Wednesday, February 2, 2011

Mahathir lupa sejarah apabila mempersoal tindakan PAS meletakkan calon wanita bagi PRK Dun Tenang.


KUALA LUMPUR, :Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mendakwa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai lupa sejarah apabila mempersoal tindakan PAS meletakkan calon wanita bagi PRK Dun Tenang.

Menurutnya, PAS tidak pernah melarang wanita daripada bertanding dalam pilihan raya sebagaimana didakwa oleh Dr. Mahathir, malah telah mengamalkannya sejak tahun 50-an lagi.

"Saya terkejut dengan kenyataan Tun Mahathir yang kata PAS tak konsisten.

"Saya tak tahu bila PAS kata calon wanita diharamkan kerana PAS pernah melantik Khadijah sebagai calon pertamanya dalam pertandingan tiga penjuru di Dungun Terengganu.

"Saya ingat Tun Mahathir ni sudah hilang ingatan terhadap sejarah," kata Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.


NI artikel dari Wikipedia

Khadijah Sidek


Memoir Khatijah Sidek Puteri Kesateria Bangsa

Khadijah Sidek pernah menjadi ketua Wanita UMNO sebelum 1956. Ketika itu ia dikenali sebagai Pergerakan Kaum Ibu UMNO.

Khadijah Sidek menggantikan Raja Perempuan Perlis Tengku Budriah sebagai Pergerakan Kaum Ibu UMNO . Tengku Budriah memegang jawatan itu selama 3 bulan sahaja (September 1953 - 1954). Sebelum Tengku Budriah ialah Tan Sri Zainun Sulaiman atau Ibu Zain. Ibu Zain mengundurkan diri kerana masalah kesihatan. Khadijah Sidek diberhentikan / dipecat dan diganti oleh Tun Fatimah Hashim sebagai pemangku jawatan atas persetujuan Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

Khadijah Sidek merupakan seorang wanita yang berani dan vokal menyuarakan masalah wanita. Beliau berani dipecat oleh parti UMNO . Beliau selalu bertentang pendapat dengan Syed Jaafar Albar dan Mohamad Yassin bin Abdul Rahman (bekas Setiausaha Agung UMNO dan saudara lelaki Tun Dr Ismail Abdul Rahman).

Khadijah menuntut agar wanita turut dipilih menjadi calon dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1955 . Khadijah Sidek sebagai ketua Ksaum Ibu UMNO Johor mengugut 'tidak akan bergerak' jika tiada wakil wanita. [1]

Setiausaha Agung UMNO ketika itu terkejut dengan tuntutan dan ugutan itu. Setiausaha Agung UMNO mendesak agar wanita UMNO mengugurkan tuntutan yang dikira melampau itu.
Ahli parlimen PAS

Khadijah Sidek menjadi Ketua Kaum Ibu PAS era 1950-an. Beliau menjadi Pesuruhjaya PAS Johor dan pernah menjadi Ahli Parlimen PAS yang pertama dari kalangan wanita setelah menang di Parlimen Dungun, Terengganu.

Pembangkang di parlimen ketika itu ialah Dato' Onn Jaafar, Dr. Burhanuddin bin Muhammad Nur al-Hilmi, Khadijah Sidek, Zulkifli Mohammad dan Othman Abdullah.

Keluarga

Anaknya Mohd Hatta Hamzah .

Rujukan:รข†‘ [Buku 'Memoir Khatijah Sidek Puteri Kesateria Bangsa'] Posted by Telok Bakong

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI