Friday, February 4, 2011

Lumba bermotor belia wajibkan solat


BANDAR TASIK PUTERI – Bukan setakat pertandingan sukan motor biasa, sebaliknya lebih istimewa aktiviti Amazing Race Bermotor dalam Karnival Belia Bandar Tasik Puteri (BTP) mewajibkan peserta bersolat semasa berlangsungnya perlawanan itu.

Ahli Majlis Perbandaran Selayang (MPS) yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 24, Zaidy Abdul Talib berkata, paling utama, peserta juga mesti mendapatkan tandatangan daripada imam masjid atau surau, mereka telah melakukan solat solat.

Menurutnya, syarat berkenaan perlu dipatuhi peserta pertandingan Amazing Race Bermotor ini, selain terpaksa berdepan halangan di lapan check point ditetapkan penganjur. “Jika mereka tidak berjaya melepasi halangan dan ketetapan ini, mereka akan dikategorikan gagal dalam pertandingan.

Harapan kita, program sebegini bukan sahaja bertujuan membangun aspek jasmani semata-mata. Tetapi lebih penting, ia dapat diselitkan dengan pembangunan aspek emosi, spritual dan intelektual serta sosial dalam perlaksanaan program ini khususnya.

“Alhamdulillah daripada 300 peserta belia menyertainya, kita juga dapat menarik mereka khususnya daripada kalangan golongan 'mat-mat' motor setempat di sini,” katanya. Zaidy berkata demikian selepas merasmikan Karnival BTP 2010 dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang, di Masjid BTP, di sini".

Karnival berlangsung selama dua hari hujung minggu lalu itu merupakan anjuran Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Majlis Zon 24, Masjid BTP dan Penggerak Belia Tempatan (PeBT) MPS. Daripada 12 pasukan menyertai pertandingan Amazing Race Bermotor, tempat pertama dimenangi Congo Crew, tempat kedua- KPS Holding dan tenpat ketiga diperolehi Congo FC.

Pemenang pertama hingga ketiga pertandingan disertai peserta berumur antara 16 hingga 30 tahun ini, masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM400, RM300 dan RM200. Dalam karnival julung kali diadakan itu, pertandingan street soccer remaja untuk peserta kategori umur bawah 15 dan 12 tahun turut diadakan, disertai 20 pasukan berentap.

Bagi street soccer kategori bawah 15 tahun, ia dimenangi Pasukan KRT 26, manakala Pasukan Saidina Ali johan kategori bawah 12 tahun, pertandingan itu. “Susulan sambutan aktiviti belia berbentuk pertandingan ini yang amat menggalakkan, saya selaku Ahli Majlis, akan meneruskan program pembangunan belia seperti ini pada masa akan datang,” katanya.

Terdahulu, antara pengisian lain dalam program itu ialah kuliah remaja disampaikan oleh pendakwah agama dan motivasi, Sabri Rani dan taklimat serta persembahan ringkas pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).


No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI