Sunday, September 25, 2011

Kesal tindakan sambil lewa DBKL dan Alam Flora Atasi masalah -Nurul Izzah Anwar

Bangsar : Bukan hanya berdepan masalah bau kurang enak, peniaga di sekitar Lucky Garden, Bangsar juga bimbang dengan tahap kesihatan mereka berikutan longkang di taman itu dipenuhi sampah-sarap menyebabkannya air sukar mengalir.

Malah, lebih merunsingkan mereka, longkang berkenaan menjadi tempat pembiakan nyamuk yang didakwa peniaga menyebabkan kes denggi di kawasan itu tidak dapat diselesaikan. Bahkan terdapatnya tikus, burung gagak juga banyak disini.

Winson Low yang telah memulakan perniagaanya semenjak lima tahun yang lalu berkata, “masalah ini sudah sekian lama dihadapi oleh kami semua dan telah dibuat aduan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Alam Flora.”

Mereka telah mengambil tindakan namun masih berlaku juga masalah pembuangan sampah merata tempat lebih-lebih lagi di dalam longkang.

Berikutan dengan masalah yang dihadapi, kita lihat tiada tindakan undang-undang diambil keatas mereka yang suka membuang sampah dimerata tempat. Justeru itu seharusnya pihak berwajib perlu adakan satu tindakan undang – undang yang boleh mendidik diri semua masyarakat untuk bersama menjaga kebersihan dengan sebaiknya.

Beliau mendakwa, bukan hanya berpunca daripada sikap segelintir masyarakat tidak menjaga kebersihan dengan membuang sampah di dalam longkang, malah kerja sambil lewa yang dilakukan kontraktor dilantik pihak berkuasa tempatan (PBT) juga mendorong berlakunya masalah itu.

Tinjauan media mendapati longkang di kawasan itu khususnya di lot kedai dipenuhi dengan sampah yang mengeluarkan bau busuk sehingga meloyakan. Lebih mengejutkan, longkang itu juga bukan hanya dipenuhi jentik-jentik tetapi jelas kelihatan nyamuk sentiasa berterbangan di permukaan longkang kerana didapati airnya kotor dan berwarna hitam.

Katanya lagi, keadaan ini menyebabkan kebanyakan peniaga bimbang berada di luar kedai itu kerana takut digigit nyamuk aedes, dan burung gagak yang begitu banyak memenuhi kawasan itu.

Lebih mengecewakan operasi membanteras aedes hanya dilakukan apabila berlakunya kes denggi di kawasan ini, tidak dilakukan secara berkala.

“Memang ada kontraktor membersihkan longkang, tetapi ia tidak menentu dan mereka lakukan kerja pembersihan separuh jalan, katanya.

Menurutnya, ketiadaan tong sampah di setiap lot kedai itu menyebabkan kebanyakan mereka khususnya kanak-kanak mengambil jalan mudah membuang sampah dalam longkang sehingga tersumbat dan menjadi tempat pembiakan nyamuk, kata Winson Low.

Sementara itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar ketika mengadakan sesi lawatan turun padang di kawasan tersebut melahirkan rasa kecewanya kerana masalah itu seolah-olah tiada penghujungnya apabila kebanyakan peniaga, masyarakat dan pihak berkuasa tidak menunjukkan komitmen untuk menyelesaikan masalah pembuangan sampah dan untuk membanteras pembiakan nyamuk di kawasan ini.

Seharusnya pengutipan sampah dilakukan secara berkala dan pembekalan tong sampah harus dibekalkan oleh pihak Alam Flora kerana semua rakyat telah membayar cukai pintu.

Dengan aduan yang diberikan oleh peniga disini, insya-allah saya akan keluarkan surat kepada pihak berwajib DBKL, Alam Flora agar mereka dapat atasi isu berbangkit secepatnya.

Tindakan segera ini perlu diambil segera demi menjaga keselamatan dan kesihatan masyarakat disini kerana dibimbangi jika dibiarkan begitu sahaja tanpa diambil tindakan kawasan ini akan di kenali sebagai kawasan hitam denggi akibat tidak kesungguhan kita dalam menjalankan tugas.

Bagi masalah burung gagak yang begitu banyak dikawasan ini, insyaallah saya akan minta DBKL sembur burung tersebut bagi mengelak berlakunya kecederaan kepada masyarakat disini,kata Nurul Izzah.

Editor :Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI