Friday, February 4, 2011

Krisis Mesir - Lima talian di sediakan seluruh negara


S.Alam - Saya baru selesai berjumpa dengan Wisma Putra untuk selaraskan proses bantuan Kerajaan Negeri Selangor dengan Wisma Putra.

Tiga kapal terbang Tentera Udara akan berlepas ke Mesir membawa keperluan harian seperti makanan dan membawa pelajar yang berada di Mesir ke Jeddah untuk ditempatkan sementara di Bangunan Tabung Haji.

Berkata Y.B. Dr. Hjh Halimah Ali, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi Dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor Lawatan saya ke bilik operasi bantuan pelajar Mesir di Kompleks MAIS pada 9.20pagi tadi mendapati lima talian yang disediakan sentiasa dihubungi oleh ibubapa seluruh Negara.

Pegawai Lembaga Zakat Selangor, JAIS dengan bantuan pasukan sukarelawan Briged Amal Selangor akan mengendalikan perkhidmatan ini untuk memberi khidmat menyalurkan maklumat pelajar di Mesir kepada keluarga mereka. Sementara itu, solat hajat di Masjid-masjid seluruh Negeri Selangor telah bermula.

Saya mengharapkan tindakan pantas pihak kementerian yang berkenaan supaya dapat memastikan bekalan makanan, air, ubat-ubatan serta keperluan pelajar wanita diberi keutamaan dan disegerakan disamping keselamatan yang sememangnya perlu dipantau.


Editor :khaulah azwar


No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI