Sunday, August 7, 2011

Pasukan Batu Caves old Boys Juara Piala Menteri Besar Selangor, 2011



Bandar Baru Selayang : Pasukan Batu Caves Old Boys telah Berjaya mengaut Piala MB Selangor bagi pertandingan Kejohanan Liga Bola Sepak Piala YAB Dato' Menteri Besar Selangor 2011 yang telah Berjaya diadakan selama 3 bulan bermula pada 9hb April 2011 hingga 26 hb Jun 2011.

Kemenangan yang diperolehi ini sekaligus menjadikan PeBT Zon 14 dikategori sebagai PebT terbaik di peringkat Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

Terdapat 20 buah pasukan yang menyahut cabaran untuk bertarung dalam pertanding Liga Bola sepak Piala MB Selangor sehingga semua belia telah melibatkan diri untuk menyertainya.

Walaupun terdapat 20 buah pasukan yang bertanding, akhirnya pertandingan tersebut hanya layak di menangi pasukan daripada kawasan Batu Caves yang layak berjuang ke peringkat separuh akhir.

Pasukan Batu Caves yang dimenangi oleh pasukan old Boys yang mewakili PeBT 14 telah Berjaya mengaut mata kemenangan sebanyak 4 gol dengan menewaskan PeBT 11 yang hanya dapat mengumpul 1 gol sahaja.

Dengan kejayaan pasukan Old Boys yang telah Berjaya menewaskan pasukan Pebt 11 telah melayakkan kumpulan tersebut menyertai ke perlawanan Akhir Piala Liga Dato’ Menteri Besar Selangor 2011. Pasukan tersebut akan menentang pasukan Pemuda Baru Batu Caves.

Dengan kemantapan dan persiapan yang cukup rapi cukup jelas membuktikan pasukan

Keputusan perlawanan Akhir Kejohanan Piala Dato’ Menteri Besar Selangor 2011 telah Berjaya di kaut dengan rakus oleh Pasukan Batu Caves Old Boys dengan meraih kemenangan sebanyak 2 Gol dengan menewas Pemuda Baru Batu caves sebanyak – 0.

Sebagai penghargaan daripada MB Selangor untuk Pasukan Batu Caves Old Boys yang Berjaya menjadi Johan, seterusnya pasukan tersebut telah menerima hadiah wang tunai RM 7000.00 manakala pemain dari pasukan Batu Caves Old Boys pula iaitu Sdr Wan Mohd Yusri telah ditabalkan sebagai Pemain terbaik perlawanan Akhir setelah menjaringkan 2 gol buat pasukan Batu Caves Old Boys dan mendapat wang tunai RM500.00

Pengurus Pasukan Batu Caves Old Boys, Mohd Razali Yusof (31 Tahun) , melahirkan rasa syukurnya atas kejayaan yang diperolehi oleh kumpulannya.

Katanya, “kemenangan ini adalah hasil sokongan dan kerjasama dari semua pemain dan pegawai pasukan saya yang bertungkus lumus membuat latihan untuk pasukan kami tanpa rasa jemu. Sepanjang hampir dua bulan liga ini berlangsung, semua pasukan telah memberi kerjasama yang sangat mantap untuk adakan latihan tanpa mengira waktu”.

Dengan hasil kesungguhan yang dilakukan oleh semua pihak alhamdulilah akhirnya pasukan kami Berjaya mengaut piala MB yang kami impikan. Bagaikan tidak percaya juga pasukan kami terpilih kerana terdapat 3 pasukan lain mempunyai potensi yang tinggi layak meraihkan kemenangan ini juga. Antaranya Pemuda Baru Batu Caves, PeBT Zon 11 dan Ehsan Damai F.C. Apabila melihat ke 3 pasukan ini membuatkan kami melakukan perlawanan ini bersungguh-sungguh.

Walaubagaimanapun bagi pasukan yang tewas dalam pertandingan liga tahun ini diharap tidak terus berputus asa, anggap ianya sebagai cabaran untuk Berjaya pada masa akan datang.

Beliau yang juga merupakan Pengerusi PeBT 14, MPS merakamkan terima kasih kepada semua penyumbang yang banyak memberi dorongan kepada pasukan Batu Caves Old Boys. Sokongan ini merupakan satu suntikan motivasi kepada pasukan kami terutamanya AhlI dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves, Amiruddin Shari yang tidak jemu memberi dorongan kepada semua belia di DUN Batu caves.Sokongan dan sumbangan beliau amat tinggi pada kami. Begitu juga kepada Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali) Ahli Majlis Zon 14 MPS Tuan Azizul Abu Bakar , Pengarah Belia dan Sukan MPS, Pn. Maizurah, Pasaraya Sri Ternak , Persatuan Penduduk Indian Settelment , Persatuan Penduduk sri Batu Caves , JKKK Kg Melayu Batu Caves, Restoran Dataran Bistro , Sdr Guna dan Sdr Viriya Appu juga selaku penyumbang serta rakan- rakan yang membantu dalam memudahkan perjalanan pasukan ini. Semoga kejayaan ini dapat diteruskan dimasa ke semasa.

Jika dahulu pada tahun 2010 kita menang ke tempat ke tiga tetapi 2011 kita telah menjadi Juara. Akan datang kita harap pasukan ini akan terus mempertingkatkan prestasi mereka dengan mengekalkan kemenangan ini.

Saya juga mewakili semua Belia di Negeri Selangor berharap pertandingan sihat ini akan terus diadakan agar belia dapat manfaatkan masa mereka sebaiknya daripada terjebak aktiviti kurang sihat.

Mengulas lanjut, “pertandingan ini seharusnya diteruskan setiap tahun oleh MB Selangor bagi mengumpulkan semua belia Negeri Selangor. Pertandingan yang telah diadakan semenjak 2008 benar-benar mendapat sambutan masyarakat tanpa mengira parti dan perkauman. Dengan adanya pertandingan inilah, kesatuan hati disatukan walaupun berbeza ideologi politik”, kata Razali.

Sementara itu, ADUN Batu Caves Amiruddin Shari pula berkata, “ Kejohanan Liga Bola Sepak Piala YAB Dato' Menteri Besar Selangor 2011 yang telah berlangsung hampir 3 bulan jelas memperlihatkan kesungguhan Kerajaan Negeri Selangor di bawah kepimpinan YAB Tan Sri Dato' Sri Abdul Khalid Bin Ibrahim untuk membangunkan jati diri belia dan daya saing mereka melalui program berbentuk kesukanan ini”.

Justeru itu, saya berharap semua belia yang merupakan aset Negara akan datang akan teruskan aktiviti mereka dengan sihat melibatkan diri dalam apa juga yang dianjurkan oleh Kerajaan negeri Selangor. Tahniah dan syabas buat Pasukan Batu Caves Old Boys yang menunjukkan permainan yang sangat hebat semoga teruskan mengekalkan prestasi mereka sehingga akhirnya. Dan bagi yang tewas teruskan usaha untuk menjadi yang terbaik dan jangan berputus asa kerana perjalanan dan perjuangan ini adalah satu tribulasi dan sangat panjang untuk kita meneruskannya”.

Editor : khaulah azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI