Sunday, August 7, 2011

PEKEAS bantu Kerajaan Negeri Selangor tangani isu sosial



Gombak : Pertubuhan kebajikan Ehsan Ash-Shakur (PEKEAS) menyambut baik usaha kerajaan negeri Selangor Pakatan Rakyat (PR) dalam usaha menangani isu gejala sosial di kalangan remaja sekolah dan belia yang semakin menular.

Walaupun terdapat berbagai badan NGO berusaha menagani isu ini, namun pada hakikatnya masalah tersebut masih belum diatasi dengan baik dan setakat ini tiada lagi sebarang formula yang berkesan, kata YDP PEKEAS, Rosli Abd Ghani baru-baru ini ketika mengadakan program Kau Generasiku, Jom Santai Rohani bersama anak-anak yatim piatu yang diadakan di Nur Laman Bestari, Ulu Yam.

Beliau berkata, “kira-kira seramai 90 anak-anak yatim piatu (PEKEAS) bersama kakitangan pihak pengurusan telah mengikuti program perkhemahan ini untuk memupuk kesedaran kepada semua pelajar agar tidak melibatkan diri dengan aktiviti yang kurang sihat yang boleh merosakkan masa depan mereka”.

“Walaupun semua pelajar ini tidak mempunyai ibubapa untuk menumpang kasih dan hilang tempat mengadu tetapi mereka yang kita jaga ibarat sepert anak sendiri. Mereka perlu di beri bimbingan ilmu dunia dan akhirat. Sudah menjadi tanggungjawab kita sesama muslim membantu dan menyelamatkan anak-anak ini daripada dibinasakan oleh tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab untuk mengambil kesempatan terhadap diri mereka”.

“Alhamdulilah program ini telah mendapat kerjasama dengan Ketua Kampung Changkat, Zainal Abidin Abu Bakar untuk meraikan anak yatim piatu disitu bagi menyahut seruan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi, Kerajaan Negeri Selangor Dr Halimah Ali yang begitu serius menangani gejala sosial di kalangan pelajar dan belia di Negeri Selangor khususnya”.

Berbagai aktiviti yang diadakan dalam program Kau Generasiku antaranya LDK, Flyers Fox, aktiviti tahan lasak dengan merempuh halangan, berkayak, SPIES, ceramah motivasi, generasi Muttaqin dan sebagainya. Ini adalah bagi tujuan membimbing diri mereka untuk belajar hidup berdidikari dalam hutan dan menguatkan minda serta jasmani mereka.

Aktiviti seperti ini seharusnya di adakan agar semua pelajar ini tidak merasa diri mereka terasing oleh masyarakat luar dan mereka juga berhak merasai aktiviti riadah seperti pelajar lain.

Sepanjang aktiviti tahan lasak diadakan semua pelajar diberi bimbingan oleh Komander Pusat Latihan Nur Laman Bestari dengan dibantu oleh Pelajar-pelajar Universiti Islam Antarabangsa yang terdiri daripada Persatuan Komrad agar aktiviti mereka diberi pengawasan keselamatan yang rapi lebih-lebih lagi apabila mereka masuk hutan dan merempuh halangan.

Beliau berpendapat, dalam menangani isu gejala sosial, tanggungjawab ini merupakan tanggungjawab bersama bukan terletak kepada pucuk pimpinan atau pihak berkuasa tetapi semua masyarakat perlu memainkan peranan dan memikul tanggungjawab ini sebaiknya dalam hasrat melahirkan generasi Idaman Selangor.

Fenomena hari ini sungguh mengecewakan kita, apabila sikap orang melayu yang tidak boleh menerima hakikat apabila ada pihak-pihak tertentu memberi teguran kesilapan anak-anak mereka, ibubapa mereka mudah melenting. Jika ini berlaku apakah kita mampu untuk mengubah mereka sedangkan ibubapa mereka terlalu sibuk urusan keduniaan tanpa memberi bimbingan dan didikan serta perhatian kepada anak-anak.

Kesan daripada kelalain ibubapa akhirnya anak-anak mereka terlibat dengan kumpulan-kumpulan yang meragui kita yang sekaligus akan melibatkan diri dalam aktiviti pecah rumah, jual dadah, pergi ke tempat pusat hiburan dan seterusnya akan membuat hubungan sulit yang akan melahirkan anak-anak luar nikah. Seharusnya sikap seperti ini harus diubah oleh masyarakat demi membendung gejala sosial yang semakin menular, kata Rosli.

Justeru itulah, dalam usaha membantu membendung gejala sosial ini, maka saya terpanggil untuk menubuhkan PEKEAS. PEKEAS yang ditubuhkan bermula pada Jun, 2007 untuk membuat kerja-kerja kebajikan dengan menjaga Anak Yatim. Selain menjaga anak yatim piatu Pusat ini juga melindungi saudara baru ( Muallaf), Miskin Daif, Terbiar dan Orang Tua-Tua.

“Hati saya begitu terdetik untuk membantu golongan tersebut terutamanya untuk menjaga kebajikan anak yatim piatu yang terdiri daripada umur 7thn -15thn. Dengan menjaga mereka hati saya begitu terhibur melihat telatah anak-anak ini.

Begitu juga golongan warga emas yang telah dibuang oleh anak-anak mereka tanpa rasa bersalah kepada ibubapa. Sungguh malangnya nasib insan seperti ini. Mungkin dunia mereka nampak Berjaya tetapi diakhirat merekalah orang yang miskin dan tempatnya dineraka kerana memperlakukan sikap tidak baik terhadap ibubapa sedangkan kejayaan yang mereka perolehi adalah usaha ibubapa yang tidak rasa jemu bekorban apa sahaja untuk membesarkan mereka, ujarnya dengan nada kesal”.

Rentetan daripada itu, Insya-allah, kita akan cuba membantu membela nasib mereka yang kurang nasib baik. Masyarakat yang berminat untuk menghulurkan bantuan kepada semua anak yatim piatu, warga emas dan mualaf PEKEAS boleh berhubung dengan saya ditalian 019-2252727 atau Kiriman dana ke CIMB Bank (Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ash-Shakur) acct No. 1219-0001085-10-1.

Setakat ini kita memerlukan wakaf untuk membeli sebuah rumah dan sebuah van baru PEKEAS untuk membantu menjayakan pertubuhan ini, katanya.


Editor : khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI