Sunday, September 25, 2011

Walaupu Banner Rmh terbuka Lembah pantai di cabut majlis ttpp meriah

K.Lumpur : Tindakan terdesak oleh pihak-pihak tertentu memotong banner jemputan rumah terbuka Ahli Parlimen Lembah Pantai malam tadi diselar oleh Nurul Izzah Anwar.

Saya tidak terkejut dengan langkah terdesak oleh pihak-pihak tertentu yang sudah pastinya kerja puak-puak UMNO dengan mendapat kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mahupun PDRM dengan memotong banner rumah terbuka saya.

Hal ini sudah berlaku tiga hari sebelum majlis diadakan, bahkan majlis malam ini juga, semua pengunjung yang hadir melaporkan kepada saya di dapati banner dan bendera di potong dengan tujuan berniat jahat untuk menggagalkan majlis ini.

Walaupun berbagai tindakan terdesak dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab majlis ini tetap telah dihadiri melebihi 4000 pengunjung dengan begitu meriah sekali.

Nurul Izzah yang juga merupakan Naib Presedin Parti Keadilan berkata, “perbuatan jahat mereka ini berlaku secara berterusan tanpa tindakan lanjut daripada pihak berkuasa DBKL dan PDRM”.

Semua banner, bendera Keadilan yang telah dipasang diturun, tetapi banner, bendera dan barangan promosi BN dan UMNO dibiarkan begitu sahaja, katanya.

Menurutnya lagi, UMNO telah memasuki beberapa buah sekolah dengan mengadakan Majlis Sambutan Hari Malaysia dan Hari Raya Aidilfitri Anjuran Majlis Permuafakatan Parlimen Gombak yang melibatkan Gabungan NGO Daerah Gombak di Sekolah Menengah Kebangsaaan Seri Selayang Jln Sungai Tua, Batu Caves yang diadakan petang semalam.

Majlis tersebut dihadiri oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Sri Noh Hj Omar, Pengerusi Majlis Permuafakatan Rakyat Parlimen Gombak, Tan Sri Datin Paduka Sri Hjh Zaleha Ismail, Pengerusi Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan, Datuk Dr Rahman Ismail, Menteri JPM, Tan Sri Koh Tsu Khoon, Timbalan Menteri Luar Negara, Senator Kohillan Pillay.

Saya difahamkan oleh sumber tertentu majlis sambutan raya ini diadakan disekitar lembah Klang dengan melibatkan empat buah sekolah lagi.

Dengan kemasukan UMNO di sekolah-sekolah telah melibatkan penyalahgunaan sekolah yang sekaligus meracunkan fikiran semua pelajar dan semua guru-guru.

Tindakan mereka amatlah kita kesal bahkan saya percaya semua keluarga pelajar juga bimbang dengan budaya politik yang dibawa oleh UMNO. Hal ini tidak seharusnya berlaku, kata Nurul Izzah pada media malam tadi.

Beliau berkata lagi, tindakan ini membuatkan orang ramai perpepsi bahawa semua Agensi dalam Negara di peralatkan oleh parti pemerintah (UMNO).

Allah SWT tempat kita mengadu, semestinya rakyat juga merasa benci dengan individu yang menganiayai sesiapapun.

“Kita mahukan padang sama rata dalam setiap pertandingan, bukan berat sebelah yang memungkinkan penyalahgunaan kuasa dan pembaziran wang rakyat secara terus menerus”,katanya.

Majlis tersebut di sampaikan juga Bantuan Dana yang melibatkan lima buah Masjid dan tiga belas buah surau serta pemberian duit raya kepada golongan warga emas, OKU, ibu tunggal serta kanak-kanak yang telah disempurnakan oleh Nurul Izzah Anwar dengan kehadiran Ketua Pembangkang Datuk Sri Anwar Ibrahim bersama Isteri Datuk Dr Sri Wan Azizah Ismail dan saf-saf pimpinan Pakatan Rakyat (PR)

Editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI