Sunday, May 2, 2010

Tunjuk Bukti RM176 Juta, Sedia Umum Perbelanjaan


SHAH ALAM 2 MEI: Ketua Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sedia mengumumkan perbelanjaan yang dibuat sepanjang pilihan raya Parlimen Hulu Selangor.
"Kita akan bersikap telus. Kita akan umumkan butir-butir (perbelanjaan semasa kempen pilihan raya). Ini kerana dari segi pengurusan kewangan, kita berbeza dari kerajaan persekutuan," kata beliau.
Dalam pilihan raya kecil itu Ahad lepas, calon Barisan Nasional, P. Kamalanathan mengalahkan Zaid dengan majoriti 1,725 undi.

Beliau yang juga Menteri Besar Selangor itu juga menolak dakwaan kononnya kerajaan negeri membelanjakan RM176 juta bagi mendapatkan sokongan rakyat semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor baru-baru ini.
Malah, Khalid menyifatkan dakwaan itu sebagai "sinis" dan "tidak berbaloi", berkata kerajaan Selangor tidak mempunyai peruntukan untuk tujuan itu.

"Saya sedia beri ganjaran kepada sesiapa yang membuat dakwaan itu jika mereka tampil memberi bukti kepada saya dari mana datangnya sumber peruntukan itu.
"Jumlah itu (RM176 juta) sebagaimana didakwa oleh sesetengah pihak jauh lebih besar jika dibandingkan dengan jumlah dibelanjakan kerajaan negeri untuk meningkatkan kebajikan rakyat iaitu kira-kira RM40 juta setahun.

"Oleh itu dakwaan tersebut tak benar. Kita tidak mempunyai wang dan peruntukan untuk itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis anugerah untuk pelajar-pelajar cemerlang Yayasan Selangor di sini.

Khalid berkata demikian apabila diminta mengulas dakwaan tersebut disiarkan dalam sebuah blog.

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI