskan tambahan RM300 Juta lagi akan ditambah dari syarikat-syarikat milikan negeri (GLC) dibawah jagaan Menteri Besar Incorporated (MBI).

Beliau berkata, ini bermakna belanjawan Kerajaan Negeri Selangor pada 2012 akan meningkat kepada RM1.9 billion untuk pentadbiran negeri Selangor dan menjadikan ia perbelanjaan belanjawan yang paling tinggi di Selangor.

Katanya, sesuai dengan status kerajaan Negeri Selangor iaitu kerajaan negeri berkebajikan. Semua penjawat awam perlulah melaksanakan tugas dengan cekap, amanah dan telus supaya kepercayaan rakyat tidak terhakis.

Dengan itu, penjawat awam dan pihak bertanggungjawab hendaklah mengkaji masalah yang dihadapi rakyat.

Dengan adanya perbelanjaan tersebut, rakyat yang mempunyai masalah mestilah diberi keutamaan dan diselesaikan, katanya dalam sidang media.

Editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI