Wednesday, February 2, 2011

Tok Batin Bukit Lagong Kesal peruntukkan dijanjikan tidak ditunaikan.

Bukit Badong, Selayang - Pembentangan Bajet kali ini merupakan bajet ke -53 pasca merdeka yang telah dibentangkan oleh kerajaan.

Melalui 53 bajet, 10 RMK, 3 Rangka Rancangan Jangka Panjang & 1 Misi Nasional, Bajet 2011 menjadi bingkisan penting serta langkah pertama dalam menempatkan Malaysia di ambang status negara maju berpendapatan tinggi.

Adakah pembentangan yang diwawarkan kepada rakyat menjadi realiti atau sebaliknya, akhirnya rakyat sekali lagi ditipu oleh Pentadbiran Kerajaan UMNO-BN.

Pembentangan Badget 2011 tersebut telah disampaikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Pada 15/10/ 2010 jam 3ptg yang akan Berkuatkuasa 5 Jan, 2011 yang rata-rata rakyat gembira dengan pembentangan tersebut kerana terdapat berbagai imbuhan dan kenaikan elaun diberikan kepada rakyat.

Tinjauan Media baru-baru ini mengorak langkah dengan membuat tinjauan tersebut dibeberapa kediaman Orang Asli terutamanya di Bukit Lagong Selayang dan Rumah Orang Asli Kemensah, Gombak.

Berikut Perkampungan Orang Asli di Bukit Lagong yang diterajui oleh Tok Batin Muhammad Bee Abdulah yang telah memangku jawatan tersebut selama 60thn.

Menurut beliau penduduk disini yang mempunyai seramai 109 orang penduduk. 9 orang telahpun memeluk Islam dan selainnya masih tidak mempunyai pegangan agama.

Rata-rata penduduk disini yang bekerja dengan hanya memungut hasil kayu dan buruan binatang untuk dijual. Pendapatan mereka boleh dikatakan RM20 sehari.

Elauan gajinya sebagai Tok Batin RM450 sebulan kadangkala tidak mengcukupi untuk diberikan kepada anak-anak dan isterinya. Kadangkala pendapatan gaji tersebut juga tidak diperolehi .

Muhamad berkata "Sebelum ini ada juga saya menerima "cheque" gaji saya , namun cheque tersebut tidak boleh digunakan kerana tersalah tulis nama. Nama yang mereka letak adalah Nama Islam saya Muhammad Bee Abdullah. Kalau boleh saya ingin letakkan nama Bee Anak Samun kerana mudah bagi saya untuk berurusan. Disebabkan salah letak nama dalam "cheque" tersebut sehingga kini saya tidak mendapat "cheque" yang baru untuk 3 bulan bulan gaji saya RM1350".

Walaupun pernah di tanya kepada pihak Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) namun kadangkala menjadi putus asa baginya untuk bertanya. Baginya jika ada rezeki alhamdulilah jika tiada maka seharusnya saya berusaha untuk mencari nafkah lain dengan memburu.

Bantuan pemberian barangan kepada penduduk disini juga sukar untuk diperolehi. Rata-ratanya kami disini mendapat bantuan di Kuang. Rakyat orang asli disini mengundi di kawasan tersebut yang bagi kami begitu jauh untuk keluar mengundi.

Beliau juga menyatakan sukar untuk rakyat orang asli disini membuat penukaran lokaliti mengundi. Tiada siapa yang datang membantu kami disini. Untuk kami usahakan sendiri saya rasa sukar memandangkan kami tiada mempunyai kenderaan untuk keluar dari kawasan ini. Selain daripada itu, kami juga tidak pandai membaca dan menulis untuk kami berurusan dengan orang luar, ujarnya.

Apabila ditanya mengenai adakah beliau telah mendapat pemberian Elauan Tok Batin dan Pengerusi JKKK Orang Asli RM800 yang akan berkuatkuasa pada 5hb Jan, 2011 seperti yang dijanjikan oleh PM, Datuk Seri Najib. Ujarnya masih tiada lagi. Kami tidak meletakkan harapan yang tinggi kerana sudah banyak janji-janji Kerajaan Pusat (UMNO-BN) berikan kepada kami yang tidak ditunaikan lagi. Ibarat seperti menanti bulan jatuh ke riba untuk menunggu elaun tersebut, katanya ketika ditemubual oleh media dikediamannya.

Editor :khaulah Azwar


No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI