Tuesday, April 13, 2010

Masyarakat perlu ada kesedaran sivik


Gombak- Sikap masyarakat yang tidak mempunyai kesedaran sivik dan tidak mempunyai displin dalam diri sukar dibendung dengan tidak mengambil peduli keatas kebersihan persekitaran samaada dirumah, jalanraya dan premis perniagaan.

Geli dan menjijikkan apabila dilihat rumah sampah yang berdekatan di kawasan premis perniagaan di Pasar Tani Sri Gombak Fasa 3 begitu kotor.

Sikap sambil lewa dan tidak bertanggungjawab menjadi punca kawasan di kawasan rumah sampah Pasar Moden Sri Gombak dicemari bau yang kurang menyenangkan. Bukan sahaja bau tetapi didapati berbagai anasir yang telah bermastautin di kawasan tersebut.

En. Kwong, pengurus PKM Sri Gombak berkata, setiap hari beliau menerima aduan berkaitan masalah tersebut dan majoriti aduan ini datang daripada penianga dan penduduk disini juga.

Katanya lagi, longgokan sampah dan sisa-sisa makanan yang dibuang di sini bukan sahaja perniaga yang meniaga disini sahaja malahan beliau pernah bertanya kepada beberapa individu yang ditemui ketika membuang sampah disni, mereka adalah penduduk luar .

Mereka dengan suka hati membuang sampah daripada dalam kenderaan tanpa memastikan sampah sarap tersebut telah benar-benar masuk kedalam tong sampah. Mereka tidak peduli kesan akan datang apakah akan berlaku jika sikap sebegini berterusan.

Dikawasan yang berhampiran rumah tong sampah juga kelihatan saluran paip air mengalir hasil basuhan daripada peniaga. Hasil daripada itu membuatkan pengaliran air di longkang begitu ketara kotornya dan menghasilkan bau yang amat meloyakan kepada sesiapa yang melalui kawasan tersebut, malahan diharungi lalat dan tikus.

Menurutnya, jika kita tidak mengambil sikap bertanggungjawab dalam kebersihan persekitaran premis, rumah sudah pasti akan mengundang berbagai penyakit seperti keracunan makanan, muntah-muntah dan sebagainya.

Kwong berkata, beliau juga kesal kerana pemantaun daripada MPS tidak dibuat dengan kerap. Mungkin sebab itulah salah satu puncanya masyarakat mengambil sikap sambil lewa kerana tiada ketegasan dalam masalah yang dihadapi ini, katanya kepada YB Dato’ Hassan B. Mohammed Ali ketika membuat lawatan kawasan tersebut.

Sementara itu, setelah pemantauan kawasan dibuat oleh YB Dato’ bersama MPS, ketua Kg, P.A Ahli Majlis MPS Zon 11, Beliau menyatakan rasa kesal dengan sikap masyarakat yang tidak mempunyai kesedaran sivik dan tidak bertanggungjawab.

Untuk mengubah sikap manusia bukan begitu mudah tetapi kita hanya mampu memberi teguran dan tindakan kepada mereka agar disitu mereka sedar kesilapan mereka sendiri dengan mengenakan denda yang berpatutan.

Daripada situ mereka akan rasa tamparan juga apabila diberikan teguran dengan berhikmah.

Selain daripada itu YB Dato’ juga menyaran agar pihak MPS hendaklah sentiasa membuat pemantauan gerakkerja dengan menyediakan jadual berkala sekurang-kurangnya pemungutan sampah dibuat 4 kali seminggu. Jika kita tidak membuat tindakan sedemikian sudah pasti sampah – sarap tersebut akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

Perlu juga diletakkan notis denda dikawasan tersebut agar apabila mereka lihat papan tanda insya-ALLAH mereka teragak-agak untuk membuang sampah dengan sesuka hati mereka, Katanya.

Apabila dilihat kawasan tersebut bukan sahaja masalah sampah malahan didapati pokok hiasan jalan juga tidak dijaga dengan rapi. Beliau dapati ada sarang anai-anai dan tebuan yang jika dibiarkan akan memberi kesan buruk kepada kawasan premis perniangaan tersebut dikemudian hari. Bahkan akhirnya kesan paling teruk peniaga akan mengalami kerugian dalam perniagaan mereka sendiri.

Oleh yang demikian, YB Dato’ telah menyarankan dan meminta agar MPS membuat pemantauan sebaiknya sebelum terjadinya penyakit yang menular dan mendatangkan keburukan kepada masyarakat, katanya selepas lawatan tersebut dan makan tengahari bersama semua yang terlibat dalam membuat lawatan kawasan di Masjid Khairiah baru-baru ini.

Editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI